1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9166 Hotel)
    >
  3. Johor
    (879 Hotel)
    >
  4. Mersing
    (24 Hotel)
    >
  5. Pulau Sibu
    (1 Hotel)

Hotel Mewah di Pulau Sibu, Mersing

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 21 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Pulau Sibu

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pulau Sibu

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pulau Sibu dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pulau Sibu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Tentang

Pulau Sibu merupakan sebuah pulau kecil di dalam Daerah Mersing, Johor. Ianya terbentuk dari sebuah kepulauan yang mengandungi beberapa buah pulau seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti memancing, trek hutan, menyelam dan berenang. Ianya mempunyai kawasan menyelam yang menyimpan khazanah laut yang cantik dibawahnya sesuai untuk pengemar aktiviti laut. Pulau ini telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun 1993 untuk mengelakkan kerosakan kepada hidupan laut disini. Yuran konservasi sebanyak RM5 akan dikenakan kepada semua pelawat yang melawat pulau ini. Masa yang paling sesuai untuk melawat pulau ini adalah dari Bulan April sehingga September kerana cuacanya yang baik dan tenang. Semasa musim monsoon dari November sehingga Mac, laut akan bergelora dan tidak banyak aktiviti laut yang boleh dilakukan. Kebanyakan resort akan ditutup pada musim ini namun terdapat juga beberapa resort yang tetap beroperasi ketika musim ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bot

Cara terbaik untuk anda berkunjung ke Pulau Sibu adalah dengan menaiki bot dari Jeti Tanjung Leman di Mersing. Ianya mengambil masa perjalanan selama 2 jam dari Johor Bahru dan 45 minit dari Mersing. Perjalanan menaiki bot pula akan mengambil masa perjalanan selama 30 minit untuk sampai ke Pulau Sibu dengan harga tambang berjumlah RM80. Walaubagaimanapun, kebanyakan resort dan chalet akan menyediakan pengangkutan untuk anda pergi dan balik sekiranya anda telah membuat tempahan penginapan yang awal di hotel mereka.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kulai dan meneruskan perjalanan anda ke Kota Tinggi dan seterusnya mengikuti papan tanda tunjuk arah sehingga anda tiba di Tanjung Leman.

Menggunakan Bas

Anda boleh menaiki bas dari Johor Bahru, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat di Malaysia untuk ke Kota Tinggi dan seterusnya menyambung perjalanan menaiki bas ke Tanjung Leman yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 15 minit dari Kota Tinggi.

Tarikan Pelancongan

Pulau Sibu Besar

Anda boleh merehatkan minda anda di Pulau Sibu Besar dengan menikmati keindahan lautnya yang indah, sambil menyelam melihat keindahan terumbu karang yang terdapat di dasar laut dan berehat di pasir pantai yang bersih dan cantik. Pulau ini menyediakan beberapa buah resort dan saiz pulau ini adalah 7 kaki panjang dan 1 kaki lebar. Ianya adalah salah satu pulau yang terbesar di kepulauan ini. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah menyelam, berenang, bermain bot layar, berbasikal, trek hutan, sukan pantai, rawatan spa, berenang di pantai dan lain-lain lagi.

Pulau Kukus

Pulau Kukus merupakan pulau yang tidak berpenghuni dan merupakan lokasi yang terbaik untuk anda meluang masa 1-2 jam untuk aktiviti menyelam. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa perjalanan selama 20 minit menaiki bot laju dari Sibu Besar. Airnya yang jernih menjadikan Pulau Kukus sebagai tempat yang sesuai untuk berenang.

Pulau Lima

Anda boleh membuat tempahan di resort anda menginap untuk aktiviti lawatan ke pulau-pulau disekitar nya dan pelayaran melihat matahari terbit. Pulau Lima merupakan tempat paling sesuai untuk anda lawati ketika lawatan pulau dan pelayaran melihat matahari terbit. Pantai ini terkenal dengan keunikan dan persekitaran pantainya yang dikelilingi oleh hutan hijau yang tebal dengan kejernihan air laut dan pasir pantai yang halus dan lembut menjadikannya unik dan lain dari pantai yang terdapat di sini.

Memancing di Kelong

Terdapat beberapa kelong yag telah dibina di tengah-tengah laut untuk para penggemar aktiviti memancing dan menginap di sini sambil memancing. Anda boleh membuat tempahan di resort penginapan anda bagi tujuan lawatan ke kelong tersebut. Ikan-ikan dari spesis ikan tenggiri,sail fish, kerapu, jenahak dan marlin hitam merupakan antara spesis ikan yang akan menjadi hasil tangkapan anda di sini.

Kampung Duku

Kampung Duku terletak di Pulau Sibu Besar dan merupakan kediaman kepada 200 orang penduduk kampung yang telah menetap disitu sejak sekian lama. Anda boleh siar-siar dan melawat kampung tersebut. Terdapa beberapa kedai runcit yang menjual keperluan asas dan juga makanan. Luangkan masa anda untuk berehat dan bersantai di kampung ini.

Hotel

Sibu Island Resort Johor

Sibu Island Resort Johor ialah sebuah resort bertaraf 4 bintang yang merupakan pilihan tepat sekiranya anda berkunjung ke Pulau Sibu. Sibu Island Resort menampilkan kemudahan moden untuk menjamin keselesaan anda. Sepanjang penginapan anda, jangan ketinggalan untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti layar angina, bot pisang, berlayar, berkanu, menikmati trek hutan dan melihat burung. Pastikan anda mendapat kenangan yang indah dan tidak ternilai sepanjang kunjungan anda ke Sibu Island Resort Johor.

Felda Residence Tanjung Leman

Penginapan di Felda Residence Tanjung Leman merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Pulau Sibu. Penginapan bertaraf 3 bintang ini berada di tepi pantai dan hanya 5 minit pemanduan dari Jeti Tanjung Leman. Beberapa aktiviti sukan air juga turut disediakan di hotel ini. Buat para pengunjung yang mencari penginapan pada harga berpatutan, Felda Residence Tanjung Leman merupakan tempat yang yang paling sesuai kerana ianya menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan perkhidmatan yang baik.

Other Popular Hotels in Pulau Sibu

Perlu Bantuan?