amaran

Hotel Mewah di Kuala Dungun, Dungun

Tentang

Dungun adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, pantai timur Malaysia. Kuala Dungun adalah pusat kepada daerah Dungun yang terdiri daripada sebelas mukim iaitu Abang, Besol, Jengai, Jerangau, Kuala Dungun, Kuala Paka, Kumpal, Pasir Raja, Rasau, Sura, dan Hulu Paka. Kuala Dungun pernah menjadi sebuah bandar perlombongan besi pada tahun 1940-an. Bijih besi telah dilombong di sebuah bandar kecil di kawasan pedalaman yang dipanggil Bukit Besi. Kawasan ini terletak di barat, manakala Kuala Dungun pula berkhidmat sebagai pelabuhan di mana bijih besi dipindahkan ke dalam kapal untuk didagang keluar negara. Kuala Dungun dan Bukit Besi telah dihubungkan dengan laluan kereta api yang bukan sahaja berkhidmat untuk industri perlombongan tetapi juga menjadi sebagai pengangkutan awam bagi penduduk kampung di pedalaman untuk ke bandar Dungun. Era "emas" ini berakhir pada lewat tahun 1970-an dan awal 1980-an apabila lombong biji besi telah ditutup secara beransur-ansur. Perkhidmatan kereta api juga telah dihentikan dan syarikat itu dan meninggalkan kawasan Bukit Besi yang kini merupakan sebuah kawasan milik kerajaan.

Kuala Dungun sekarang adalah merupakan satu lagi bandar di persisiran pantai negeri Terengganu. Tiada aktiviti yang berlangsung di kawasan Kuala Dungun terutamanya pada waktu malam, kecuali pada hari Khamis apabila pasar malam mingguan dibuka untuk masyarakat setempat. Ia juga merupakan pasar malam terbesar di Terengganu dan terdapat pelbagai barangan dijual di sini antaranya pakaian terpakai (diimport dari Jepun dan Amerika Syarikat), makanan dan juga barangan basah.

Pada hari ini, Kuala Dungun tidak lagi merupakan sebuah bandar kecil yang sibuk. Namun, masih terdapat beberapa aktiviti perikanan dan pertanian yang diusahakan oleh masyarakat tempatan dan terdapat juga beberapa keluarga yang terlibat dalam perniagaan kecil. Sebahagian besar penduduk terlibat dengan industri petroleum yang tertumpu di bandar lain di selatan, iaitu Kerteh. Tanjung Jara Resort yang teletak di persisiran pantai yang indah, amat popular dalam kalangan pelancong asing. Resort mewah ini menawarkan bilik-bilik mewah dengan pemandangan laut yang menakjubkan dan tiupan angin yang lembut. Bagi mereka yang mencari tempat eko-pelancongan, D'Pengkalan Eco Resort menawarkan pengalaman eko-perlancongan yang tidak seharusnya dilepaskan!

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu dan juga negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 15 km dari bandar Kuala Terengganu dan mampu mengendalikan lebih daripada 500,000 orang penumpang pada setiap tahun. Lapangan terbang ini mempunyai landasan tunggal dan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Firefly, dan Air Asia beroperasi ke sini.

Tarikan Pelancongan

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak kira-kira 10 batu nautika (19 km) di luar pantai timur laut Malaysia di negeri Terengganu, kira-kira 40 batu (64 km) di selatan sempadan Thailand. Nama Perhentian bermaksud "titik berhenti" dalam bahasa Melayu. Ini kerana pulau-pulau ini menjadi titik perhentian yang digunakan oleh para pedagang yang mengembara dari Malaysia ke Bangkok. Kedua-dua pulau utama ialah Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil menarik lebih banyak pelancong dalam mahupun luar Negara kerana ia mempunyai penginapan yang lebih murah, sementara di Perhentian Besar pula menawarkan harga yang sedikit mahal dan lebih sesuai untuk keluarga dan mereka yang ingin mengelakkan adegan parti backpacker. Pulau-pulau kecil yang tidak didiami adalah seperti Pulau Susu Dara, Pulau Seringgi dan Pulau Rawa terletak di sekitar Pulau Perhentian Kecil. Semua pulau tersebut tergolong dalam kawasan taman marin yang dilindungi, yang bermaksud memancing, mengumpul karang dan sampah dilarang secara keras, walaubagaimanapun secara hakikatnya, masalah lambakan sampah adalah salah satu masalah utama yang dihadapi pulau-pulau ini.

Hotel

Tanjong Jara Resort

Tanjong Jara Resort terletak di bandar yang indah di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Nikmati penginapan yang selesa sambil meneroka kemudahan mewah yang menawarkan pengalaman tradisional masyarakat Melayu. Semestinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan!