1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9491 Hotel)
    >
  3. Terengganu
    (288 Hotel)
    >
  4. Dungun
    (30 Hotel)
    >
  5. Paka
    (12 Hotel)

Hotel Mewah di Paka, Dungun

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Paka

EXTERIOR_BUILDING The Qamar Paka

The Qamar Paka

Resort
Paka, Dungun
Menyenangkan
7.9
(45 Reviews)
Lihat Harga
See all 12 Hotels near Paka

Facts about hotel in Paka

Popular Hotel
The Qamar Paka
Popular Landmark
Pasar Paka, Jamek Paka Mosque

Ulasan Tetamu dari Hotel di Paka

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Paka dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Paka akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohd N. B. A. A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Feb 2018
Resort yang menarik, bilik yang cantik, kolam dan pantai agak kurang terjaga, perlu penambahbaikan.
Amir B. R.
Ini adalah profil peribadi.
5 Sep 2022
Bilik agak luas, bersih, cuma tiada lift. Kurang sesuai untuk orang tua atau yang sakit lutut
Hanif H.
Ini adalah profil peribadi.
20 Jun 2019
Segala-galanya baik, tetapi nasihat saya, sila lakukan pemeriksaan bilik sebelum pelanggan tiba. Ini adalah satu kemestian untuk pelanggan berpuas hati. Terima kasih.
Ilyana Z.
Ini adalah profil peribadi.
13 Jun 2022
Bilik kelihatan luas, betul-betul seperti dalam foto. Sesuai untuk keluarga. Saya mempunyai dua anak kecil dan seorang remaja, biliknya cukup besar untuk kita semua. Sarapan pagi adalah OK.
naimah b. m.
Ini adalah profil peribadi.
11 Mar 2018
Hotel mudah di cari, bilik selesa, namun disyorkan hanya masuk 2 orang, baby okey je. (Saya amik bilik Double, 2 dewasa, bawak 2 orang kanak-kanak umur 7 tahun, sebab tu jadi makin sempit) ruang solat agak sempit depan pintu utama & pintu tandas. Namun untuk hotel baget, ia dah cukup bagus. Belakang hotel ada pantai, jalan kaki je, seronoknyaa Hari sabtu ada pasar malam, juga belakang hotel.
fuad r.
Ini adalah profil peribadi.
18 Dec 2021
Bilik sangat bersih. Jangan ada bau busuk. Selamat bekerja Dalyla Hotel. Teruskan 😁👍.

Tentang

Paka adalah sebuah bandar yang terletak 100 kilometer di arah selatan ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Oleh itu, Paka juga dekat dengan bandar-bandar dan daerah-daerah di kawasan selatan Terengganu seperti Kerteh, Marang, Tanjong Jara dan hanya kira-kira 70 kilometer di arah utara gerbang selatan Terengganu, iaitu Kemaman. Ini bermaksud ianya mudah untuk ke Paka dari negeri Pahang. Oleh kerana jaraknya yang berdekatan dengan laut, bandar ini berfungsi untuk menyokong pangkalan operasi untuk Petronas di Kerteh. Ini memberikan suatu kepentingan strategik kerana minyak yang digali di laut akan dibawa ke Paka untuk kerja-kerja penapisan. Malahan kerana faktor inilah Paka berkembang pesat, iaitu disebabkan oleh pelaburan dari industri minyak dan gas, yang mencetuskan kemasukan pekerja tempatan dan ekspatriat untuk memenuhi permintaan industri.


Pembangunan-pembangunan yang utama di Paka dijalankan oleh Petronas yang turut membangunkan bandar Kerteh untuk menampung keperluan semasa dan tenaga kerja yang semakin meningkat. Oleh itu, kilang-kilang pengeluaran petrokimia dan loji penapisan adalah sesuatu yang biasa di sini. Memandu melepasi kawasan loji ini pada waktu malam boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik kerana api yang menjulang dari paip-paip loji tersebut sememangnya merupakan suatu pemandangan yang menakjubkan. Walau bagaimanapun, tidak semua tentang Paka adalah mengenai industri minyak dan gas. Paka juga mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi, seperti pantainya yang indah. Pantai-pantai ini seolah-olah dijaga dan tidak terjejas dengan aktiviti penggerudian dan penapisan minyak yang berlaku tidak jauh dari situ, malahan terdapat juga penyu yang datang bertelur di sini. Pada tahun 2013, Paka disenaraikan dalam tiga bandar teratas dengan kos sara hidup yang tinggi di negara ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Paka boleh diakses melalui penerbangan kerana ada lapangan terbang yang khusus untuk bandar Kerteh yang berdekatan, meski jumlah penerbangannya terhad. Walau bagaimanapun, Lapangan Terbang Kuala Terengganu juga dalam masa dua jam perjalanan. Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh mengambil teksi atau pengangkutan awam untuk pergi ke Paka.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses terus ke Paka. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan tiga puluh minit, bergantung kepada keadaan trafik.

Tarikan Pelancongan

Ma’Daerah Turtle Sanctuary

Terletak di tepian pantai berdekatan Paka yang hanya 12 minit perjalanan dengan kereta, ia ditubuhkan secara bersama oleh Jabatan Perikanan, BP dan WWF-Malaysia dengan misi menjadi contoh tauladan untuk semua pusat pemuliharaan penyu di negara ini. Di Terengganu, pemburuan penyu adalah lebih menonjol dan ketara, oleh itu tempat perlindungan itu bertujuan untuk membolehkan telur dapat menetas dan anak-anak penyu dapat dilepaskan dengan selamat ke laut, dalam persekitaran yang jauh dari pemburu telur penyu. Dibuka kepada semua lapisan masyarakat, ianya adalah tempat yang bagus untuk melihat penyu dan sumber yang baik untuk mempelajari usaha pemuliharaan penyu di mana sesi pendidikan juga dijalankan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyu dan peranan mereka dalam ekosistem laut.

Pasar Malam Paka

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila pelawat di Paka adalah pasar malamnya. Malahan ianya tidak lengkap untuk menyebut Paka tanpa bercakap mengenai tempat ini. Terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tarikan membeli-belah, Pasar Malam Paka dibuka pada hari Rabu bermula dari waktu petang hingga larut malam. Di pasar malam ini, makanan tempatan Paka dapat ditemui dengan banyaknya, di antaranya termasuk sate, otak-otak gaya Terengganu, jagung bakar serta murtabak. Terdapat juga tempat makan yang berdekatan untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hotel

The Qamar Paka

Hotel yang serba lengkap ini terletak di Lot 473 Kampung Cacar yang berada dalam jarak berjalan kaki ke bandar Paka. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk memuaskan hati pengunjung termasuk televisyen kabel, pengering rambut, pancuran mandian, peti keselamatan, pusat kecergasan, dobi, tempat karaoke, bola tampar tepi pantai, khidmat “shuttle” sekitar bandar, kolam renang, kemudahan mesyuarat dan WiFi.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved