Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8269 Hotel)
    >
  3. Kelantan
    (217 Hotel)
    >
  4. Gua Musang
    (6 Hotel)
    >
  5. Lojing
    (1 Hotel)

Hotel Mewah di Lojing, Gua Musang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 07 Dis 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Lojing

Popular Landmark
လက်ရှိတည်နေရာ, Mount Yong Yap

Ulasan Tetamu dari Hotel di Lojing

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Lojing dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Lojing akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Be loo
Ini adalah profil peribadi.
13 Jun 2017
Gembira melihat anak-anak bergerak riang. tidak menjangka untuk melihat pelbagai tumbuhan di rumah persinggahan itu sendiri. Hebat dan hebat penyelenggaraan. masa aman dan tenang dibelanjakan di sana. Terima kasih untuk pengalaman yang hebat.

Tentang

Lojing adalah sebuah daerah kecil yang terletak di kawasan Gua Musang Kelantan, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Lojing Highlands kerana kawasan topografi perkampungan di situ berbukit-bukau. Ia terletak bersebelahan dengan Cameron Highlands di Pahang, di sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat Kedua. Lojing Highlands kaya dengan flora dan fauna dan terkenal dengan kepelbagaian biologinya. Bukit-bukit dan hutan-hutan di kawasan Lojing dipelihara dengan baik dan menjadi semakin popular untuk eko-pelancongan. Terdapat banyak spesies kayu keras tropika yang berkualiti tinggi seperti jati, mahoni, chengal dan meranti yang terletak di hutan Lojing Highlands. Kebanyakan orang yang tinggal di kawasan Lojing tergolong dalam suku kaum Orang Asli.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Dari Kuala Lumpur, anda boleh membeli tiket bas dan bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus ke Gua Musang. Perjalanan itu akan menjadi kira-kira lima jam. Dari bandar Gua Musang, dapatkan teksi untuk membawa anda ke Lojing Highlands.

Tarikan Pelancongan

Cameron Highlands

Cameron Highlands adalah kawasan terkecil di Pahang, namun ia merupakan stesen bukit yang paling luas di Malaysia. Ia terletak kira-kira 30 kilometer jauhnya dari Lojing Highlands, di mana orang-orang dari timur biasanya menggunakan laluan ini untuk ke Cameron Highlands. Ia menjadi salah satu pusat tarikan Malaysia yang paling banyak dikunjungi oleh penduduk tempatan dan warga asing. Cameron Highlands terkenal dengan cuaca sejuk, ladang strawberi, ladang teh dan taman bunga. Selain itu, ia juga terkenal dalam kalangan pendaki gunung. Gunung Irau adalah puncak yang popular di Cameron Highlands di mana Brinchang adalah tapak permulaannya. Dua hala perjalanan akan mengambil masa sehingga sembilan jam. Brinchang juga merupakan rumah kepada Hutan Mossy yang popular di mana para penyelidik datang untuk menjalankan penyelidikan mereka dan para pelancong datang untuk menyaksikan keindahan hutan lumut semulajadi ini. Cameron Highlands akan penuh sesak pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah.

Taman Negara

Taman Negara Kuala Tahan adalah taman negara terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia terkenal dengan hutan hujan tropika yang subur, pelbagai spesies burung, serangga, sungai yang bersih, pelbagai spesies hidupan liar dan suku kaum pribumi. Mengunjungi suku kaum pribumi boleh menjadi pengalaman terbaik untuk anda kerana anda dapat melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka di dalam hutan, yang sama sekali berbeza dengan cara kita menjalani hidup di bandar-bandar di luar ini. Selain itu, anda juga boleh mencuba menjelajah hutan pada waktu malam di mana anda akan dapat melihat beberapa haiwan yang aktif pada waktu malam. Musim kering adalah dari bulan Februari hingga September, yang merupakan masa terbaik untuk melawat taman negara. Musim kemuncak pelancong datang berkunjung adalah dari bulan April hingga Ogos.

Hotel

Misty Highlands Apartment @ Crown Imperial Court

Terletak sekitar 29 kilometer jauhnya dari Lojing Highlands, terdapat penginapan mewah yang beralamat di Pangsapuri Crown Imperial Court, Jalan Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands, Malaysia, 39100. Pangsapuri ini disyorkan untuk pelancong yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia menempatkan 3 bilik tidur,sebuah ruang tamu dan sebuah dapur. Walaupun penginapan ini tidak menyediakan sarapan, terdapat banyak restoran berdekatan yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi. Kadar yang ditawarkan bermula dari RM392.

Nova Highlands Resort and Residences

Nova Highlands Resort and Residences terletak di The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, Cameron Highlands, yang terletak kira-kira 27 kilometer dari Lojing Highlands. Hotel ini merupakan antara hotel baru yang dibina di Brinchang, oleh itu konsep reka bentuk dalamannya moden berbanding dengan hotel-hotel lama yang lain. Hotel ini sesuai untuk pelancong perniagaan dan pelancong santai. Bilik-bilik yang disediakan sangat luas, bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik. Di samping itu, ia berkongsi bangunan yang sama dengan pusat membeli-belah baru di mana anda boleh menghabiskan waktu lapang anda di sana. Ini boleh menjadi penginapan sempurna untuk anda dengan kadar yang ditawarkan bermula dari RM221 di Traveloka.com.

Other Popular Hotels in Lojing

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka