1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9149 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (840 Hotel)
    >
  4. Lahad Datu
    (23 Hotel)

Hotel Mewah di Lahad Datu, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 20 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Lahad Datu

Popular Landmark
Lahad Datu Airport (LDU)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Lahad Datu

8.5
Mengagumkan
387 ulasan dari hotel di Lahad Datu dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Lahad Datu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Johari B. A. B.
Ini adalah profil peribadi.
25 Dec 2019
Banyak kedai-kedai makan, sebelah supermarket, bilik bersih staf kaunter yang mesra, bilik yang agak luas.
shareef b. k.
Ini adalah profil peribadi.
23 Apr 2022
Semua buruk bilik mandi bilik tidur semua sangat tero
Guest
Ini adalah profil peribadi.
21 Sep 2023
Walaupun hotel lama tapi bersih dan keluasan bilik sangat besar. Staf kaunter pun mesra dan baik layanannya. Pasti akan datang lagi untuk tinggal di hotel ini pada masa akan datang
MUHAMAD A. N.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
7 Jun 2019
Room 301. Bilik bau cat kuat. Hair dryer rosak. Langsung tak berfungsi. Air kat bilik mandi very slow. Especially kat sink. Bilik service bad. Tq. 👍🏻
Majilan B. S.
Ini adalah profil peribadi.
29 Oct 2019
Bilik sangat selesa, bersih dan kemas. kemudahan dalam bilik ada disediakan dan petugas hotel sangat mesra pelanggan.
Inna S. S.
Ini adalah profil peribadi.
7 May 2022
indah khbar dari rupa ,Hotel berbau hapak sangat² nya , booking dari app, nmpk di pic cantik, masuk jak sgt² berbau hapak
Majilan B. S.
Ini adalah profil peribadi.
20 Aug 2019
Sesuai bagi yang tidak biasa tidur dalam aircond.
ARIFFIN B. J.
Ini adalah profil peribadi.
8.1
/ 10
21 Nov 2017
Sebuah rumah yang selesa seperti dalaman yang sesuai untuk pengembara perniagaan yang mencari tempat untuk tidur malam yang baik. bahawa hanya penurunan adalah persekitaran di luar kawasan hotel dan kawasan letak kereta.
Salleh H.
Ini adalah profil peribadi.
8 May 2022
Nak mandi tak ada pancuran, paip dan tempat simpan air pun tak ada. Tv pun tak ada.

Hotel di kawasan popular

Tentang

Lahad Datu adalah sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Tawau, di bahagian timur negeri Sabah, Malaysia. Dengan sisi utara Darvel Bay atau turut dikenali sebagai Lahad Datu Bay, ia memenuhi wilayah semenanjung Borneo dari segi geografi. Lahad Datu dikelilingi oleh penanaman koko dan ladang kelapa sawit, namun ia juga merupakan pengeksport kayu yang penting. Disebabkan kepentingannya, terdapat lapangan terbang khas di Lahad Datu untuk penerbangan domestik. Dari sudut pandangan sejarah, penempatan terawal di Lahad Datu dipercayai telah dibuka dari awal abad ke-15. Ini disebabkan penggalian sejarah yang menemui bahan seramik dinasti Ming yang terdapat di kawasan tersebut. Di timur Lahad Datu adalah kampung Tunku yang merupakan pangkalan bagi para lanun dan pedagang hamba sedari pada abad ke-19. Berdasarkan manuskrip yang ditulis dalam tulisan-tulisan Jawi, adalah dipercayai bahawa Islam masuk ke Malaysia melalui negeri Sabah, di mana kisah hidup seorang lelaki Islam yang bernama Abdullah di Darvel Bay telah direkodkan dalam manuskrip itu. Bandar ini pernah terlibat dalam pertikaian tahun 2013 antara Kesultanan Sulu dan kerajaan Malaysia, akan tetapi tindakan cepat pasukan bersenjata Malaysia telah menghapuskan ancaman Kesultanan Sulu dengan cepat. Antara aktiviti ekonomi utama kawasan itu pastinya ialah minyak kelapa sawitnya. Terdapat beberapa kilang penapisan kelapa sawit yang boleh ditemui di sekitar Lahad Datu, manakala Kilang Industri Minyak Kelapa Sawit (POIC) terletak berhampiran Pelabuhan Lahad Datu yang mana ia mula menerima kapalnya yang pertama pada 1 Mac tahun 2013. Kluster ini terdiri daripada kawasan bersaiz 1150 ekar dengan kemudahan “bulking” berpusat dan jeti dengan draf setinggi 20 meter, menjadikannya salah satu daripada beberapa pelabuhan laut dalam di dunia, khusus untuk industri hiliran minyak sawit.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila turun dari lapangan terbang, tetamu boleh mengambil penerbangan domestik ke Lahad Datu.

Menggunakan Kereta

Pengunjung yang memandu dari Kota Kinabalu boleh memandu melalui Jalan Ranau - Sandakan / Laluan 22 / A4 / AH150 untuk akses segera ke Lahad Datu. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 6 jam dan 40 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Tarikan Pelancongan

Tabin Wildlife Reserve

Tabin Wildlife Reserve merangkumi kawasan hutan sebesar 122, 539 hektar di tengah Semenanjung Dent, bahagian timur laut bandar Lahad Datu, selatan dari bahagian bawah Sungai Segama dan utara Rizab Hutan Perlindungan Silabukan. Diuruskan secara bersama oleh kerajaan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah, ia menempatkan sesetengah spesies haiwan yang paling terancam di Borneo termasuk gajah Borneo Pygmy, badak Borneo, Tembadau, burung-burung eksotik dan lapan spesies primat Sabah termasuk orang utan dan monyet Proboscis. Terdapat juga sejumlah besar tumbuhan tropika yang telah menyaksikan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sejak rizab ini ditubuhkan pada tahun 1984. Antara aktiviti yang dibenarkan untuk pelawat termasuk “jungle trekking”, melihat hidupan liar, fotografi dan penggambaran video. Ia adalah salah satu tempat yang paling bagus untuk melihat burung - terdapat sekurang-kurangnya 42 keluarga yang mewakili 220 spesies burung telah direkodkan di sini.

Danum Valley Conservation Area

Danum Valley Conservation Area merupakan tempat ekopelancongan yang baik yang seharusnya dilawati apabila tiba di Lahad Datu. Terletak 82 kilometer jauhnya dari bandar Lahad Datu, tapak ini memegang status yang unik yang mana sebelum ia diberikan status sebagai kawasan pemuliharaan, penempatan manusia hampir tidak wujud di sini. Oleh itu, kawasan ini bebas dari pemburuan, pembalakan dan gangguan manusia yang lain, dalam erti kata lain, bentuknya dipelihara dari pembangunan selama bertahun-tahun. Diuruskan oleh Yayasan Sabah, kawasan ini adalah 438 kilometer persegi besarnya, yang mana ianya tidaklah begitu besar seperti Tabin Wildlife Reserve, namun terdapat banyak hidupan yang dapat dilihat di sini. Terdapat lebih banyak lagi kepelbagaian di sini dalam konteks flora dan fauna tropika, termasuk spesies unik seperti badak Sumatra Timur, orang utan Borneo, gibbons, rama-rama, rusa, harimau bintang bertompok dan lebih 270 spesies burung.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka