Long Banga adalah sebuah kampung yang berada di kawasan pedalaman yang terletak di Bahagian Marudi, di bahagian timur laut negeri Sarawak, Malaysia. Mendapat namanya dari sebuah sungai kecil berhampiran kampung tersebut dengan nama yang sama, Long Banga terletak kira-kira 589.6 kilometer jauhnya dari ibukota negari ini iaitu Kuching sementara tempoh berjalan adalah selama satu jam dari Long Peluan dan dua hari berjalan dari Lio Matoh.
Sekiranya anda mengembara melalui Sungai Baram, kampung ini boleh ditemui dengan mudah di bahagian atas sungai tersebut. Kampung tersebut sebenarnya terdiri daripada dua buah kampung yang lebih kecil, masing-masing untuk penduduk Saban dan masyarakat Kenyah Leppo Ke. Ia juga sangat dekat dengan sempadan Batu Kallong yang memisahkan Sarawak dengan Kalimantan. Kampung itu dikatakan dibuka pada tahun 1900, diasaskan oleh sekumpulan orang Kenyah yang datang dari Long Peluan sebelum diikuti oleh orang Saban di kemudian harinya. Mereka dikatakan telah membuang kepercayaan Pagan mereka sekitar tahun 1960-an, menggantikannya dengan keimanan terhadapa agama Kristian, lantas menjelaskan keberadaan gereja di sini. Ini berlaku selari dengan kemasukan Tentera Bersekutu berikutan penyertaan mereka dalam Konfrontasi dengan Indonesia sejurus selepas pembentukan Persekutuan Malaysia.
Untuk memudahkan akses ke kawasan itu, Tentera Bersekutu membuka sebuah pangkalan terbang menggunakan tanah kosong yang disumbangkan oleh Lale Wa, penduduk tempatan di Long Banga. Bagaimanapun pangkalan terbang itu masih belum dibuka untuk penerbangan komersial, walaupun selepas Konfrontasi telah reda. Sehingga tahun 1980-an, seluruh kampung hanya boleh diakses semata-mata oleh sungai sahaja. Walau bagaimanapun, pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, pesawat yang lebih kecil boleh mendarat di lapangan terbang itu, manakala Malaysia Airlines mula mengendalikan penerbangan ke Miri dan Marudi yang berhampiran. Melalui tanah, kampung ini dapat dikunjungi dengan menggunakan jalan pembalakan dari Kem Merawa. Lawatan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010 membawa lebih banyak perkembangan di kampung ini dari segi jalan baru, empangan mini dan klinik mudah alih.
Terdapat penerbangan ke Miri dan Marudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines, manakala AirAsia hanya menyediakan penerbangan ke Miri. Apabila tiba di lapangan terbang yang tersebut, para pengunjung boleh menempah tiket penerbangan tempatan lain ke Long Banga dengan MASwings.
Mereka yang memandu dari Miri boleh memandu melalui Jalan Tun Hussein Onn / Laluan 1 untuk akses segera ke Long Banga. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira lapan jam bergantung kepada keadaan trafik.
Air Terjun Lang Tajit adalah tempat tarikan di Long Banga yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong di samping Air Terjun Udau yang setinggi 80 kaki. Memandangkan ia terletak dekat dengan empangan mini, dari kampung Long Banga, seseorang perlu melakukan perjalanan kira-kira empat jam melalui kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sana. Kemudian, pengunjung harus berjalan lima belas minit lagi ke pedalaman hutan sebelum mencari air terjun yang disebutkan itu. Walaupun masa perjalanan yang agak panjang, apabila melihat air terjun itu, semua beban seolah jatuh dari bahu dan terasa seperti pemandangan air terjun ini lebih penting dari semuanya, maka menjadikan keseluruhan perjalanan tersebut begitu berbaloi.
Tanah Tinggi Kelabit adalah satu siri lembah gunung dengan ketinggian lebih seribu meter di atas paras laut. Kebanyakan lembah gunung ini diliputi hutan yang meningkat hingga melebihi 2400 meter. Tanah tinggi ini diduduki oleh suku kaum Kelabit dan Orang Ulu. Berikutan lokasinya yang terpencil kerana ia berada di bahagian paling utara negari ini, satu-satunya cara pengangkutan untuk mengakses Kelabit Highlands adalah dengan penerbangan domestik, dengan Bario menjadi pintu masuk utama. Di sini di kawasan dataran tinggi, pengunjung boleh mengharapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti “jungle trekking” yang sememangnya popular di sini. Beberapa laluan di sini boleh dilakukan dalam jangka masa sehari, ada yang boleh dilakukan dalam dua hari atau lebih dengan panduan jurupandu yang berpengalaman. Terdapat juga penginapan dalam bentuk pondok-pondok dan “homestay” yang dikendalikan oleh penduduk tempatan, oleh itu pengunjung tidak perlu bimbang tentang tempat tinggal sepanjang keberadaan mereka di sini.