amaran

Hotel Mewah di Maluri, Kuala Lumpur

8.9/10

Sangat Baik

Tentang

Maluri, atau juga dikenali sebagai Taman Maluri adalah satu kawasan yang terletak di timur Kuala Lumpur, atau lebih tepatnya, dalam kawasan Cheras. Dengan lokasinya yang berdekatan ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur, ia juga bersebelahan Pandan Jaya, Kampung Pandan dan Jalan Cochrane. Atas sebab lokasinya yang strategik dan mudah diakses, para pemilik hartanah di kawasan tersebut amat mengetahui nilai mereka lantas menyebabkan harga melambung tinggi, jika tidak jarang-jarang sekali. Banyak pembangunan sedang dalam jangkaan buat masa sekarang dan Maluri seharusnya akan terus menjadi kawasan popular sekali dengannya.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Dengan kenderaan, Maluri boleh diakses melalui Jalan Cheras, salah satu daripada lebuhraya persekutuan utama di Kuala Lumpur. Namun begitu, dengan kesesakan trafik satu kemungkinan yang tinggi, satu alternatif yang sesuai adalah melalui tren ke stesen MRT AEON-Maluri. Stesen ni menghubungkan servis laluan ‘light rapid transit’ (LRT) dan ‘mass rapid transit’ (MRT), melalui laluan LRT Ampang dan Laulan MRT Sungai Buloh-Kajang, dengan pertukaran antara kedua-duanya dibolehkan melalui jejantas. Kewujudan tempat letak kereta yang berdekatan stesen juga membolehkan penukaran mod kenderaan, mengikut kesesuaian.

Tarikan Pelancongan

Stadium Badminton Kuala Lumpur

Terletak di Jalan Cheras sejak tahun 1990, stadium ini mempunyai kapasiti seramai 4500 orang pada sesuatu ketika. Badminton telah lama menjadi sukan yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan stadium ini menjadi testimoni kepada ini, dengan kini menjadi pusat kepada Konfederasi Badminton Asia. Malah, sebelum ini, stadium ini juga telah menjadi pusat kepada Persekutuan Badminton Dunia dari tahun 2005-2006, sebelum berpindah ke Stadium Putra, Bukit Jalil. Renovasi-renovasi kini dalam perancangan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan, dijadualkan untuk bermula pada suku akhir tahun 2017.

IKEA Cheras

Fikirkan tentang penggayaan rumah, sudah semestinya anda akan fikirkan IKEA. Dengan penguasaan pasaran perabot yang besar, ternyata adalah tidak keterlaluan untuk menyatakan sedemikian, dan IKEA Cheras melambangkan langkah pertama jenama tersebut untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Walaupun kini terdapat cawangan baru di Damansara dan 2 lagi cawangan dalam perancangan, tempat ini telah lama menjadi hab untuk rakyat Malaysia, sama ada untuk produknya ataupun untuk makanan yang disediakan, dan adalah dijangka ini tidak akan berubah dalam masa terdekat. Stor ini dibuka dari pukul 9:30 pagi hingga 10 malam pada hari Isnin hingga Khamis, dan 9:30 pagi hingga 11 malam pada hari Jumaat hingga Ahad, dan pada cuti-cuti umum. Restoran dibuka pada masa-masa sama dan ditutup 30 minit lebih awal.

Taylor’s International School Kuala Lumpur

Pembelajaran adalah suatu perjalanan yang boleh datang dalam pelbagai bentuk di institusi ini, ia adalah satu kisah yang masih lagi diceritakan. Ditubuhkan pada tahun 1991, Taylor’s International School adalah selaras dengan namanya iaitu sebuah sekolah antarabangsa yang secara uniknya bertapakkan sistem kurikulum Malaysia untuk atlet-atlet Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Semua ini telah berubah pada tahun 2011, dengan pengenalan sistem kurikulum kebangsaan England, yang menandakan bermulanya Sri Garden International yang kemudian telah menukar nama kepada nama semasa sejak tahun 2014. Sekolah ini merupakan salah satu daripada 9 institusi yang wujud di bawah naungan Taylor’s Education Group, yang kini terdiri daripada 22000 orang pelajar daripada negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Vietnam. Dari segi kualiti, selepas penilaian berdasarkan kriteria-kriteria yang ketat, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan penilaian sekolah 5 bintang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga telah diakreditasi sebagai pusat peperiksaan untuk Cambridge International Examinations (CIE) sejak tahun 2011.

Viva Home

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Viva Home adalah sebuah pusat gaya hidup bersepadu dengan pemilihan peruncit alat kelengkapan rumah yang pelbagai, serta gabungan bermacam-macam jenis peruncit makanan dan minuman, fesyen, dan hiburan. Terletak di salah sebuah lokasi utama di bandaraya Kuala Lumpur, Viva Home sudah pasti menjadi destinasi ideal untuk peminat pusat membeli-belah moden mencari tempat yang mudah untuk berbelanja, menjamu selera dan berseronok.