1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9119 Hotel)
    >
  3. Johor
    (870 Hotel)
    >
  4. Pontian
    (17 Hotel)
    >
  5. Kukup
    (2 Hotel)

Hotel Mewah di Kukup, Pontian

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 18 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Kukup

Popular Landmark
Pulau Kukup Johor National Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kukup

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Kukup dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kukup akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Lee W. H. B.
Ini adalah profil peribadi.
30 Dec 2023
Lokasi yang sangat baik betul-betul di sebelah terminal feri, pintu masuk ke kampung Kukup dan 3 restoran makanan laut. Bilik bersih dan mampan, wifi yang kuat dan mempunyai idea jadual perjalanan untuk anda menjadikan hari anda menyeronokkan.

Tentang

Kukup terletak di bahagian paling selatan di Johor, Malaysia. Ianya terletak kira-kira 1 kilometer di luar pesisir pantai negeri Johor dan diselubungi sepenuhnya oleh kawasan paya bakau dan berlumpur. Kukup telah diisytiharkan sebagai Kawasan RAMSAR pada 31 Januari 2003 bertujuan untuk menggalakkan pemuliharaan habitat kawasan paya bakau. Sebelum ini, namanya dieja sebagai Kukub. Namun begitu, ejaannya diubah kepada ‘Kukup’ menurut dasar bahawa namanya seharusnya menggunakan asal perkataan Melayu. Kukup di zaman kegemilangannya mengalami pembangunan pesat apabila Sultan Johor telah meluluskan geran pembangunan kawasan pesisir barat selatan Johor kepada Tuan Syed Mohamed Alsagoff.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Lapangan Terbang Senai disediakan oleh Malaysia Airlines, Firefly, Malindo Air dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Kukup.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menggunakan susur keluar Jalan Skudai atau susur keluar Jalan Tebrau sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kukup.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres adalah Terminal Bas Larkin di Johor Bahru. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Fivestar yang mengangkut penumpang dari Singapura, KKKL dan S&S International pula mengangkut penumpang dari Kuala Lumpur. Dari terminal bas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Kukup.

Tarikan Pelancongan

Perkampungan Nelayan Kampung Air Masin

Kawasan kejiranan ini mempamerkan keunikan dengan keberadaan kampung yang terletak di atas air dengan rupa moden. Ianya juga turut terkenal dengan restoran makanan laut konsep terbuka yang dibina atas binaan terapung. Selain itu, tumpuan utama adalah kewujudan Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) yang menyediakan perkhidmatan feri yang menghubungkan Kukup pergi dan balik ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia. Perjalanan untuk merentasi kedua-dua negara hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Masjid Negeri Johor ini letaknya di Jalan Skudai di atas sebuah bukit, yang mempunyai sudut pandangan mata burung membentangkan Selat Johor. Ianya siap dibina pada tahun 1900. Senibinanya agak unik dengan memaparkan gabungan dua gaya yang boleh dikenalpasti sebagai gaya Moorish dan gaya Victorian bersama sedikit pengaruh ciri Melayu. Meskipun, keperluan utama kewujudan masjid ini adalah untuk memenuhi tuntutan ritual ibadat orang Muslim, pengunjung bukan Muslim dibenarkan memasuki masjid ini untuk tujuan lawatan. Bagi menunjukkan tanda penghormatan, pengunjung hendaklah berpakaian sopan. Selain itu, pengunjung juga hendaklah menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam masjid.

Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman

Kuil ini letaknya bersebelahan laluan stesen keretapi di antara Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Mohd Taib, di sepanjang Jalan Tebrau. Bangunan ini teramat indah terutamanya ketika ianya berkilauan disinari cahaya matahari memandangkan ianya dihias dengan hiasan seni kaca yang mengkagumkan secara keseluruhan di bahagian dalaman mahupun luarannya. Kuil ini turut menempatkan beberapa tugu emas pelbagai Tuhan Hindu yang dipamerkan bersebelahan dari sisi ke sisi. Bayaran masuk adalah RM 10 untuk pelancong asing dan kemasukan percuma buat warganegara Malaysia. Waktu melawat adalah pada pukul 1 tengahari sehingga 5 petang setiap hari manakala waktu ibadat adalah dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia merupakan Legoland pertama yang dibuka di Asia menampilkan hampir 40 pilihan permainan interaktif dan tarikan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan orang awam, sama ada mereka merupakan peminat Lego maupun tidak. Legoland ternyata menyerlahkan suasana bertemakan Lego menurut jenama ikon antarabangsanya.

Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai adalah salah sebuah habitat paya bakau yang terbesar di dunia yang menempatkan sekitar 20 spesis berbeza tumbuhan paya bakau. Terdapat platform yang dibina di kawasan taman negara yang membenarkan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat habitat paya bakau sambil memerhati hidupan liar seperti monyet, ketam paya serta pelbagai spesis burung yang jarang ditemui.

Hotel

Hotel Legoland Malaysia

Hotel ini menawarkan penginapan unggul, bertemakan Lego interaktif bermula daripada sapaan mengalukan kedatangan di pintu masuk sehinggalah kepada menunaikan kehendak pengunjung yang mengimpikan aktiviti yang menghiburkan, pengalaman menjamu selera, bilik tetamu dengan kemudahan serta kemasan hiasan bertemakan Lego serta banyak lagi. Hotel ini berdaya untuk mengembangkan imajinasi dan memberikan kenangan yang berkekalan.

Hotel Jen Puteri Harbour

Hotel ini memaparkan bilik tetamu dihias secara kontemporari dan mempunyai pemandangan pelabuhan yang mengasyikkan. Hotel ini menawarkan keselesaan unggul ditambah dengan perkhidmatan lengkap serta kemudahan seperti sauna, pusat kecergasan dan kolam renang. Pengunjung dapat menikmati penginapan yang menyenangkan dan ketenangan beristirehat di dalam lingkungan suasana bandar.

Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri

Hotel ini menawarkan pilihan studio sehinggalah kepada unit apartment tiga bilik yang luas didatangkan dengan kemudahan serba lengkap dengan peralatan moden. Pengunjung turut diberikan akses kepada kemudahan yang terdapat di kawasan kediaman umum termasuklah penggunaan gimnasium, kolam renang dan bilik santai penduduk. Kelebihan ini membenarkanpeluang istirehat yang sempurna bagi pilihan keluarga yang bebas untuk menikmati kehidupan, bekerja maupun bermain.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka