amaran

Hotel Mewah di Pulau Pangkor, Manjung

Pangkor Laut Resort

Pulau Pangkor

Tentang

Jangan lupa untuk berkunjung ke kedai-kedai yang terdapat di Bandar Pangkor. Disini anda boleh membeli cenderamata dan produk berasaskan ikan seperti ikan kering dan mi, buah-buahan segar dan lain-lain. Anda juga boleh mencuba makan dan minum di restoran yang terdapat di Bandar Pangkor di mana anda boleh menikmati minuman kopi yang lazat dan anda juga boleh mengunjungi beberapa kedai yang menjual barangan antik. Anda akan dapat melihat pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan menuju ke Bandar Pangkor.


Pulau Pangkor Laut adalah sebuah pulau yang terletak di dalam Daerah Manjung, Perak. Pulau ini berada di dalam sempadan Negeri Perak, lebih kurang 85km dari Ipoh dan 3 jam masa pemanduan dari Kuala Lumpur. Nama pulau ini berasal dari bahasa Thailand iaitu ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Ianya terbentuk dari gugusan kepulauan yang terdiri dari Pangkor sebagai pulau utama, dan pulau-pulau kecil di sekitarnya seperti Pulau Mentagor, Pulau Talang, Pulau Giam. Perikanan merupakan sumber pendapatan utama penduduk di pulau ini. Industri utama di pulau ini adalah pelancongan dan perikanan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda ingin menaiki kapal terbang, terdapat hanya satu sahaja syarikat penerbangan iaitu Berjaya Air yang membuat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pangkor. Penerbangan Berjaya Air menyediakan tiga penerbangan terus seminggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pangkor dan sebaliknya. Penerbangan berlepas setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad.

Menggunakan Bas

Perjalanan menaiki bas merupakan pilihan perjalanan yang termurah untuk ke Lumut. Dari Stesen Bas Lumut, anda boleh ke Pulau Pangkor menaiki feri yang berlepas pada setiap 30 minit dan ianya akan mengambil masa perjalanan selama 40 minit ke jeti Sungai Pinang Kecil.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari arah Utara atau Selatan anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Lumut. Sekiranya anda memandu dari arah Selatan anda boleh mengambil susur keluar Bidor dan terus meuju ke Lumut. Sekiranya anda memandu dari arah Utara anda boleh susur keluar di Changkat Jering dan meneruskan perjalanan terus ke Lumut.

Tarikan Pelancongan

Kuil Fu Lin Kong

Kuil ini merupakan kuil Taoist yang terbesar di Pulau Pangkor. Ia menyimpan banyak artifaks dan bahan-bahan pameran untuk anda hayati. Anda juga pasti akan teruja dengan keindahan pemandangan taman di kawasan kuil ini dan anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan ini.

Pantai Pasir Bogak

Pasir Bogak dikatakan adalah kolam renang yang terhebat di dalam dunia. Pasir Bogak merupakan pantai yang cantik dan mempunyai air laut yang jernih. Terdapat banyak hotel disekitar kawasan ini dan semuanya berada di dalam jarak berjalan kaki dari pantai. Bentuk muka buminya yang berbatu menjadikan pantai ini unik dan berbeza dari pantai lain di Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang ditawarkan di pantai ini untuk para pelancong. Pantai Pasir Bogak merupakan kawasan yang paling cantik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam di Pulau Pangkor.

Batu Bersurat

Batu Bersurat terletak berhampiran dengan Dutch Fort di Pulau Pangkor. Lakaran di batu ini mengambarkan seekor harimau yang membawa seorang budak. Terdapat juga lakaran dua helai daun yang berbentuk bulat dan tulisan “if Carlo 1743” dan “VOC”. Tulisan “VOC” ini mungkin merujuk kepada Syarikat Belanda iaitu East India Company. Terdapat beberapa teori mengenai batu bersurat ini.

Perkampungan Nelayan Pangkor Fishing

Di bahagian timur Pulau Pangkor terdapat 3 perkampungan nelayan yang menghadap ke darat iaitu Sungai Pinang Kecil, Sungai Pinang Besar dan Kampung Teluk Kecil. Ianya merupakan perkampungan yang terletak disepanjang bahagian timur pulau sehingga ke Bandar Pangkor. Walaupun perkampungan ini kecil tetapi ianya sangat menarik untuk dikunjungi. Kebanyakan rumah disini berbentuk tradisional dan didirikan diatas batu permukaan laut.

Pasar Pangkor

Hotel

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di Pulau Pangkor yang merupakan pilihan tepat buat para pengunjung yang menginginkan percutian serba mewah di Pulau Pangkor. Resort ini menawarkan bilik penginapan yang mempunyai pemandangan menghadap laut ataupun menghadap hutan. Ianya mempunyai 2 kolam renang, spa yang diiktiraf dan 7 pilihan restoran. Anda akan mendapat layanan serta perkhidmatan yang terhebat dan dapat memberi anda kenangan yang terindah di sepanjang penginapan anda di sini.

Hotel Sfera

Hotel Sfera terletak di Daerah Manjung, sesuai untuk para pengunjung yang ingin bercuti atau mempunyai urusan pekerjaan. Jaraknya dari Pulau Pangkor ialah 12.89km. Hotel bertaraf 4 bintang ini merupakan pilihan yang sesuai untuk para pengunjung yang mementingkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan disepanjang percutian anda. Anda pasti akan teruja dengan penginapan anda di Hotel Sfera.