1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9329 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (895 Hotel)
    >
  4. Mount Kinabalu
    (74 Hotel)
    >
  5. Nabalu

Hotel Mewah di Nabalu, Mount Kinabalu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 25 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Nabalu

See all 0 Hotels near Nabalu

Facts about hotel in Nabalu

Ulasan Tetamu dari Hotel di Nabalu

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Nabalu dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Nabalu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Tentang

Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di perjalanan ke Taman Negara Kinabalu. Dahulu, pekan kecil yang tenang ini dikenali sebagai ‘tempat persinggahan ke tandas’ bagi pengunjung yang dalam perjalanan ke taman negara yang terletak kira-kira sembilan kilometer jauhnya. Namun, pada hari ini, bandar ini tidak lagi hanya menjadi tempat berhenti bagi orang-orang kerana ia telah berkembang dengan indah ke tempat yang wajib dikunjungi bagi semua orang yang melalui tempat ini. Oleh kerana lokasi pekan ini terletak antara bandar Kota Kinabalu dan Taman Negara Kinabalu, ia telah menjadi tempat wajib dikunjungi oleh sesiapa yang menuju taman negara. Kebanyakan mereka berhenti untuk sarapan pagi sambil menangkap pemandangan matahari terbit di kawasan Gunung Kinabalu.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Memandu Kereta

Memandu ke pekan Nabalu adalah cara paling mudah untuk sampai ke sana. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai dari bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Ranau-Tamparuli.

Menggunakan Bas

Terdapat perkhidmatan bas yang membawa penumpang dari Kota Kinabalu ke Taman Negara Kinabalu. Bas ini akan berhenti di pekan Nabalu. Tambang bas dari Kota Kinabalu ke Taman Negara Kinabalu adalah antara RM10 hingga RM15.

Menggunakan Teksi

Menaiki teksi dari Kota Kinabalu ke Pekan Nabu. Perjalanan ini akan dikenakanbayaran sekitar RM100 untuk sekali perjalanan.

Tarikan Pelancongan

Pemandangan Gunung Kinabalu

Disebabkan lokasinya, pecan Nabalu adalah salah satu tempat terbaik yang mempunyai pemandangan gunung tertinggi di Malaysia ini dengan landskap yang cukup indah. Terdapat sebuah menara tinjauan setinggi 15 meter di Nabalu yang dapat digunakan oleh orang ramai untuk melihat gunung tersebut dengan lebih dekat dan lebih tinggi. Pemandu pelancong juga biasanya membawa para bakal pendaki gunung Kinabalu di sini untuk melihat gunung itu dan mendapatkan banyangan terhadap apa yang akan mereka hadapi tidak lama lagi. Selain dari menara tinjauan ini, terdapat juga sebuah platform yang dibina di pinggir pekan, di belakang Pasar Makanan Nabalu. Platfom ini juga sebuah tempat bagi pelancong untuk melihat Gunung Kinabalu yang indah. Ia adalah tempat fotografi yang sempurna untuk Gunung Kinabalu kerana tidak ada penghalang yang merosakkan pemandangan dari platform. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa gunung itu biasanya tertutup kabus sepanjang masa dan untuk mendapatkan pandangan yang jelas, cuba sampai ke sana sebelum jam lapan pagi, dan cuaca yang baik akan sangat membantu untuk mendapatkan sebuah gambar gunung yang cantik.

Kraftangan Tempatan dan Pasar Makanan

Walaupun pecan ini sebuah pecan yang kecil, tempat ini popular sebagai sebuah pasar makanan di kalangan penduduk di bandar Kota Kinabalu dan juga para pelancong. Alasan di sebalik hal ini adalah harga. Walaupun secara umumnya, pembeli telah atau akan membeli hasil kraftangan mereka dengan harga yang lebih murah di bandar, namun di pekan ini, para penggunjung boleh tawar-menaward untuk mendapatan jarga yang sangat mura. Skil tawar-menawar boelh diasah disini dan jangan takut untuk memulakan tawaran sehingga mendapatkan tawaran terbaik anda. Antara barang-barang yang dijual di pasar makanan adalah pengeluaran tempatan dan organik termasuk buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Terdapat juga jualan kraftangan tempatan, pada harga yang lebih murah berbanding dengan yang terdapat di bandar besar. Tempat tersebut menjual kraftangan dan cenderahati tempatan, semuanya di sepanjang beranda yang panjangnya adalah sekitar 50 meter. Seseorang pasti akan membeli salah satu dari barangan dan juga teddy bears yang dijual disini kerana pilihannya yang cukup banyak dan memuaskan hati hampir semua penggunjung outletnya yang ini.

Poring Hot Spring

Terletak hanya tiga puluh kilometer jauhnya dari pekan kecil Nabalu ini, kolam air panas ini telah menjadi sebuah tempat tarikan pelancong yang sangat bagus. Terdapat beberapa kolam air panas semulajadi. Mata air terkenal dengan sifat terapeutiknya kerana air mengandungi mineral jenis sulfur. Mineral ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih superior dalam meringankan otot yang sakit sehingga menjadikan tempat ini, tempat kegemarannya dan mesti pergi untuk pendaki Gunung Kinabalu.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved