amaran

Hotel Mewah di Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka

Tentang

Bandar Melaka adalah ibu negeri kepada negeri yang berkongsi nama sama, Melaka. Kepada rakyat Malaysia, kepentingannya adalah mustahil untuk diperkecilkan, berdasarkan sejarahnya yang begitu penting kepada negara. Bandar tersebut dahulunya merupakan pusat Kesultanan Melaka, yang ditubuhkan oleh seorang putera dari Sumatra yang bernama Parameswara. Dengan lokasinya yang strategik di kawasan selat, bandar ini kemudian berkembang dari perkampungan nelayan untuk menjadi pusat perdagangan penting ke seluruh dunia. Kekayaan ini walaubagaimanapun menarik minat kuasa-kuasa luar yang menjajahnya bermula daripada orang Portugis, orang Belanda, orang Britain dan orang Jepun. Perebutan kuasa selama beratus-ratus tahun ini menjadikan Melaka satu tempat bercampurnya budaya-budaya yang dapat dilihat dalam adat-adat dan seni rekabinanya, sehingga mendapat status sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2008.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Bandar Melaka dapat disinggah melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan pesisiran pantai Syed Abdullah Aziz. Dalam bandar itu sendiri, kenderaan-kenderaan lazim sepert bas dan teksi sentiasa berkhidmat dengan pusatnya di terminal Melaka Sentral. Selain itu, para pelancong juga adalah digalakkan untuk mencuba beca-beca berhias yang unik di kawasan Stadthuis Red Square. Di samping itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pula bersedia untuk menerima pesawat-pesawat Malindo Air dan XpressAir, yang menghubungkannya ke Pekanbaru di Indonesia dan Georgetown di Pulau Pinang (Malindo Air). Akhir sekali, melalui jalan perairan, Melaka dapat diterokai melalui Melaka River Cruise sepanjang Sungai Melaka.

Tarikan Pelancongan

A’Famosa

Dengan melihat imej-imej A’Famosa, adalah senang untuk memperkecilkan struktur ini sebagai tidak se-gah popularitinya. Ternyata, pengamatan nilai A’Famosa terletak banyak pada sejarahnya, yang tidak dapat dipisahkan dari sejarah bandar ini secara keseluruhannya. Benteng ini telah dibina oleh Alfonso de Albuquerque, warga Portugis yang sebagai penjajah Melaka yang pertama, mengarahkan pembinaannya dengan kerahan tenaga seramai kira-kira 1500 orang hamba. Daripada tangan Portugis ke tangan Belanda dan kemudian ke tangan British, hanya campurtangan Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura, yang menghalang gerbang Porta De Santiago dari dimusnahkan, yang mana ia masih dapat dilihat di kaki bukit St. Paul Church sehingga ke hari ini, sebagai antara contoh senibina Eropah yang terakhir di Asia. Setibanya di sana, jangan lepaskan juga peluang untuk melawat Istana Kesultanan Melaka yang dibina semula, untuk mempelajari sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Dutch Square

Jika kawasan-kawasan penggambaran yang unik yang anda cari di Melaka, ternyata Dutch Square di Jalan Kota adalah tempat yang harus dikunjungi. Dengan bangunan-bangunan unik yang berwarna merah di sekeliling pancutan air marmar, dan dikerumuni lagi dengan beca-beca berhias, ia adalah suatu pemandangan yang tidak mudah dilupakan. Ke selatan tempat ini adalah bangunan Stadthuis, yang dibina pada tahun 1660 dan dahulunya merupakan kediaman rasmi pentadbir Belanda. Kini, ia merupakan semuah muzium dan dikatakan sebagai contoh senibina Belanda yang tertua di kawasan Timur. Ke kanan bangunan ini adalah Gereja Christ yang dibina pada tahun 1753 untuk menggantikan gereja Portugis yang telah lama musnah. Ini dan tarikan-tarikan lain di sekelilingnya menjadikannya suatu tempat yang mesti dilawat!

Hotel

The Pines Melaka

Bagi pengembara yang mencari tempat penginapan berkualiti pada harga yang berpatutan, The Pines merupakan satu pilihan yang wajar dipertimbangkan. Dengan lokasinya yang strategik di kawasan bandar, para pengunjung adalah dijemput untuk memilih dari pilihan-pilihan bilik daripada kelas Superior, Deluxe dan Eksekutif, semua dengan hubungan Wi-Fi yang baik dan pilihan tambahan untuk sarapan. Tambahan pula, meja hadapan yang sentiasa bersedia 24-jam sehari memastikan bahawa bantuan pihak hotel sentiasa berdekatan. Di samping itu, premis berkenaan juga menawarkan kemudahan untuk kegunaan para pengunjung seperti tempat letak kereta, restoran dan kolam renang, baik untuk individu mahupun seiisi keluarga.

Hatten Hotel Melaka

Seperti yang diketahui, pelancongan adalah jarang sekali terhad kepada aktiviti melawat tempat-tempat menarik, kerana ia juga sering termasuk dengan aktiviti membeli belah. Dengan lokasi-lokasi seperti Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Mahkota Parade berdekatan, para pengunjung adalah dengan ini dijemput untuk menginap daripada beberapa pilihan bilik dari kelas Junior ke Deluxe, semua dengan hubungan Wi-Fi yang baik dan pilihan tambahan untuk sarapan. Tambahan lagi, premis ini juga menawarkan beberapa kemudahan seperti tempat letak kereta, restoran dan kolam renang yang sesuai untuk individu mahupun untuk seisi keluarga.