Popular Landmark | Ibai Golf & Country Club, Masjid Tengku Tengah Zaharah |
Terengganu dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah dibahagikan pula kepada beberapa mukim (daerah kecil). Mukim Kuala Ibai merupakan salah satu mukim yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Kuala Ibai adalah sebuah pelabuhan laut dan kawasan pinggir bandar di Kuala Terengganu. Terdapat masjid terapung pertama di Malaysia dan beberapa masjid terapung lain yang telah mengikuti ciri-ciri seni bina masjid di Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu, Pantai Kuala Ibai yang terletak di kampung Kuala Ibai hanya kira-kira 5 kilometer jaraknya dari pusat bandar Kuala Terengganu. DI kawasan persisiran pantai ini biasanya terdapat lorek-lorek pasir, kesan daripada tiupan angin dan gelombang laut.
Terdapat penerbangan yang berlepas setiap hari dari lapangan terbang Subang dan KLIA2 yang mengambil masa sekitar 55 minit hingga satu jam ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dari sana, pengunjung boleh pergi ke bandar Kuala Ibai dengan melalui jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah.
Dari pusat bandar Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke Kuala Ibai selama 4 jam dan 30 minit dengan menggunakan E8 ke jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Selain itu, ianya mengambil masa yang lebih lama sekiranya anda menggunakan lebuh raya Segamat-Kuantan atau Kuala Lumpur - Gua Musang, iaitu lebih daripada 6 jam perjalanan.
Rantau Abang merupakan sebuah perkampungan kecil yang sering dikenali sebagai sarang penyu ‘Leatherback Sea’. Ianya terletak 22 kilometer di utara Kuala Dungun dan 80 kilometer di selatan Kuala Terengganu. Setiap tahun dari bulan Mei hingga Ogos, penyu akan datang mendarat di sini untuk bertelur. Walau bagaimanapun, jumlah penyu laut yang bertelur telah berkurangan dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini. Pusat Ekosistem Penyu dan Marin telah ditubuhkan di Rantau Abang. Pusat ini berfungsi sebagai rizab pemuliharaan untuk penyu-penyu yang mendarat di sini. Selain itu, sebahagian besar kawasan pantai di sini adalah selamat untuk berenang walaupun ada aras yang telah dihadkan oleh Jabatan Perikanan, yang bertujuan untuk kawalan keselamatan. Pantai ini dibuka untuk pelbagai jenis aktiviti pantai seperti bola tampar pantai, berkelah, menerbangkan layang-layang dan berkhemah.
Hotel Grand Continental terletak berhampiran dengan Pantai Batu Buruk dan Taman Shahbandar. Hotel ini menghadap ke pemandangan Laut China Selatan yang indah. Ia juga terletak sekitar 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Aantara tarikan-tarikan yang terletak berhampirannya adalah seperti China Town, Masjid Terapung, Pasar Payang serta Muzium Negeri Terengganu. Di samping itu, semua bilik di sini dilengkapi dengan keselesaan yang premium. Banyak bilik turut dilengkapi dengan televisyen LCD atau skrin plasma, akses internet (percuma), akses internet (tanpa wayar), pendingin hawa bagi memudahkan para tetamu berehat dan untuk kembali bertenaga. Di samping itu juga, pihak hotel menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai aktivit yang dapat dilakukan sepanjang penginapan di sini. Trip menyelam dan sukan air lain juga boleh didapati di Pualau Perhentian, Redang dan Tenggol yang berdekatan.
Resort ini akan menawarkan penginapan yang berkualiti serta perkhidmatan yang hebat. Ia terletak hanya kira-kira 7.8 kilometer dari pusat bandar dengan menyediakan laluan mudah kepada tarikan-tarikan berdekata. Dikatakan sebuah syurga untuk berehat dan bersantai, hotel ini juga menawarkan pembaharuan dengan hanya beberapa langkah sahaja untuk ke tempat-tempat menarik di bandar berkenaan seperti Masjid Kampung Duyung, Kuil Ho Anna Kiong, Muzium Negeri Terengganu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti perkhidmatan bilik 24-jam, Wi-Fi percuma, kawalan keselamatan 24-jam, perkhidmatan pengemasan harian dan perkhidmatan pos. Demi menjamin penginapan yang selesa, kesemua bilik dilengkapi meja, pendingin hawa, televisyen LCD atau skrin plasma dan bar mini. Sepanjang hari, anda boleh menikmati suasana yang santai di pusat sukan, kolam renang terbuka atau menikmati aktiviti memancing, membawa anak-anak bermain di taman permainan dan kolam renang. Selain itu, terdapat juga tempat meletak kenderaan percuma, perkhidmatan dobi dan laluan bertangga bagi kemudahan para tetamu.