amaran

Hotel Bajet di Nibong Tebal, Seberang Perai

Thanks Hotel

Nibong Tebal

8.1/10

Sangat Baik

Tentang

Nibong Tebal ialah sebuah Bandar yang terletak di Daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Ianya merupakan sebuah Bandar yang terbesar di Daerah Seberang Perai Selatan bersempadan dengan Kedah dan Perak. Nibong Tebal juga merupakan sebuah Bandar di sempadan Pulau Pinang yang berada 308km dari Kuala Lumpur. Nama Nibong Tebal membawa maksud pokok nibong yang tebal dan merujuk kepada rimbunan pokok nibong yang tumbuh di sekitar kawasan ini. Majoriti penduduk disini adalah berbangsa Melayu yang bertutur dalam loghat Pulau Pinang dan Kedah manakala bangsa Cina disini pula bertutur dalam bahasa Teow Chew dan bukannya bahasa Hokkien seperti yang lazim digunakan di bahagian pulau.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang membuat penerbangan secara terus setiap hari. Setibanya anda di lapangan terbang, anda boleh menaiki bas atau teksi ke Nibong Tebal yang akan mengambil masa perjalanan selama 43 minit.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Nibong Tebal. Teruskan pemanduan dan ambil susur keluar di persimpangan 156 (Persimpangan Jawi). Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 3 jam 10 minit.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Stesen Keretapi Nibong Tebal. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam 40 minit untuk tiba di Nibong Tebal.

Tarikan Pelancongan

Taman Negara Bukit Panchor

Bagi penggemar alam semulajadi pula anda boleh mengunjungi Taman Negara Bukit Panchor yang terletak di Nibong Tebal berhampiran dengan Seberang Perai. Ianya berbaloi untuk dilawati kerana anda akan berpeluang untuk melihat keunikan hidupan di kawasan paya bakau, kelawar gua dan pelantar pejalan kaki didalam kawasan paya tersebut. Antara kemudahan yang disediakan di taman Negara tersebut meliputi kawasan berkelah, taman permainan, sungai yang mengalir indah dan pondok rehat untuk pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga.

99-Door Mansion

99-Door Mansion merupakan produk pelancongan utama di Nibong Tebal yang anda mesti kunjungi. Istana ini telah wujud seawal abad ke-20 di Nibong Tebal yang telah dibina pada Tahun 1917. 99-Door Mansion ini terletak di tengah Ladang Byram yang merupakan sebuah ladang penanaman tebu pada abad ke-19. Istana dua tingkat ini mempunyai 10 buah bilik dan mempunyai keseluruhannya 90 buah pintu.

Jambatan Besi Nibong Tebal

Anda boleh mengunjungi Jambatan Besi Nibong Tebal dan meluangkan masa anda di sana dimana ianya merupakan jambatan yang diperbuat dari besi yang berbentuk melengkong di Nibong Tebal. Ianya terletak di bahagian utara Nibong Tebal pada jalan persekutuan 1. Ianya merupakan salah satu dari jambatan besi yang terdapat disepanjang jalan tersebut. Jambatan Besi Nibong Tebal telah dibina sebagai jejambat untuk menyeberangi landasan keretapi yang berada dibawahnya. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah dari atas jambatan tersebut dan mengambil beberapa gambar sebagai kenangan ketika berada di sini.

Taman Rekreasi Sri Sanglang

Bagi para pengunjung yang ingin mencari destinasi untuk berehat dan bersantai atau berkelah bersama ahli keluarga dan sahabat handai, Taman Rekreasi Sri Sanglang merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Ianya merangkumi sehingga ke bahagian di utara seberang Sungai Kerian. Taman ini juga turut menyediakan laluan pejalan kaki dan taman permainan kanak-kanak.

Sungai Kerian

Melihat kelip-kelip di Sungai Kerian merupakan antara produk pelancongan yang utama di Nibing Tebal. Kelip-kelip akan berkurangan sekiranya cuaca hujan ataupun ketika bulan mengambang. Waktu yang paling sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah diantara satu ke empat jam selepas matahari terbenam. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan suasana hutan paya bakau dengan menaiki bot persiaran yang disediakan sambil melihat panorama matahari terbenam dan melawat kolam ikan serta memberi makan kepada ikan-ikan tersebut.

Hotel

Thanks Hotel

Thanks Hotel ialah sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di pusat Bandar Nibong Tebal. Hotel ini sesuai untuk urusan perniagaan dan juga percutian. Bagi mereka yang ingin mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, Thanks Hotel merupakan pilihan hotel penginapan yang tepat.

OMG Hotel

OMG Hotel ialah sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terbaik sekiranya anda berkunjung ke Nibong Tebal. Hotel ini terletak hanya 12km dari Nibong Tebal. Bagi para pengunjung yang mencari penginapan yang selesa pada harga yang murah, OMG Hotel merupakan pilihan yang tepat buat anda kerana ianya menyediakan kemudahan yang lengkap dengan perkhidmatan yang terbaik.