amaran

Hotel di Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian, Besut · 7 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular di Pulau Perhentian Kecil

Perhentian Tropicana Inn

Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Perhentian Island, Besut, Malaysia, 22300

7.7 / 10

Bagus

Alunan Resort

Pantai Petani, Besut, Malaysia, 22300

Perhentian Tivoli Inn

Long Beach Perhentian Island Pulau Perhentian Kecil , Besut, Malaysia, 22300

Bubu Villa

Long Beach, Besut, Malaysia, 22300

Shari-la Island Resort

Teluk Aur , Besut, , Besut, Malaysia, 22300

7.9 / 10

Bagus

Bubu Resort

Long Beach, Besut, Malaysia, 22300

lain-lain

Tentang

Pulau Perhentian adalah dua pulau terkenal di daerah Besut, Terengganu. Perhentian dalam bahasa melayu bermaksud tempat berhenti. Ia dinamakan sempena peranannya sebagai tempat persinggahan para pedagang antara Bangkok dan Malaysia. Terdapat dua pulau bernama Perhentian; Perhentian Besar dan Perhentian Kecil yang kedua-duanya terletak bersebelahan. Kedua-dua pulau itu didiami oleh nelayan dan kini mereka menjadi antara pusat pelancongan yang paling popular di Malaysia. Yuran kemasukan ke pulau-pulau taman marin ini adalah RM5 setiap seorang. Dari pulau ini, anda boleh menaiki bot ke pulau-pulau kecil yang airnya sangat jernih, karangnya yang berwarna-warni yang pasti akan memikat hati. Perhentian dikatakan sebagai syurga bagi penyelam di mana mereka dapat menemui penyu yang sudah beratusan umur dan kehidupan dalam air yang indah. Perhentian Kecil terkenal dengan Nightlife dan Parti yang meriah, di mana terdapat pertunjukan api, muzik dan beberapa lagi. Walau bagaimanapun, Kepulauan Perhentian mengalami musim monsun antara Oktober dan Mac, dan kebanyakan pulau-pulau ini akan ditutup untuk aktiviti pelancongan. Perkhidmatan resort dan feri pada masa ini ditutup kerana monsun ini. Penduduk di Pulau Perhentian bertutur dalam Bahasa Melayu dengan dialek Terengganu tetapi kebanyakan mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tidak terkejut juga jika anda bertemu dengan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa lain juga.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Dari Kuala Lumpur, anda boleh membeli tiket bas dan bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kuala Besut, Jeti. Sistem bas Malaysia sangat efisien sekali gus menjadikan pelancong tempatan dan asing mudah untuk melancong di seluruh negara ini.

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan ke Kota Bharu atau Kuala Terrenganu. Besut adalah sebuah daerah di Terengganu namun Lapangan Terbang Kota Bharu lebih dekat dengannya. Dari lapangan terbang, anda perlu menaiki teksi ke Jeti Kuala Besut.

Menggunakan Bot

Sebaik sahaja anda tiba di jeti Kuala Besut, anda boleh menempah tiket bot perjalanan dua hala anda dengan harga RM70 seorang. Sekiranya anda pandai tawar-menawar, anda boleh mendapatkan harga bot dua hala dengan lebih murah.

Tarikan Pelancongan

Taman Warisan Islam

Taman Warisan Islam adalah taman ‘edutainment’, iaitu gabungan antara pembelajaran dan hiburan, yang terkenal dengan replika kecil 22 buah monumen terkenal dari dunia Islam, di mana pelawat dapat mengetahui dan mempelajari tentang penyebaran Islam di negara-negara tersebut. Bayaran kemasukan ke taman monumen ini ialah RM25 untuk dewasa, RM15 untuk pemegang MyKad dewasa, RM15 untuk warga emas dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Selain melihat replica monumen ini, pelawat juga boleh berkunjung sambil membeli cenderahati di arked membeli-belah dan menaiki bot perlahan yang membawa penumpang berlayar sepanjang sungai berdekatan.

Masjid Kristal

Terletak di tapak yang sama dengan Taman Warisan Islam, pelawat juga boleh mengunjungi Masjid Kristal yang tersergam indah. Dibina di tepi sungai, masjid ini diperbuat daripada keluli dan kaca. Refleksi yang muncul di bangunan masjid itu ketika matahari bersinar membuatkan ia kelihatan seperti kristal sehingga penduduk tempatan menamakannya Masjid Kristal.

Hotel

Bubu Long Beach Resort

Terletak di Long Beach, Perhentian Kecil, Besut, 22300, Bubu Resort adalah resort empat bintang yang menghadap pantai berpasir yang murni dan laut biru. Kadar biliknya bermula dari RM609 semalam. Resort ini agak mahal berbanding dengan resort-resort atau penginapan lain tetapi ia adalah yang paling selesa di pulau itu. Bilik-biliknya bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memastikan keselesaan penuh para tetamu. Makanannya yang lazat menjadikan resort ini berbaloi dengan harganya.

Perhentian Tivoli Inn

Terletak di Long Beach Pulau Perhentian Pulau Perhentian Kecil, Besut, 22300, Perhentian Tivoli Inn juga merupakan salah satu penginapan terbaik di Perhentian Kecil. Ia menerima pujian dari tetamu yang berpengalaman tinggal di sini. Resort kayu yang diteduhi oleh pokok-pokok yang tinggi menjadikan para tetamu tinggal di sini dengan selesa tanpa perlu menghidupkan penghawa dingin terutama pada waktu malam. Menghadap pemandangan megah di laut biru, ia adalah pengubat tekanan yang terbaik yang setiap orang idamkan. Kadar harganya bermula dari RM289 semalam.

evtbvsrwfq