1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9439 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (557 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (386 Hotel)
    >
  5. Padang Matsirat
    (39 Hotel)

Hotel Mewah di Pantai Kok, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Pantai Kok

EXTERIOR_BUILDING The Danna Langkawi

The Danna Langkawi

Resort
Pantai Kok, Padang Matsirat
Mengagumkan
8.9
(24 Reviews)
Lihat Harga
ภาพหลัก The Ritz-Carlton, Langkawi

The Ritz-Carlton, Langkawi

Hotel
Pantai Kok, Padang Matsirat
Dengan penginapan di The Ritz-Carlton, Langkawi di Langkawi, anda akan berada hanya 3 minit berjalan kaki dari Pantai Teluk Nibong dan dalam lingkungan 5 minit memandu dari Teluk Burau. Hotel 5 bintang ini berada 11.4 km dari Pantai Cenang dan 23.7 km dari Pantai Tanjung Rhu.
Sangat Hebat
9.4
(8 Reviews)
Lihat Harga
ภาพหลัก The Danna Beach Villas - A Member of Small Luxury Hotels of the World

The Danna Beach Villas - A Member of Small Luxury Hotels of the World

Hotel
Pantai Kok, Padang Matsirat
Apabila anda menginap di The Danna Beach Villas - A Member of Small Luxury Hotels of the World in Langkawi, anda akan berada di tepi laut, dalam lingkungan 5 minit berjalan kaki dari Pantai Kok dan Teluk Burau. Hotel 5 bintang ini berada 15.7 km dari Pantai Cenang dan 20.8 km dari Pantai Tanjung Rhu.
Lihat Harga
ภาพหลัก White Monkey Villa - Private Pool

White Monkey Villa - Private Pool

Vila
Pantai Kok, Padang Matsirat
Dengan menginap di White Monkey Villa - Private Pool di Langkawi, anda akan berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Padang Beras Terbakar dan Bukit Sawak. Vila 4 bintang ini berada 11.3 km dari Pantai Cenang dan 21.4 km dari Pantai Tanjung Rhu.
Lihat Harga
See all 5 Hotels near Pantai Kok

Facts about hotel in Pantai Kok

Popular Hotel
The Danna Langkawi, The Ritz-Carlton, Langkawi
Popular Landmark
Langkawi Cable Car , Kok Beach

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pantai Kok

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pantai Kok dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pantai Kok akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
mohd a. b. u.
Ini adalah profil peribadi.
14 Sep 2020
Terbaik. Nice room, staff, great pool, good private beach. X.
MOHAMAD L. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
30 Oct 2021
Sangat berpuas hati dan menikmati. Layanan kakitangan yang mesra. Walaupun saya membawa bayi kecil. Semuanya dipermudahkan. Dan saya akan datang lagi.

Tentang

Pantai Kok merupakan salah sebuah kawasan terkenal di Pulau Langkawi selain Pantai Cenang. Ia bersarang di bahagian barat Pulau Langkawi dan terletak kira-kira 12 kilometer jauhnya dari Pantai Cenang. Berbeza dengan Pantai Cenang yang penuh sesak dan mempunyai kehidupan malam yang meriah, Pantai Kok adalah kawasan yang tenang dan tidak terganggu. Ia terkenal dengan barisan hotel-hotel mewah dan lebih disukai dalam kalangan pelancong yang suka alam semula jadi dan bermimpi untuk bercuti di kawasan yang mendamaikan. Tidak hanya itu, ia juga popular kerana ia merumahkan banyak tarikan utama di Langkawi seperti Telaga Harbour, Oriental Village dan SkyCab, Telaga Tujuh dan beberapa lagi. Oleh itu, Pantai Kok dilihat sebagai sebuah tempat yang lebih digemari dan menjadi pilihan dalam kalangan pelancong mewah berbanding dengan tempat lain di Pulau Langkawi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Feri

Dari pusat jeti utama seperti Kuala Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Kedah, dapatkan tiket dan naik feri terus ke Langkawi Jetty Point. Dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah, perjalanan masing-masing akan mengambil masa kira-kira 45 minit dan 1 dan setengah jam. Dari jeti, anda boleh menyewa kereta dan memandu sendiri ke Pantai Kok. Terdapat kios yang terletak di luar pusat membeli-belah jeti tersebut di mana mereka menyediakan van sewa, kereta sewa dan juga motosikal sewa. Ia adalah jenis pengangkutan yang terkenal bagi pelancong yang melawat Langkawi. Mereka lebih suka memandu sendiri untuk bersiar-siar ke tempat lain di Langkawi. Anda juga boleh mengambil teksi untuk membawa anda ke Pantai Kok. Teksi adalah pengangkutan awam yang paling mudah yang boleh anda dapati kerana tiada perkhidmatan bas awam beroperasi di sini.

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan terus di bawah Malindo, Firefly, AirAsia dan Malaysia Airlines dari KLIA2, Lapangan Terbang Subang dan juga Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Dari lapangan terbang, anda boleh mendapatkan teksi ke Pantai Kok.

Tarikan Pelancongan

Langkawi Cable Car

Terletak di Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, ini merupakan tempat tarikan yang paling terkenal di Langkawi. Dikenali sebagai Langkawi Cable Cab atau Langkawi Sky Cab, ia dibuka pada 1 November 2002. Menawarkan perjalanan yang cukup menarik dan menakjubkan mendaki Gunung Mat Cincang, Kereta Kabel Langkawi dikatakan sebagai salah satu perjalanan kereta kabel paling curam di dunia. Para tetamu akan terpesona dengan pemandangan laut dari atas. Selain menikmati skyCab, terdapat juga skyDome, skyRex, skyBridge, skyGlide, skyTrail dan banyak lagi aktiviti untuk anda cuba di sini. Ia beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Bayarann masuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak Malaysia masing-masing adalah RM40 dan RM30. Manakala RM55 dan RM40 masing-masing untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang bukan warganegara. Perjalanan yang menarik ini sangat berbaloi dengan bayaran masuk yang dikenakan.

Hotel

Danna Langkawi

Danna Langkawi adalah salah satu hotel mewah dan terkenal di Langkawi. Terletak di Telaga Harbour Park, Pantai Kok, Langkawi, 07000, hotel ini dibina dan direka dalam konsep gah dan mewah. Terletak berdekatan sebuah pelabuhan, tetamu dapat menyaksikan pemandangan indah dimana beratus-ratus kapal layar diletakkan di pelabuhan ini sambil menyaksikan pemandangan laut biru yang indah. Aura mewah boleh dirasai apabila tetamu melangkah masuk ke lobi hotel tersebut. Reka bentuk dalamannya yang mewah bertujuan untuk mengalu-alukan para tetamu yang sangat berharga dan istimewa bagi mereka. Ia menempatkan beberapa jenis biliktamu yang tidak dapat dinafikan lagi luas dan dimana setiap bilik dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan keperluan tetamu tanpa tetamu perlu bertanya dari kakitangan hotel. Sebagai sebuah hotel lima bintang, Danna Langkawi juga menawarkan perkhidmatan yang hebat, kakitangan yang ramah dan membantu, kolam renang yang luas, perkhidmatan spa dan urut dan banyak lagi. Tetamu pasti dapat merehatkan diri mereka ketika menginap di sini. Kadar harga biliknya bermula dari RM1222 semalam di Traveloka.com.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved