1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (944 Hotel)
    >
  4. Kota Kinabalu
    (540 Hotel)
    >
  5. Pulau Manukan
    (2 Hotel)

Hotel Mewah di Pulau Manukan, Kota Kinabalu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Pulau Manukan

EXTERIOR_BUILDING Sutera Sanctuary Lodges at Manukan Island

Sutera Sanctuary Lodges at Manukan Island

Resort
Pulau Manukan, Kota Kinabalu
Mengagumkan
8.9
(10 Reviews)
Lihat Harga

Manukan Island Resort

Resort
Pulau Manukan, Kota Kinabalu
Lihat Harga
See all 2 Hotels near Pulau Manukan

Facts about hotel in Pulau Manukan

Popular Hotel
Sutera Sanctuary Lodges at Manukan Island , Manukan Island Resort

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pulau Manukan

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pulau Manukan dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pulau Manukan akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Zamnorashikin Z.
Ini adalah profil peribadi.
8 Feb 2020
Baik untuk bulan madu atau keluarga berundur kakitangan yang menyenangkan esp Encik Adamz (penuh humor) jika anda bernasib baik, anda akan bertemu dengan hiu doo doo doo ... dan saya bernasib baik hari itu!

Tentang

Dengan lebih 200,000 pelawat setiap tahun, Pulau Manukan adalah sebuah pulau yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa. Ia terletak hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki bot, dan selalu menjadi pilihan penduduk sekitar Kota Kinabalu yang menginginkan percutian sementara dari kesibukan kota. Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, taman negara marin pertama di Malaysia. Ia terletak di negeri Sabah, spesifiknya di kawasan Timur Sabah, hanya di luar pantai Kota Kinabalu dan mudah diakses dengan bot. Manukan adalah pulau yang paling popular dalam kalangan penduduk Kota Kinabalu. Pulau Manukan mempunyai beberapa pantai yang indah di bahagian selatan.


Pantai yang terbaik terletak di hujung timur pulau itu. Di luar pesisir Pulau Manukan terdapatnya terumbu karang yang eksotik, yang sesuai untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan juga berenang. Dari lima pulau yang membentuk Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Pulau Manukan mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju yang merangkumi lebih kurang 20 unit chalet, rumah kelab dan beberapa restoran dan juga pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan juga gelanggang sepak takraw. Pulau ini juga dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur termasuk sokongan-air, elektrik, loji penyahgaraman, sistem pembetungan, dan juga telefon awam dengan sokongan suria. Pulau ini dilindungi dalam tumbuh-tumbuhan yang padat dan mempunyai laluan mendaki yang tidak harus dilepaskan oleh peminat aktiviti lasak. Terminal feri Jesselton yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu adalah terminal feri utama bagi mereka yang menuju ke kepulauan di Taman Negara Tunku Abdul Rahman.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK), lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di bandar Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. lapangan terbang di Kota Kinabalu, kira-kira 15 minit dari Kota Kinabalu.


Menggunakan Bot

Pengangkutan awam utama ke pulau itu adalah dengan menggunakan bot laju dari Kota Kinabalu ke jeti pulau Manukan yang mengambil masa selama kira-kira 20 minit. Bot laju ini akan berlepas dari terminal Feri Kota Kinabalu (Terminal Feri Jesselton) dan perkhidmatan bot laju ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.15 petang setiap hari.


Tarikan Pelancongan

Sunset Point

Jika anda suka akan aktiviti lasak atau menerokai hutan tebal, dan jika anda mempunyai masa terluang bila mengunjungi pulau ini, anda boleh pergi ke Sunset Point yang terletak di pinggir barat Pulau Manukan. Kawasan berhampiran Sunset Point ini terkenal dengan paya bakau yang menarik. Terdapat dua cara untuk sampai ke Sunset Point, salah satu caranya adalah dengan menggunkan jejak hutan lasak dan satu lagi adalah dengan menggunakan jogging track. Adakah anda suka akan spesies burung yang eksotik? Sekiranya ya, ambil jejak hutan, jika tidak, anda boleh memilih melalui jejak jogging. Bonus bagi mereka yang menjelajah menggunakan jejak hutan ini adalah peluang untuk melihat Filipina Megapode, seekor burung seperti ayam dengan wajah bewarna merah. Jika anda memilih untuk mengikuti jejak hutan pada waktu pagi, kebarangkalian untuk anda melihat spesies burung yang sukar ditemui ini adalah sangat tinggi! Semoga berjaya!


Hotel

Manukan Island Resort

Manukan Island Resort adalah resort pulau peribadi yang mewah. Resort yang tenang ini menawarkan penginapan yang indah, dengan pelbagai hidangan masakan yang enak dan aktiviti sukan air yang tiada tandingannya di salah satu pulau yang terindah di dunia. Manukan Island Resort terletak berdekatan Kota Kinabalu merupakan satu destinasi yang merupakan salah satu daripada lima pulau tropika yang membentuk Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Manukan dikelilingi oleh terumbu karang yang dilindungi, dan pulau ini mempunyai hutan hujan dan pantai pasir putih yang indah. Pada saat anda tiba di Pulau Manukan, anda akan di sambut oleh kakitangan resort yang mesra.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved