Popular Area | Bandar Baru Nilai, Kawasan Perindustrian Nilai |
Popular Hotel | Nilai Springs Resort Hotel |
Popular Landmark | Nilai 3 Textile Shopping Complex, Nilai Medical Centre |
Nilai adalah sebuah bandar yang terletak di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Disebabkan ianya berdekatan, iaitu 45 minit memandu melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan dihubung melalui KTM ke Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia adalah sebuah bandar yang sedang berkembang pesat. Beberapa projek pembangunan khususnya kediaman dapat dilihat di sekitar Nilai. Kebanyakan orang berulang-alik dari tempat kerja mereka di KL ke kediaman mereka di Nilai. Demografinya mencatatkan bahawa kaum Cina adalah majoriti penduduk iaitu sebanyak 46%, diikuti oleh kaum Melayu pada 31%, dan kaum India pada 22%. Nilai juga lebih membangun apabila pusat pendidikan tinggi di bina di kawasan itu seperti Universiti Nilai, INTI International University, Universiti Antarabangsa Manipal, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Malaysia. Oleh itu, bandar ini diduduki oleh pelajar dari seluruh dunia. Pelajar lebih daripada buah 30 negara dapat dilihat di Nilai. Selain daripada itu, Nilai juga terkenal kerana penubuhan Pusat Borong Nilai, di mana orang-orang dari seluruh Semenanjung Malaysia datang untuk mencari barang-barang yang mereka perlukan di sini seperti perkakasan rumah, tekstil, perabot dan banyak lagi.
Dari KLIA di Sepang, terdapat bas Airport Liner yang mengangkut orang dari KLIA ke stesen Nilai KTM dan Terminal Bus & Teksi Nilai. Anda boleh turun di terminal dan dapatkan teksi untuk membawa anda ke lokasi anda di Nilai.
Dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, pandu kereta anda dan menuju ke arah Seremban melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Kemudian, ambil jalan keluar ke Nilai. Satu lagi laluan alternatif ke Nilai ialah melalui lebuh raya LEKAS. Walaupun ia agak jauh berbanding dengan PLUS, lalu lintas di LEKAS lebih lancar dan menjadikan LEKAS lebih mudah dan selesa digunakan.
Pantai Port Dickson adalah salah satu tempat percutian terkenal di Negeri Sembilan. Ia hanya mengambil masa selama satu jam perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Pantai Port Dickson sentiasa mendapat kunjungan pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong asing, terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang. Antara aktiviti popular di pantai Port Dickson termasuk berenang, menunggang bot laju, snorkeling dan banyak lagi. Ia adalah tempat yang ideal untuk percutian dengan ahli keluarga dan anak-anak. Kanak-kanak pasti suka bermain di pantainya yang berpasir putih dan bersih. Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak termasuklah membina istana pasir, menunggang kuda, berenang, berlari di sekitar ruang terbuka yang luas dan banyak lagi.
Nilai 3 juga merupakan kawasan perindustrian yang khususnya menjual produk-produk tekstil. Ia akan penuh sesak pada hujung minggu, cuti umum atau sekolah dan sebarang sambutan seperti Hari Raya. Terdapat banyak cawangan menjual hampir produk yang sama jadi tawar-menawar antara penjual-penjual dan pembeli-pembeli begitu meriah. Konsepnya adalah borong, oleh itu anda boleh membeli sesuatu barang dengan lebih murah harganya jika anda membeli barang itu dalam kuantiti yang banyak.
Bertapak di PT4770, Nilai Springs, Seremban, Malaysia, 71800, Nilai Springs Resort Hotel merupakan penginapan mewah bertaraf empat bintang. Memberi persembunyian yang sempurna berhampiran bandar, ia menerima banyak kunjungan sama ada pada hari kerja atau hujung minggu. Ia tidak hanya popular dalam kalangan pelancong yang datang untuk mencari ketenagan, tetapi ia juga menjadi tempat yang popular dalam kalangan pelancong perniagaan yang datang untuk mengahdiri mesyuarat dan persidangan. Memiliki kolam yang luas dan indah pastinya menjadikan daya penarik kepada hotel yang sudah terkenal dan terkenal ini. Hotel ini menyediakan semua yang anda perlukan mahupun dari segi kesihatan seperti gimnasium, gelanggang tenis, padang golf, aktiviti luar ataupun dari segi perniagaan seperti bilik mesyuarat, dewan besar dan beberapa lagi. Jangan bimbang jika anda berada dalam kedua-dua perjalanan; perniagaan dan santai, kerana anda boleh membiarkan anak anda berseronok di taman permainan basah ketika anda bertemu dengan pelanggan anda.