1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Melaka
    (603 Hotel)
    >
  4. Bandaraya Melaka
    (557 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Mela...
    (387 Hotel)

Hotel Mewah di Melaka Raya, Bandaraya Melaka

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Melaka Raya

EXTERIOR_BUILDING Noble Resort Hotel Melaka

Noble Resort Hotel Melaka

Resort
Melaka Raya, Melaka City Center
Menyenangkan
8.0
(12 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Straits Melaka by Perfect Host

The Straits Melaka by Perfect Host

Apartmen
Melaka Raya, Melaka City Center
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Imperial Heritage Hotel Melaka – City Centre - Free Himalayan Salt Room Access – Free Wifi – Free Parking

Imperial Heritage Hotel Melaka – City Centre - Free Himalayan Salt Room Access – Free Wifi – Free Parking

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
8.5
(5001 Reviews)
Bilik besar dan kemas, sarapan banyak pilihan dan sedap, ada asam pedas.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Straits Hotel & Suites

The Straits Hotel & Suites

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
8.4
(1903 Reviews)
Penginapan selesa dan baik, perkhidmatan pun bagus.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Holiday Inn MELAKA, an IHG Hotel

Holiday Inn MELAKA, an IHG Hotel

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
8.8
(199 Reviews)
Terbaik. Selesa. Staff pun friendly.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Hallmark Crown Hotel - Melaka

Hallmark Crown Hotel - Melaka

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
8.3
(573 Reviews)
Selesa dengan kelengkapan yang baru dan persekitaran yang bersih. Bilik juga selesa dan bersesuian dengan harga.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Eco Tree Hotel

Eco Tree Hotel

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
8.6
(980 Reviews)
Staff hotel yang peramah & bagus. Hotel bersih & memuaskan, parking senang.
Lihat Harga
SWIMMING_POOL Imperio Residence Seafront by Perfect Host

Imperio Residence Seafront by Perfect Host

Apartmen
Melaka Raya, Melaka City Center
Menyenangkan
8.1
(29 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Rosa Malacca

Rosa Malacca

Hotel
Melaka Raya, Melaka City Center
Mengagumkan
9.0
(341 Reviews)
Lihat Harga
Exterior view Imperio Residence with Private Bathtub by Lets Stay

Imperio Residence with Private Bathtub by Lets Stay

Lain-lain
Melaka Raya, Melaka City Center
Menyenangkan
7.9
(13 Reviews)
Lihat Harga
See all 87 Hotels near Melaka Raya

Facts about hotel in Melaka Raya

Popular Hotel
Noble Resort Hotel Melaka, The Straits Melaka by Perfect Host
Popular Landmark
Malaysia Prison Museum, ECO TREE HOTEL - Skydeck 360

Ulasan Tetamu dari Hotel di Melaka Raya

8.3
Mengagumkan
31,534 ulasan dari hotel di Melaka Raya dengan purata penarafan 8.3/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Melaka Raya akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Hannafi M.
Ini adalah profil peribadi.
12 Feb 2023
Pro: 1. Dekat dengan tempat-tempat tarikan pelancong. Cons: 1. Bilik overall/tandas busuk macam tak kena basuh/cuci. 2. Cadar tilam tu tak sengaja terselak nampk macam ada tompok kotoran (refer gambar) 3. Breakfast biasa je, simple je menu.
NOR A.
Ini adalah profil peribadi.
26 Dec 2023
Lift bahaya sangat untuk budak-budak, tekan button buka pun masih tutup. Tolong perihatin berkaitan perkara ini.
Rayang U.
Ini adalah profil peribadi.
12 Feb 2024
Okay je, untuk tido bilik besar jugk untuk 3 orang 😌
MW
Moh Wachidin
30 Jan 2024
Dari luar okay, kamar okay, luas, bersih
Nuraina
Ini adalah profil peribadi.
5 Jan 2024
Bersih sangatlah hotel ni, recomended sekali lah, tak nyesal nginap kat sini
Mohd H. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
1 Aug 2023
Reception ok. Urusan cekin cepat. Bilik hotel ok je. Kelengkpan semua ok, tandas sumbat. Kolam berlumut, sangat kotor. Tolong bersihkan. Anak-anak mandi kolam bulat tu je. Yang besar kotor. Lokasi ok. Bilik selesa
Mohd A. O.
Ini adalah profil peribadi.
29 Jul 2023
Selasa dan harga yang berpatutan. Pautan internet yang bagus.
Lynn Z.
Ini adalah profil peribadi.
8 Apr 2024
Hotel ni recommended, tempat strategis

Tentang

Melaka Raya adalah sebuah perbandaran moden yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Ia berada kira-kira 13 kilometer jauhnya dari ibu negeri, Melaka Tengah, yang ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Banyak kedai-kedai komersial dan pusat membeli-belah dibina di sini yang berdekatan antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat tarikan-tarikan bersejarah yang terletak di kawasan Banda Hilir, Banda Kaba, Semabok dan Ujong Pasir yang pastinya berbaloi untuk dikunjungi. Tidak dinafikan, jarak bandar ini yang sebegitu dekat dengan tarikan-tarikan pelancong telah meningkatkan mata pencariannya dan memacu ekonomi berpusatkan pelancongan, yang turut menyumbang kepada berjuta-juta pengunjung yang datang ke negeri ini setiap tahun.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar di susur keluar Ayer Keroh sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka Raya. Perjalanan itu boleh mengambil masa kira-kira dua jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat adalah Melaka Sentral yang terletak di Jalan Tun Razak, Plaza Melaka Sentral. Ambil perjalanan terus ke Melaka Sentral dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Delima Express dan Transnasional Express. Dari sini, ambil bas laluan tempatan ke Melaka Raya.

Tarikan Pelancongan

A Famosa

Kubu A Famosa adalah kubu yang dibina oleh penakluk Portugis sebaik sahaja mereka berjaya mengambil alih Melaka dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Pada masa itu, ia secara rasminya dikenali sebagai Fortaleza de Malaca atau “benteng Melaka” dan mengambil masa kira-kira lima bulan untuk dibina di bawah arahan Alfonso de Albuquerque menggunakan runtuhan dari bangunan-bangunan lain yang dimusnahkan dalam peperangan. Ia terletak di Banda Hilir, berhampiran dengan Gereja St Paul dan replika istana Kesultanan Melayu Melaka. Versi yang lengkap dikatakan mempunyai empat menara yang berada sekitar 2.4 meter hingga 4.5 meter tinggi. Pada masa ini, hanya pintu utama, Porta de Santiago yang terselamat dan masih berdiri kukuh dalam arus masa, masih dikekalkan oleh kerajaan dan dibuka kepada orang ramai. Ia merupakan seni bina tertua Eropah yang masih tinggal di Asia, yang lain telah dimusnahkan kerana faktor semula jadi atau tujuan pembangunan semula. Dalam bahasa Portugis, A Famosa adalah frasa yang bermaksud "yang terkenal".

Masjid Selat Melaka

Rasanya tidak lengkap untuk bercakap tentang Melaka Raya tanpa menyebut tempat ini. Masjid ini terletak di Pulau Melaka iaitu sebuah pulau buatan manusia yang dapat ditemui setelah memasuki Melaka Raya. Ia adalah salah satu daripada beberapa masjid terapung di negara ini, yang dibina secara unik untuk dilihat seolah-olah seperti terapung semasa air pasang. Masjid ini dirasmikan pada tahun 2006 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan kos sepuluh juta ringgit. Sewaktu musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha serta sembahyang Jumaat mingguan, masjid ini mampu menampung seramai dua ribu jemaah pada kapasiti maksimanya. Pengunjung dinasihatkan untuk berpakaian sopan jika mereka berhasrat untuk datang menikmati pemandangan indah di masjid ini.

Jonker Night Street Market

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila pelawat berada di Melaka Raya ialah Jonker Night Street Market. Terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tarikan membeli-belah, ia dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu bermula dari waktu petang hingga larut malam. Di pasar malam ini, makanan tempatan Melaka dapat ditemui dengan banyak serta hadiah dan barang-barang lain yang dapat dibeli dengan murah. Terdapat juga tempat makan yang berdekatan untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hotel

Imperial Heritage Hotel

Hotel ini terletak di Jalan Merdeka 1 dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti televisyen, tab mandi, pengering rambut, peti keselamatan dalam bilik, bar tepi kolam, perkhidmatan dobi, restoran dan WiFi.

Holiday Inn Melaka

Sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Syed Abdul Aziz. Dengan lokasi yang hampir dengan laut, pihak hotel menawarkan kemudahan dan perkhidmatan seperti televisyen, pancuran mandian, bar mini, peti sejuk, peti keselamatan dalam bilik, spa, kedai kopi, “concierge”, bilik mesyuarat, kelab kesihatan and WiFi.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved