amaran

Hotel Bajet di Lahad Datu, Tawau

8.0/10

Sangat Baik

Tentang

Lahad Datu terletak di daerah Tawau, di kawasan timur Sabah, Malaysia. Mereka juga berada dalam Kepulauan Borneo. Lahad Datu dikelilingi oleh perladangan koko dan kelapa sawit. Mereka juga mempunyai pelabuhan penting yang mengeksport kayu masuk ke negara ini.

Pada abad ke-19, di timur Lahad Datu ia menjadi pangkalan yang terkenal untuk lanun dan aktiviti perdagang hamba. Lahad Datu sebenarnya dipercayai telah ditemui sejak awal abad ke-15. Terdapat penggalian yang telah mendedahkan seramik Cina Dinasti Ming.

Orang-orang di Sabah bercakap Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama mereka tetapi mereka mempunyai dialek sendiri yang menjadikan bahasa itu sedikit berbeza. Tambahan pula bandar-bandar kecil seperti Lahad Datu dengan etnik mereka sendiri, mereka mungkin mempunyai dialek yang lebih berbeza untuk berbanding dengan seluruh bahasa.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pengunjung boleh menggunakan penerbangan tempatan seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang ke Kota Kinabalu. Dari sana, terdapat banyak penerbangan yang lebih kecil untuk pergi ke Lahad Datu. Ini bermakna pengunjung perlu mengambil dua penerbangan yang berasingan untuk sampai ke bandar Lahad Datu.

Menggunakan Kereta

Dari Kota Kinabalu, pengunjung boleh memandu ke Lahad Datu walaupun ia akan mengambil masa lebih daripada 6 jam masa memandu kerana jaraknya adalah sekitar 403.9 kilometer jauh. Pengunjung boleh mengambil Jalan Ranau - Sandakan/Laluan 22/A4/AH150 untuk menuju Lahad Datu.

Menggunakan Bas

Pelawat juga boleh menggunakan bas untuk pergi ke Lahad Datu dari Kota Kinabalu. Mereka boleh mencari bas di Terminal Inanam. Terdapat banyak syarikat bas yang menuju ke Lahad Datu. Antaranya ialah Trans Edar dan Optis Jaya. Tarif tambang adalah RM 45 sehala untuk setiap orang. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang sekitar 8 jam.

Tarikan Pelancongan

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum

Sekitar 82 kilometer dari Lahad Datu, terdapat sebuah kawasan pemuliharaan dimana tiada pemukiman manusia di kawasan itu, serta tiada aktiviti memburu, pembalakan dan gangguan manusia lain. Ia adalah 438 kilometer persegi yang terdiri daripada flora dan fauna yang tidak disentuh daripada pembangaunan manusia termasuk spesies seperti Badak Sumatra Timur, orang utan Borneo, monyet, rama-rama, harimau bintang berbentuk awan, dan lebih daripada 270 spesies burung. Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sana ialah trek hutan, berenang di dalam sungai, melihat burung, lawatan hutan di waktu malam dan lawatan ke tapak pembalakan berhampiran dan juga kilang kayu.

Rizab Hidupan Liar Tabin

Rizab Hidupan Liar Tabin adalah habitat semula jadi di Sabah, Malaysia. Rizab ini bertujuan untuk memelihara haiwan yang semakin pupus di Sabah. Tiga mamalia terbesar di Sabah yang merupakan gajah Borneo, badak Borneo dan tembadau (Bos javanicus), semuanya boleh dijumpai dalam rizab ini. Rizab ini adalah sekitar 40 minit dari bandar Lahad Datu. Bintatang ini menjadi binatang terkawal di bawah rizab ini.

Gua Madai

Gua ini menjadi tempat burung yang dipanggil Swiftlets membuat sarang. Di dalam gua itu sarang burung Swiftlets yang banyak digunakan untuk sup sarang burung terhasil di sini. Gua ini terletak di Kunak, Sabah. Dua kali setahun di antara bulan Februari dan April dan Julai hingga September, akan ada ramai pengumpul sarang burung yang akan memanjat ke puncak gua dan mengumpulkan sarang burung ini untuk dijual.

Hotel

MB Hotel Lahad Datu

Hotel ini terletak secara strategik dari Lapangan Terbang Lahad Datu dengan jarak sekitar 1.14 kilometer. Ia juga berdekatan dengan kemudahan awam yang lain di sekitar kawasan tersebut. Hotel ini mempunyai harga yang sangat berpatutan bersama dengan kakitangan yang sangat mesra dan ramah. Tambahan pula mereka mempunyai penyambut tetamu 24 jam yang akan dapat membantu tetamu mereka dengan sebarang pertanyaan yang mungkin mereka ada. Sudah pasti, hotel ini adalah yang akan dipilih oleh orang ramai apabila mereka berada di Lahad Datu.