amaran

Hotel Mewah di Kuala Periang, Langkawi

Tentang

Kuala Periang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di dalam Mukim Padang Matsirat. Ianya terletak di bahagian Barat Pulau Langkawi. Kuala Periang menawarkan suasana ketenangan di sebalik kemeriahan yang terdapat di Pulau Langkawi. Walaupun terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang menarik di Pulau Langkawi, Kuala Periang pasti dapat memberikan suasana yang memukau untuk para pengunjungnya. Tidak dinafikan populariti destinasi Kuala Periang, pasti ianya dapat meninggalkan kenangan yang terindah buat para pengunjung dengan tarikan pelancongannya serta restoran makanannya yang terkenal serta menghidangkan juadah yang lazat.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Tiger Air, Silk Air, Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Airlines dan Firefly untuk ke Langkawi. Penerbangan terus ke Langkawi juga boleh boleh dinaiki dari Pulau Pinang, Singapura, Kuala Lumpur, Hat Yai dan Phuket. Sesampainya di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Kuala Periang yang hanya mengambil masa perjalanan selama 9 minit.

Menggunakan Bot

Anda boleh menaiki feri ke Langkawi dengan menaiki feri ekspress dari Kuala Kedah di Kedah dan Kuala Perlis di Perlis. Perjalanan menaiki feri dari Kuala Kedah akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 15 minit. Perkhidmatan feri ke Langkawi juga turut disediakan dari Pulau Pinang dan juga Satun, Thailand. Dari terminal jeti anda boleh menaiki teksi atau kereta sewa untuk ke Kuala Periang.

Tarikan Pelancongan

Beras Terbakar

Tempat ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Beras Terbakar yang bermaksud padang yang mempunyai beras terbakar. Walaupun tiada banyak kesan sejarah yang boleh dilihat pada masa kini, namun ianya menyimpan pelbagai rahsia sejarah yang penting di Pulau Langkawi. Beras Terbakar merupakan sebuah tempat simpanan beras yang telah terbakar selepas kematian Datuk Kerma Wijaya yang mati ketika mempertahankan Pulau Langkawi dari serangan musuh tentera Siam.

Telaga Harbour Marina

Tempat ini mempunyai pemandangan yang indah dan menempatkan kompleks marina yang terletak di Pantai Kok, bahagian barat Pulau Langkawi. Ianya mempunyai keluasan seluas 27 ekar dan mempunyai kemudahan lengkap marina untuk kapal layar dan kompleks membeli belah yang lengkap dengan siar kaki dan deretan restoran mewah serta pub. Anda cuma perlu memandu selama 8 minit dari Kuala Periang untuk ke Marina Telaga Harbour.

Cenang Beach

Pantai Cenang merupakan bandar di tepi pantai yang paling sibuk di Pulau Langkawi dimana anda boleh menikmati kepelbagaian kafe dan restoran dan juga kedai cenderahati serta kedai bebas cukai disepanjang pantai yang indah. Hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 13 minit pemanduan dari Kuala Periang, ianya merupakan destinasi percutian yang terkenal di kalangan pengunjung yang berkeluarga. Anda boleh berjalan kaki di sepanjang pantai yang yang cantik dan meluangkan masa yang panjang untuk menikmati keindahan pantai.

Look Out Point Langkawi

Menara Tinjau Langkawi merupakan destinasi yang popular di kalangan pelancong ke Pulau Langkawi samada berhenti di kawasan tersebut atau melalui kawasan tersebut. Ianya terletak di Padang Matsirat dimana anda boleh melihat kawasan perkampungan ataupun pemandangan Lapangan Terbang dan laut. Tidak ketinggalan juga anda dapat melihat pemandangan matahari terbenam dan mengambil gambar disitu sebagai kenangan.

Langkawi Night Market

Langkawi mempunyai pasar malam yang meriah setiap malam di pelbagai lokasi di sekitar pulau. Setiap pasar malam mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sangat menarik untuk dikunjungi. Ianya menawarkan peluang buat para pelancong untuk merasai kepelbagaian makanan tempatan dan bergaul dengan masyarakat tempatan di pulau. Anda boleh mengunjungi pasar malam di Padang Matsirat yang terletak hanya 9km dari Kuala Periang.

Skytrex Langkawi Adventure Park

Sekiranya anda mempunyai stamina yang kuat, anda akan meminati Taman Kembara Skytrex di Padang Matsirat yang terletak 6.4km dari Kuala Periang. Skytrex merupakan taman kembara luar yang baru dibuka kepada orang awam dengan aktiviti seperti mendaki, merangkak atau merentasi hutan. Ianya menawarkan keriangan serta hiburan buat penggemar aktiviti lasak.