Popular Area | Pulau Pangkor, Pulau Pangkor |
Popular Hotel | Pangkor Laut Resort - Small Luxury Hotels of the World |
Popular Landmark | Fu Lin Kong Temple, Teluk Nipah Beach |
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak dalam daerah Manjung, negeri Perak. Walaupun bersaiz kecil dengan keluasan 8 km 2, ia masih mempunyai pelbagai hidupan liar di dalamnya. Buat satu ketika, pulau ini penting sebagai tempat teduhan para nelayan, para pedagang, termasuk para lanun dan sebagai pusat perdagangan dalam perairan Selat Melaka. Sekarang, ia menempatkan kira-kira 25000 orang penduduk, populasi yang disokong dengan industri hasil laut dan pelancongan. Walaupun lebih kecil jika dibandingkan dengan pulau-pulau popular lain seperti Langkawi dan Tioman, terdapat banyak usaha dijalankan sejak tahun 2005 untuk membentuk Marina Sanctuary Resort, disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, yang dijangka akan menarik lebih ramai lagi pengunjung ke pulau ini.
Dia atas pulau itu sendiri, terdapat van mikro yang berfungsi sebagai teksi atau anda boleh juga menyewa motorsikal mengikut kadar harian. Untuk sampai ke pulau itu sendiri, terdapat pilihan melalui jalan udara ke Lapangan Terbang Pangkor. Khidmat penerbangan dianjurkan oleh Berjaya Air pada kekerapan 3 minggu sekali, bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Kuala Lumpur. Melalui jalan laut, usaha memodenkan pulau yang dijalankan oleh resort yang tersebut telah mewujudkan tempoh perjalanan kepada 7 minit menggunakan feri, berbanding dengan servis feri dari Lumut yang terdahulu. Servis beroperasi dari pukul 7:15 pagi hingga 8:30 pagi, dengan kekerapan bertolak 1 jam sekali pada musim biasa dan pada kadar 15 minit sekali pada musim puncak.
Seiring dengan namanya, Kota Belanda telah ditubuhkan oleh orang Belanda di kawasan yang kini dikenali sebagai Teluk Gudang. Dibina pada tahun 1670, ia digunakan untuk menghalang ancaman lanun dan rakyat Melayu tempatan, untuk menyimpan hasil tin dari Kesultanan Perak dan pada masa yang sama, sebagai pusat perdagangan. Walau bagaimanapun, kekuatan kubu ini telah jatuh dan akhirnya ditinggalkan setelah diserang oleh seorang rakyat tempatan bernama Panglima Kulub dan konco-konconya. Pada tahun 1973, lokasi ini telah diwartakan sebagai monumen bersejarah oleh jabatan muzium negara. Kini, ia merupakan sebuah kawasan pelancongan popular dalam pulau Pangkor, sebagai peringatan kepada kepentingannya di masa silam.
Dengan kebanyakan perkampungan terletak di bahagian timur pulau, maka di bahagian barat jugalah terletak banyak pantai-pantai Pangkor yang boleh diterokai. Pantai yang paling terkenal adalah Pantai Pasir Bogak, terletak ke barat Pekan Pangkor. Dengan pelbagai kemudahan dan kawasan perkhemahan disediakan, pantai ini juga menawarkan pelbagai masakan makanan laut yang dihidangkan di kedai-kedai berdekatan dan kemudahan sukan air seperti jet-ski dan kayak. Pilihan lain yang ada adalah seperti Teluk Nipah, yang terkenal dengan burung enggang yang hidup berhampiran dan bagi yang sukakan cabaran, terdapatnya Teluk Segadas yang mana anda perlu melalui trek hutan selama 15 minit untuk tiba di sana.
Jika niat anda untuk ke Pangkor adalah untuk menerokai pantai-pantainya, maka Pangkor Island Beach Resort adalah tempat penginapan yang anda cari. Dengan pantainya yang tersendiri dan berdekatan dengan Pantai Teluk Nipah, premis ini menawarkan khidmat-khidmat seperti tempat letak kereta persendirian, restoran dan kolam renang. Dengan meja hadapan yang sedia 24 jam sehari dan dengan penghawa dingin, anda boleh berehat dengan kepastian bahawa bantuan dan keselesaan sentiasa berdekatan. Premis ini sedang melalui proses penyelenggaraan dan dijangka akan dibuka kembali pada tahun 2019.
Untuk para pelancong yang menggemari penempatan mewah, Pangkor Laut Resort merupakan satu pilihan yang wajar dipertimbangkan. Di sini, para pengunjung adalah dijemput untuk memilih daripada beberapa vila, dari kelas Garden, Hill, Sea hingga Spa, semua dengan balkoni tersendiri, jaringan Wi-Fi yang baik dan sarapan percuma. Tambahan pula, dengan meja hadapan yang sentiasa bersedia 24 jam sehari, pertolongan akan sentiasa ada apabila diperlukan. Premis ini juga menawarkan kemudahan seperti tempat letak kereta persendirian dan kolam renang. Secara keseluruhannya, tempat ini amat sesuai untuk pasangan-pasangan yang menginginkan suasana romantis dalam pelancongan mereka!