amaran

Hotel Bajet di Mont Kiara, Kuala Lumpur

Tentang

Mont Kiara adalah sebuah bandar yang terkenal di barat laut pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Lebih spesifik lagi, ia terletak di kawasan Segambut. Perbandaran ini terdiri daripada kebanyanyakkannya kediaman jenis kondominium dan kompleks pejabat. Ia terletak di tengah-tengah Lembah Klang, kira-kira separuh perjalanan di antara Kepong dan pusat bandar Kuala Lumpur. Bandar ini juga terletak bersebelahan dengan Sri Hartamas. Projek komersial Mont Kiara termasuk 1 Mont Kiara, Plaza Mont Kiara, Seni Mont Kiara, Solaris Mont Kiara dan Solaris Dutamas. Mont Kiara berjarak hanya 15 minit pemanduan ke Petaling Jaya, Subang Jaya atau pusat bandaraya Kuala Lumpur. Taman Tun Dr. Ismail hanya terletak kira-kira 10 minit pemanduan menggunakan Lebuhraya Sprint.


Kemudahan lain di Mont Kiara termasuk dua buah sekolah antarabangsa iaitu British Garden International School, dan Sekolah Antarabangsa Amerika Mont'Kiara. Mont Kiara juga terkenal dengan tempat membeli-belah, pusat hiburan dan pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. Ia menawarkan persekitaran yang sempurna, terutama sekali untuk golongan ekspatriat yang mencari gaya hidup moden dan antarabangsa di Kuala Lumpur. Kejiranan mewah ini, bersebelahan dengan Sri Hartamas yang terletak berhampiran dengan pusat bandar, dan hanya 15 minit memandu dari pusat bandar Petaling Jaya dan Subang Jaya yang sibuk. Hanya 3 minit berjalan kaki dari kawasan ini, anda akan menemui bank-bank utama, pasar raya, butik-butik terkenal dan kedai yang menjual barangan keperluan harian anda. Untuk menjamu selera, pelbagai masakan dari pelbagai negara, termasuk masakan Korea, Jepun, Barat, India, Timur Tengah dan Cina, boleh didapati di pelbagai jenis restoran yang terletak di Solaris Mont 'Kiara.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) yang merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Sepang, Selangor. Kedua-dua terminal, lapangan terbang KLIA dan KLIA2 terletak kira-kira 1 jam dari Mont Kiara.

Menggunakan Kereta

Mont Kiara terletak betul-betul bersebelahan dengan persimpangan empat lebuhraya iaitu Lebuhraya Lembah Klang Baru E1, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS E1, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) E33 dan Lebuhraya Sprint E23. Plaza Tol Jalan Duta, permulaan untuk sektor utara Lebuhraya PLUS, terletak di luar hujung utara Mont Kiara. Lebuhraya DUKE yang menghubungkan Mont 'Kiara ke arah Ampang, Ulu Klang atau Gombak, yang turut menghubungkan Jalan Lingkaran Kuala Lumpur 2 28 dan Lebuhraya Pantai Timur E8. Kerinchi Link, dan sebahagian daripada Lebuhraya Sprint yang membolehkan pengguna jalan raya dari Mont Kiara atau Kepong untuk sampai ke bandar perindustrian Petaling Jaya dengan cepat sambil melalui pusat bandar Kuala Lumpur.

Tarikan Pelancongan

Plaza Mont Kiara

Plaza Mont Kiara adalah sebuah tempat yang menarik yang terletak di pintu masuk kawasan Mont'Kiara yang berprestij. Plaza Mont Kiara adalah satu-satunya projek pembangunan yang telah dicipta dengan konsep "The Resort Office", yang unik kerana menggabungkan kompleks pejabat dengan kemudahan resort yang lain untuk gaya hidup perniagaan baru. Plaza Mont Kiara adalah pembangunan komersial yang terdiri daripada 570 unit lot perdagangan dan kawasan perniagaan.

Planetarium Negara

Dihiasi oleh kubah biru yang tersergam indah, Planetarium Negara mudah dilihat dari jalan-jalan atau kawasan berdekatan. Tempat ini didedikasikan untuk segalanya yang berkaitan dengan sains dan astronomi. Dibuka untuk lawatan dari hari Selasa hingga Ahad, terdapat banyak pameran interaktif yang menarik untuk dinikmati. Terletak di atas bukit di sebelah timur Taman Tasik Perdana, tempat ini merupakan sebuah destinasi yangideal untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak anda.

Taman Botani Perdana

Dahulunya lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, taman ini terletak berhampiran dengan Padang Merbok, Kuala Lumpur. Telah dibina selama lebih daripada satu dekad, tempat ini sentiasa menjadi sebahagian daripada kawasan hijau yang segar di bandar Kuala Lumpur yang sibuk. Beberapa tarikan di sini termasuk, Taman Tenggelam, Taman Anggerik dan Laman Perdana.