1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (557 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (386 Hotel)
    >
  5. Kuah
    (110 Hotel)

Hotel Mewah di Kuah, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Kuah

ภาพหลัก The St. Regis Langkawi

The St. Regis Langkawi

Resort
Kuah, Langkawi
Dengan penginapan di The St. Regis Langkawi di Langkawi (Kuah), anda akan berada tidak jauh dari Pantai Beringin dan hanya 3 minit memandu dari Lagenda Langkawi Dalam Taman. Tempat peranginan 5 bintang ini berada 22.8 km dari Pantai Cenang dan 2.2 km dari Terminal Feri Langkawi.
Mengagumkan
8.9
(19 Reviews)
Lihat Harga
SWIMMING_POOL The Westin Langkawi Resort & Spa

The Westin Langkawi Resort & Spa

Resort
Kuah, Langkawi
Terletak di Langkawi (Kuah), The Westin Langkawi Resort & Spa berada dalam lingkungan 15 minit berjalan kaki dari Jeti Kuah dan Terminal Feri Langkawi. Tempat peranginan 5 bintang ini berada 1.3 km dari Dataran Helang dan 3.6 km dari Pasar Malam.
Mengagumkan
8.7
(35 Reviews)
Lihat Harga
SWIMMING_POOL Dayang Bay Resort Langkawi

Dayang Bay Resort Langkawi

Resort
Kuah, Langkawi
Mengagumkan
8.3
(286 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Bayview Hotel Langkawi

Bayview Hotel Langkawi

Hotel
Kuah, Langkawi
Mengagumkan
8.6
(381 Reviews)
Hotel yang bagus, pekerja yang ramah, makanan yang sedap, penginapan yang selesa.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING A ROCK RESORT LANGKAWI - CORAL REEFS

A ROCK RESORT LANGKAWI - CORAL REEFS

Resort
Kuah, Langkawi
Mengagumkan
8.7
(23 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Hotel
Kuah, Langkawi
Mengagumkan
8.8
(520 Reviews)
Bilik bersih. Staf peramah dan membantu. Harga sungguh berpatutan. Buffet, sarapan yang pelbagai menu yang berbeza (saya menginap 5 hari di hotel ini). Lokasi yang berhampiran pekan Kuah dan kemudahan bank dll yang berdekatan.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Goldsands Hotel Langkawi

Goldsands Hotel Langkawi

Hotel
Kuah, Langkawi
Mengagumkan
8.9
(95 Reviews)
Lihat Harga
Hotel Exterior Langkawi Family Deluxe House

Langkawi Family Deluxe House

Apartmen
Kuah, Langkawi
Lihat Harga
Hotel Interior/Public Areas Langkawi Seaview Cube w/ Rooftop Pool
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Dayang Bay Serviced Apartment and Resort
Lihat Harga
Hotel Exterior Langkawi Modern Cozy 3BR Families Suite
Lihat Harga
See all 110 Hotels near Kuah

Facts about hotel in Kuah

Popular Hotel
The St. Regis Langkawi, The Westin Langkawi Resort & Spa
Popular Landmark
Kuah Jetty, Eagle Square

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kuah

8.5
Mengagumkan
5,827 ulasan dari hotel di Kuah dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kuah akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohd R. b. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
29 Dec 2022
Bilik yang luas, selesa & amat bersih. Kakitangan yang sangat membantu dan mesra pelanggan. Saya amat berpuas hati.
Nurul A.
Ini adalah profil peribadi.
18 Jan 2020
Bilik luas dan selesa, bersih, tandas pun bersih, kelengkapan semua dalam bilik disediakan.
NI
NURUL INTANSURAYAMURTAZAD
25 May 2022
Bilik yang selesa dengan breakfast yang sedap dan menarik. Berdekatan dengan kedai-kedai. Senang untuk makan serta shoping.
Noor S. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
11 Feb 2024
Bilik besar, staf peramah dan semua yang bagus bagus di hotel tersebut. Sarapan juga sedap, puas hati. Saya bagi 5 star untuk perkhidmatan pegawai dan staf HIG yang sangat cemerlang.
Noor S. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
12 Feb 2024
Proses check in & check out mudah dan cepat, staff front desk sangat helpful dan mesra. Keep it up! Cuma mohon penambahbaikan untuk selenggaraan kerana masa saya check in 10 Feb baru ini hot shower tidak berfungsi, setelah banyak kali aduan baru dapat pindah bilik. Overall stay di Langkasuka sangat baik ditambah dengan lokasi strategik.
Murni T.
Ini adalah profil peribadi.
17 Jun 2023
Staff yang friendly bilik yang cantik, makanan pun sedap
Siti N. D. b. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
3 Feb 2022
Bilik agak kecik. Tapi ok la dengan harga.

Tentang

Merupakan pekan utama di Langkawi, Kuah terletak di sudut tenggara pulau tersebut dan merupakan titik ketibaan untuk sebahagian daripada penggunjung yang menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi. Jika anda tiba di sini dengan harapan bahawa anda akan melihat pantai putih dan air yang jernih sejauh mata dapat melihat, maka anda tersilap. Pantai dengan pasir putih dan air yang jernih terletak di bahagian lain di pulau itu. Kuah adalah sebuah bandar yang terletak di atas tanah yang ditimbus di kawasan tepi pantai menyebabkan pantai sekelilingnya keruh. Anda dapat melihat feri, kapal dan bot kecil sentiasa berada di perairan Kuah dan gunung-gunung yang menjulang di pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas pada siang hari. Jika anda mahukan pantai yang indah, anda harus ke Pantai Cenang dan Pantai Tengah adalah tempat untuk melihat pemandangan laut yang jernih dan menarik.


Akan tetapi, Kuah juga mempunyai tarikannya yang tersedniri- bandar ini mempunyai banyak kedai bebas cukai yang menjual segala-galanya seperti peralatan dapur, minuman keras, tembakau dan juga minyak wangi. Kedai-kedai mungkin tidak cantik atau segah kompleks membeli-belah, tetapi mereka menawarkan barangan yang bagus dan akan melayani pelanggan dengan mesra. Kuah terletak di pinggir selatan Langkawi dan menghadap ke kawasan air, tetapi tidak ada pantai di sini (kecuali di sebelah CHOGM Park, namun tidak sesuai untuk berenang ataupun sebarang aktiviti air). Walaupun terdapat beberapa tarikan pelancong seperti Eagle Square di depan pantai. Untuk itu, anda perlu melawat hujung barat dan utara pulau ini. Bagaimanapun pemandangan kawasan laut dari tempat-tempat seperti Eagle Square adalah sangat indah. Anda dapat melihat banyak bot berlayar yang melintas serta kapal-kapal pelayaran, dan gunung-gunung besar yang terletak jauh di pulau-pulau kecil. Tarikan-tarikan lain di bandar Kuah termasuk taman-taman yang indah seperti Taman Lagenda dan CHOGM, masjid Al Hana dan sebagainya. Terdapat beberapa Spa di sini yang anda boleh menikmati. Padang Golf Gunung Raya juga terletak berdekatan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (IATA: LGK, ICAO: WMKL), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Malaysia. Kuah terletak sekitar 30 minit memanduan dari lapangan terbang.

Menggunakan Feri

Terdapat perkhidmatan feri ekspres terus dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang ke Langkawi (Jeti Kuah) dan kembali. Terdapat juga perkhidmatan feri harian antara Satun dari Thailand dan Kuah dari Langkawi. Layari laman Langkawi Ferry Services untuk mengetahui tentang laluan, pengendali, jadual, masa perjalanan dan maklumat lain.

Tarikan Pelancongan

Pantai Pasir Hitam

Pantai Pasir Hitam Langkawi, yang terletak empat kilometer barat daya Pantai Tanjung Rhu, menawarkan keindahan yang tidak dapat dilupakan dan kawasan yang kurang sesak berbanding kawasan lain yang sering padat dengan pengunjung di pulau ini. Juga terletak kira-kira 20-minit dari Kereta Kabel Langkawi, pantai ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan penduduk tempatan, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Walaupun namanya sebergitu, namun sebenarnya pasir di pantai ini merupakan campuran pasir hitam dan putih. Sesetengah penduduk tempatan percaya ia merupakan sumpahan berabad-abad oleh ikan duyung kerana seorang nelayan telah mencuri cincinnya. Terdapat juga orang yang mendakwa pasir hitam itu terhasil daripada ladang padi yang dibakar petani pada tahun 1821.

Hotel

Bayview Hotel Langkawi

Bayview Hotel Langkawi terletak di tengah-tengah daerah komersil di pusat bandar Kuah, yang hanya 5 minit dari jeti di mana bot feri tiba ke Langkawi dari tanah besar, dan hanya 25 minit dari lapangan terbang. Bayview Hotel Langkawi kini merupakan kawasan bebas rokok dan Wi-Fi. Hotel ini menawarkan 282 bilik tetamu yang dilengkap dengan kemudahan moden. Dari superior ke bilik-bilik mewah serta eksekutif, suite-suite mewah dan suite presiden. Nikmati pengalaman jenama Bayview yang menawarkan keselesaan seperti di rumah anda walauapun anda berada jauh dari rumah.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved