Popular Area | Pantai Kok, Kampung Kuala Muda |
Popular Hotel | The Danna Langkawi, Berjaya Langkawi Resort |
Popular Landmark | Langkawi Cable Car , Langkawi Sky Bridge |
Padang Matsirat adalah sebuah kawasan yang tenang di Langkawi, dengan jumlah tarikan yang terhad. Terdapat lebih banyak kawasan kampung berbanding resort. Walau bagaimanapun, kawasan ini mempunyai beberapa tarikan yang boleh mengisi masa anda bermula dari waktu petang hingga ke lewat malam. Tempat-tempat menarik ini tidak terletak berdekatan dengan satu sama lain, jadi anda sama ada memerlukan kereta sewa atau anda perlu mengatur lawatan dengan salah satu operator pelancongan yang terdapat di sini. Bayaran kemasukan ke tempat-tempat tarikan di sini biasanya tiada atau ianya agak murah. Anda akan melalui Pantai Tengah dan Pantai Cenang jika menuju ke kawasan pantai barat yang menampilkan kegiatan rekreasi tambahan. Terdapat pelbagai pilihan kedai makan dan juga pub di sepanjang jalan di Pantai Cenang. Kawasan ini adalah sangat popular dalam kalangan pelancong asing pada waktu malam. Sementara itu, Pantai Kok yang terletak di utara Padang Matsirat pula, menawarkan tempat menarik yang lebih baik dengan pemandangan yang lebih indah.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (IATA: LGK, ICAO: WMKL), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah.
Pilihan perkhidmatan pengangkutan awam adalah terhad di Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun, anda boleh mencari teksi dengan mudah di kawasan Lapangan Terbang Langkawi dan sekitar kawasan tumpuan pelancong. Di samping itu, Uber dan Grab kini juga boleh didapati di pulau ini. Cara terbaik untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Padang Matsirat adalah dengan kereta, motor sewa atau pun dengan menaiki teksi.
Air Hangat terletak di Pulau Langkawi, negeri Kedah, Malaysia. Kampung Air Hangat dibina di atas empat ekar tanah yang terletak sekitar 14 kilometer ke arah barat laut Kuah. Kampung Ayer Hangat di Langkawi adalah sebuah perkampungan spa air panas di utara Kuah, iaitu di Jalan Ayer Hangat. Di kampung ini, terdapat mata air panas tiga tingkat, mural sepanjang 18 meter yang menampilkan lagenda perkampungan ini dan kedai cenderahati. Bangunan-bangunan yang di bina dengan gaya Melayu menjadikan persekitarannya seperti kampung di atas landskap yang subur, dengan kolam air sejuk dan panas.
Pantai Pasir Hitam Langkawi, yang terletak empat kilometer barat daya Pantai Tanjung Rhu, menawarkan keindahan yang tidak dapat dilupakan dan kawasan yang kurang sesak berbanding kawasan lain yang sering padat dengan pengunjung di pulau ini. Juga terletak kira-kira 20-minit dari Kereta Kabel Langkawi, pantai ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan penduduk tempatan, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Walaupun namanya sebegitu, namun sebenarnya pasir di pantai ini merupakan campuran pasir hitam dan putih.
Resorts World Langkawi terletak kira-kira 5 minit dari Pantai Cenang dan Pantai Tengah, dan kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Resort ini terletak di pinggir laut yang menghadap ke timur Langkawi UNESCO Global Geopark, dengan Hutan Geo Marmar Dayang Bunting sebagai latar belakang. Resort ini mempunyai bilik yang lengkap dengan perabot indah dan mempunyai pemandangan lautan yang menakjubkan, terutamanya bilik yang baru diubahsuai dengan reka bentuk yang moden. Nikmati kemudahan jeti untuk aktiviti pulau dengan menaiki bot peribadi, merasai pelayaran untuk melihat matahari terbenam dan juga aktiviti memancing. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik percuma ke Pantai Cenang, 5 kali setiap sehari.
Terletak di kawasan tepi pantai peribadi dengan pusat membeli-belah di sekitar kawasan jeti, The Westin Langkawi Resort & Spa merupakan sebuah pilihan terbaik yang menawarkan keindahan alam sekitar dengan suasana penginapan yang mewah. Terdapat buah 202 bilik-bilik mewah dan suite dengan pemandangan Laut Andaman yang sangat indah. Nikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ketika menginap di sini. The Westin Langkawi Resort & Spa hanya terletak kira-kira 1 kilometer dari Jeti kuah. Hal ini pastinya memberikan kemudahan kepada anda.