1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9439 Hotel)
    >
  3. Perak
    (553 Hotel)
    >
  4. Manjung
    (130 Hotel)
    >
  5. Pangkor
    (47 Hotel)

Hotel Mewah di Pulau Pangkor, Manjung

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Pulau Pangkor

See all 46 Hotels near Pulau Pangkor

Facts about hotel in Pulau Pangkor

Popular Landmark
Fu Lin Kong Temple, Teluk Nipah Beach

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pulau Pangkor

8.1
Menyenangkan
1,626 ulasan dari hotel di Pulau Pangkor dengan purata penarafan 8.1/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pulau Pangkor akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
amalina b. m. a.
Ini adalah profil peribadi.
5 Mar 2024
Sangat-sangat best, next boleh ke sini lagi
MM
Mohd Majdi Bin Che Kamis
13 Mar 2023
Bilik selesa, bersih, dan luas. Memang sangat puas hati untuk percutian keluarga, kolam renang bersih dan besar. Kemudahan sekliling hotel pun banyak, cuma menu sarapan boleh dipelbagaikan lagi, ada rezeki boleh datang lagi ☺️
NOR A.
Ini adalah profil peribadi.
9 Mar 2023
Pemilik chalet minta bayaran tambahan sebelum cek in atas alasan untuk kos maintenance. Musim cuti memang penuh hotel kat kawasan teluk nipah. saya bawa family yang ramai kecewa dengan sikap pemilik. ini first n last ke ombak inn.
Amir H. B. Z.
Ini adalah profil peribadi.
24 Apr 2019
Alhamdulillah bilik selesa. Ada kolam renang untuk anak-anak mandi.
khairul a. b. s.
Ini adalah profil peribadi.
21 Nov 2021
Terbaik.. bilik cantk dan bersih.. memang puas hati...
SITI N.
Ini adalah profil peribadi.
17 Sep 2019
Resort yang terletak berhadapan pantai sangat tenang dan nyaman, sesuai untuk luangkan masa santai bersama keluarga dan kawan-kawan, tidak terlalu jauh dari telok nipah, servis layanan yang terbaik ramah dan sangat selesa dan berpuas hati.
MUHAMMAD W. B. Y.
Ini adalah profil peribadi.
25 Jul 2022
Layanan dah servis terbaik. Memuaskan. Tempat yang menarik. Dah strategik.
Maisyarah R.
Ini adalah profil peribadi.
1 Jan 2021
Perkhidmatann yang baik, sesuai dengan harga 😊

Tentang

Nama pulau ini berasal dari perkataan Thailand 'Pang Ko', yang bermaksud Pulau Indah. Pulau ini sebenarnya merangkumi sekumpulan pulau-pulau kecil dengan Pulau Pangkor sebagai pulau utamanya. Di sebelahnya tedapat tiga pulau kecil: Pangkor Laut, Pulau Mentagor dan Pulau Giam. Pangkor Laut adalah kawasan yang paling terkenal di sini, kerana terdapat resort indah di pulau kecil ini (Pangkor Laut Resort). Pangkor adalah sebuah pulau dengan pegunungan; titik tertinggi ialah 1216 meter (Bukit Pangkor). Oleh kerana itu pulau utama ini terdiri daripada gunung-gunung, jalan-jalan yang terbentang di sekeliling pulau. Pulau ini mempunyai sejumlah hotel dan resort bertaraf antarabangsa; pulau ini boleh menjadi agak sibuk dan padat dengan pengunjung semasa sekolah dan cuti umum.


Tidak ada masa terbaik untuk melawat Pangkor; kerana pulau ini dilindungi oleh Sumatra, oleh itu cuaca adalah hampir sama sepanjang tahun. Kira-kira 30,000 orang tinggal di pulau ini, kebanyakannya di tinggal di Bandar Pangkor dan kampung sekitarnya. Perikanan adalah (selepas industry pelancongan) merupakan sumber pendapatan penting bagi kebanyakan penduduk di pulau ini. Pada masa lalu; kawasan pulau ini menjadi pusat bagi rompakan lanun. Lanun mempunyai sebuah pelabuhan di Pulau Bukit Gedung, Gua Lanun dan Batu Perompak di Pulau Pangkor. Banyak kapal / bot telah diambil alih dan dirompak barangan dan produk mereka. Kapal dan bot pedangan dari Belanda aktif menggunakan laluan ini pada zaman Belanda Timur India Company (VOC) dahulu, dan sering menjadi mangsa rompakan lanun.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pulau ini mempunyai lapangan terbangnya yang tersendiri tetapi satu-satunya perkhidmatan kapal terbang yang beroperasi antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Pangkor ialah Berjaya Air.


Menggunakan Kereta

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, kira-kira 85 kilometer dari Ipoh (bandaraya kedua terbesar Malaysia), dan kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jeti lumut boleh diakses melalui Lebuhraya Simpang Pulai-Lumut dan Lebuhraya Pantai Barat. Bas ke Lumut akan berhenti berhampiran dengan jeti Lumut.


Menggunakan Feri

Feri awam berlepas dari Lumut ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut lama, yang terletak di tepi pantai Lumut, terminal bas Lumut, dan juga tempat letak kereta bertingkat. Perkhidmatan feri bermula dari jam 7.00 pagi hingga 8.30 malam, kira-kira setiap 20 minit, (perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa kurang lebih 30-45 minit dengan menaiki feri, tiket pergi dan pulang adalah sebanyak RM14). Terdapat dua perhentian di sebelah timur Pulau Pangkor. Perhentian pertama adalah di Sungai Pinang Kecil, Jeti SPK. Jeti ini digunakan terutamanya oleh penduduk tempatan, nelayan, dan tetamu untuk beberapa rumah tumpangan dan pelancong homestay yang terdapat di sini. Perhentian kedua adalah di Jeti Pekan Pangkor, di mana kedai-kedai dan bangunan-bangunan kerajaan ada berdekatan jeti ini. Kawasan perkhidmatan teksi disediakan untuk pengangkutan ke semua hotel di sebelah barat jeti.


Tarikan Pelancongan

Terdapat banyak pantai di Pulau Pangkor; cara paling mudah untuk meneroka pantai-pantai ini adalah dengan menggunakan motosikal (atau teksi / kereta sewa). Terdapat beberapa pantai yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong; terutamanya pada hujung minggu. Pantai lain agak terpencil dan tidak tercemar; pada hari minggu ada peluang besar anda menjadi satu-satunya yang melawat pantai! Pantai Pasir Bogak mungkin adalah pantai paling popular di pulau ini. Satu lagi pantai yang tidak kurang menarik ialah Pantai Nipah di Teluk Nipah; di mana anda boleh menikmati air yang jernih.


Hotel

Pulau Pangkor Beach Resort

Resort ini sangat sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak kerana resort ini mempunyai program khas yang pelbagai untuk kanak-kanak. Semua tetamu akan mendapat informasi harian di mana aktiviti untuk hari tersebut akan diterangkan. Anda boleh memilih untuk menyertai program pada awal pagi seperti berjalan untuk mencari spesies burung yang unik, atau pergi ke platform burung kenyalang untuk merasai dengan sendiri bagaimana untuk memberi makan kepada burung tersebut. Resort ini sedang menjalani pengubahsuaian utama dan dijadual beroperasi sepenuhnya pada 2019.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved