amaran

Hotel Mewah di Bandar Kuantan, Kuantan

The Zenith Hotel

Bandar Kuantan

8.9/10

Sangat Baik

8.3/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

  • 2 

Tentang

Kuantan adalah ibu negeri Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Nama 'Kuantan' pernah disebut oleh Munshi Abdullah pada tahun 1850. Kuantan mempunyai iklim hutan hujan tropika. Ekonomi utama bandar ini adalah pelancongan. Ini adalah disebabkan oleh kewujudan tempat-tempat seperti Cameron Highlands yang mempunyai iklim yang lebih sejuk berbanding tempat-tempat lain di Malaysia, Taman Negara dan juga Pantai Teluk Chempedak.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Kuantan mempunyai lapangan terbang bernama Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Kebanyakan penerbangan di sini adalah penerbangan domestik dari KLIA dan KLIA 2 untuk syarikat penerbangan seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Firefly dan Malindo. Walau bagaimanapun ada juga beberapa penerbangan yang pergi ke Singapura.

Menggunakan Kereta

Dari Kuala Lumpur, pelawat boleh mengambil Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Ia terletak kira-kira 250 kilometer jauh dan masa memandu mungkin mengambil masa dalam 3.5 jam. Laluan ini akan ada tol untuk kereta dan tambangnya pula akan menjadi RM27.60 setiap kereta sehala.

Menggunakan Bas

Pelawat boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan menuju ke Kuantan secara terus. Tempohnya adalah sekitar 4 jam. Tarif tambangnya pula adalah RM22 satu arah. Ia akan berhenti di Terminal Sentral Kuantan. Di samping Kuala Lumpur, bas di terminal ini juga menuju ke bandar-bandar utama lain seperti Kota Bharu, Johor Bahru serta Melaka dan Singapura.

Tarikan Pelancongan

Teluk Chempedak Beach

Ini adalah pantai yang terkenal dan sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan juga orang-orang yang melawat Kuantan. Air laut sangat jernih dan juga sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkeling. Terdapat juga aktiviti air lain di kawasan ini yang boleh dilakukan. Pada waktu petang, pengunjung boleh melihat matahari terbenam di pantai. Ini pasti akan menunjukkan betapa indahnya pantai itu.

Taman Negara

Ini adalah kemuncak negeri Pahang. Pengunjung boleh menikmati trekking hutan serta trekking waktu malam di sini. Terdapat juga perkampungan orang asli di sini yang boleh dikunjungi oleh pelawat. Terdapat banyak aktiviti lain yang akan membuat pengunjung lebih dekat dengan alam semula jadi dan menunjukkan betapa cantiknya Malaysia.

Hotel

Hyatt Regency Kuantan Resort

Hotel ini hanya 0.2 kilometer dari Pantai Teluk Chempedak yang pasti akan memastikan tetamu mereka merasa santai dan dapat menikmati pemandangan semulajadi. Mereka juga dekat dengan kemudahan awam yang lain dan mudah diakses oleh orang ramai. Hotel ini juga mempunyai penyambut tetamu 24 jam untuk membantu tetamu mereka dengan sebarang pertanyaan atau bantuan yang mereka perlukan. Bagi mereka yang tidak suka dengan alam semula jadi, terdapat juga kolam renang yang boleh digunakan oleh tetamu mereka.

The Zenith Hotel

Hotel ini terletak di bandar Kuantan itu sendiri. Tambahan lagi, ia sangat dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dengan jarak 13.86 kilometer sahaja. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan untuk kedua-dua penginapan santai dan juga penginapan perniagaan. Hotel ini juga mempunyai Wifi dan juga kafe mereka sendiri yang akan dapat menyediakan hidangan tempatan kepada tetamu mereka. Spa juga disediakan jika tetamu ingin merasa dimanjakan.

Grand DarulMakmur Hotel Kuantan

Hotel ini hanya 4.56 kilometer dari Pantai Teluk Chempedak. Mereka juga agak dekat dengan Lapangan Terbang Aultan Ahmad Shah dengan hanya 14.3 kilometer jauh. Mereka mempunyai kemudahan bagus di samping perkhidmatan hebat. Mereka juga mempunyai pusat kecergasan yang boleh digunakan oleh tetamu mereka. Hotel ini sesuai sama ada tetamu itu adalah pengembara solo atau datang bersama keluarga mereka.

Vistana Kuantan City Centre

Hotel ini hanya 4 kilometer dari Pantai Teluk Chempedak yang terkenal. Selain itu hotel ini mempunyai semua kemudahan untuk tetamu mereka sama ada untuk keperluan perniagaan mereka dan atau majlis-majlis peribadi. Mereka juga dapat membantu sepanjang acara tersebut berlangsung. Hotel ini mempunyai Wifi dengan kemudahan lain untuk menjadikan penginapan mereka lebih mudah. Akhirnya, hotel ini mempunyai reka bentuk dan seni bina yang unik yang pasti dapat mnarik perhatian mereka yang menginap di sini.

evtbvsrwfq