amaran

Hotel Mewah di Nusajaya / Legoland, Johor Bahru

8.8/10

Sangat Baik

8.7/10

Sangat Baik

V8 Hotel

Nusajaya / Legoland

8.5/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

8.8/10

Sangat Baik

Legoland Malaysia Hotel

Nusajaya / Legoland

8.9/10

Sangat Baik

Tentang

Nusajaya yang juga dikenali sebagai Iskandar Puteri, adalah sebuah bandar serantau yang terletak di sebelah barat Johor, Malaysia. Merupakan pembangunan bersepadu bandar terbesar di Asia Tenggara, Nusajaya adalah salah satu daripada lima zon perdana di Iskandar Malaysia; koridor ekonomi seluas 550,000 hektar tiga kali saiz Singapura. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2017. Iskandar Malaysia dijangka menjadi bandar antarabangsa yang mampan menjelang 2025. Nusajaya mempunyai kawasan seluas 24,000 ekar yang kaya dengan makanan lazat, aktiviti menarik, taman tema yang mengagumkan dan banyak lagi. Selain itu, ia terletak secara strategik dan berdekatan dengan negara jirannya, Singapura, yang boleh memberi potensi pertumbuhan ekonomi yang pesat. Ia juga di mudahkan oleh dua lapangan terbang antarabangsa serta lima pelabuhan laut yang menjadikannya tempat berhubung yang terbaik di Asia Tenggara.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Nusajaya mudah diakses dengan semua mod pengangkutan. Jika anda ingin mengembara melalui udara, anda boleh memilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan dapatkan teksi untuk sampai ke destinasi dengan tambang yang berpatutan. Melalui jalan darat, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, lebuh raya yang menggabungkan utara ke Nusajaya. Anda juga boleh menaiki bas ekspres, bas ulang-alik, teksi atau limosin peribadi untuk sampai ke destinasi. Di dalam bandar itu sendiri, pengangkutan awam seperti bas ulang-alik dan teksi disediakan dengan harga tambang yang berbaloi.

Tarikan Pelancongan

Legoland Malaysia

Inginkan hari yang menyeronokkan, penuh dengan pengembaraan dan menarik? Jika ya, pastikan anda melawat Legoland Malaysia, taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Ia telah dikendalikan sejak 2012, menjadikannya taman tema Legoland pertama di Asia dan keenam di dunia. Ia menawarkan 40 permainan interaktif, tarikan dan pertunjukan. Taman tema seluas 76 ekar yang dikungjungi oleh kebanyakannya keluarga dengan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dianggarkan dapat menarik lebih daripada 1 juta pelawat setahun. Selain taman tema, terdapat juga taman air bertema Lego yang dikenali sebagai Legoland Water, yang ditubuhkan pada tahun 2013. Sebelum anda meninggalkan tempat ini, anda boleh berkunjung ke Legoland Shop yang menjual cenderamata bertema Lego seperti mainan, gantungan kunci, DVD , buku, barangan berjenama Lego. Jadi, anda harus berkunjung ke Legoland Malaysia bersama yang tersayang dan nikmati keseronokannya! Ia bukanlah suatu kesilapan kerana anda pasti akan membawa pulang memori yang baik.

Johor Premium Outlets

Adakah anda seorang yang suka membeli barang berjenama dengan harga yang murah? Jika ya, anda harus datang membeli-belah di Johor Premium Outlets, sebuah pusat membeli-belah barangan berjenama mewah yang bebas cukai. Terletak hanya 23 minit dari Nusajaya, kedai jenama mewah pertama di Asia Tenggara menempatkan 130 kedai barangan berjenama mewah dan glamor seperti Fossil, Victoria Secret, Coach, Armani Exchange, Michael Kors, Swarovski dan banyak lagi. Terdapat sembilan kedai makanan dan minuman seperti Absolute Thai, Baskin-Robbins, Dome Café, dan Starbucks serta restoran makanan untuk anda kunjungi sebelum anda membeli-belah sehingga puas hati. Pusat membeli-belah yang menakjubkan ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 pagi.

Hotel

Hotel Legoland Malaysia

Jika anda mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan Legoland Malaysia, sila berkunjung ke Hotel Legoland Malaysia. Terletak 0.38 km dari Legoland Malaysia, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan penginapan bertema yang akan anda ingat sampai bila-bila. Dengan harga dari RM 987 semalam, anda boleh memilih untuk tinggal di dalam bilik bertema Kingdom, Pirate atau Adventure. Hotel mesra keluarga ini mempunyai kolam renang di luar yang luas bagi anda untuk menluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Terdapat perkhidmatan pelancongan yang disediakan untuk tetamu hotel yang memerlukan. Bukan itu sahaja, hotel ini terletak berhampiran tarikan utama seperti Sanrio Hello Kitty Town dan Danga Bay. Jadi, anda boleh melawat tempat-tempat ini tanpa sebarang masalah. Dengan semua yang ditawarkan, anda perlu bersetuju bahawa Legoland Malaysia Hotel adalah tawaran yang terbaik untuk anda sekeluarga!

evtbvsrwfq