amaran

Hotel Mewah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.8/10

Sangat Baik

WP Hotel

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.6/10

Sangat Baik

Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.9/10

Sangat Baik

Sunway Putra Hotel

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.9/10

Sangat Baik

Quality Hotel City Centre

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.0/10

Sangat Baik

Grand Seasons Hotel

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.4/10

Sangat Baik

Q Hotel Kuala Lumpur

Pusat Dagangan Dunia Putra

7.5/10

Bagus

Premiera Hotel Kuala Lumpur

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.6/10

Sangat Baik

Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Pusat Dagangan Dunia Putra

8.6/10

Sangat Baik

Beed Studio Designer Suites

Pusat Dagangan Dunia Putra

Pine Cone @ Regalia KL

Pusat Dagangan Dunia Putra

  • 2 

Tentang

Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC merupakan sebuah pusat pameran yang berprestij dan kondusif. Berfungsi sebagai tempat yang menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara seperti pameran tempatan, serantau dan antarabangsa, ekspo perkahwinan dan pelancongan, pameran perdagangan dan konsert, serta mesyuarat antarabangsa rasmi. Pembinaan pusat ini bermula pada tahun 1981 dan telah siap pada tahun 1984. Bangunan ini dibuka secara rasminya pada 2 September 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO yang pertama, dan telah menjadi tempat tetap bagi kelangsungan Perhimpunan Agung UMNO.


Ia terkenal dengan kemudahannya yang komprehensif berserta memiliki ruang yang besar, lebih dari 250,000 kaki persegi bagi dewan pameran utama. Terdapat juga banyak dewan kecil untuk pelbagai jenis majlis. Antara pelbagai acara berprestij yang diadakan di sini ialah seperti Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989 dan konvensyen UMNO tahunan. Selain itu, terdapat acara rasmi yang lain seperti Pameran Teknologi Malaysia, Pameran Perabot Malaysia dan Robotic Asia.


PWTC terletak di kawasan Chow Kit atau Jalan Putra di persimpangan kawasan utara-barat pusat bandar Kuala Lumpur. Ia terletak bersebelahan persimpangan Jalan Putra dengan Jalan Tun Ismail dan berada dalam jarak berjalan kaki sahaja dari beberapa hotel berdekatan seperti Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Sunway Putra Hotel, Dynasty Hotel Kuala Lumpur, dan Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Dari pusat bandar Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa kira-kira 9 minit ke Putra World Trade Centre dengan menggunakan Jalan Damansara dan lebuh raya Sultan Iskandar.


Menggunakan Kereta Api

Untuk mendapatkan pengangkutan awam ke PWTC sangat mudah kerana terdapat stesen keretapi berdekatan, iaitu stesen LRT PWTC di Laluan Ampang, dan stesen Putra Komuter.


Tarikan Pelancongan

Menara KL

Menara KL merupakan sebuah menara komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaannya telah siap di bina pada 1 Mac 1995 dan menara ini mempunyai antena yang menambahkan lagi ketinggiannya kepada 421 meter (1,381 kaki), sekali gus menjadikan ia sebagai menara tunggal tertinggi di dunia yang ke-7. Selepas pemasangan kemudahan dan infrastrukturnya, Menara Kuala Lumpur dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Menara Kuala Lumpur juga secara rasminya dirasmikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996 pada 20:30 MST. Antara tetamu yang pernah berkunjung ke sini termasuklah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah, isteri-isteri Sultan Brunei, Sultana Hajah Saleha dan Puteri Hajah Mariam Binti Abdul Aziz. Menara ini juga mempunyai lif untuk sampai ke tingkat atas yang terdiri daripada restoran kelas atasan, yang juga memberikan para pengunjung pemandangan panorama kota yang sangat indah.


Sunway Putra Mall

Kompleks membeli-belah yang dikenali sebagai "The Mall" telah dibina oleh Metroplex Holdings Sdn. Bhd dan dibuka pada 12 Jun 1987 oleh Mahathir bin Mohamad. Ianya terletak di seberang jalan dari Putra World Trade Centre dan Seri Pacific Hotel. Kompleks ini merupakan sebuah pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dan dibina untuk menarik lebih ramai pembeli dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ia dibina dengan kos sebanyak RM289 juta dan kompleks ini telah menempatkan kedai Yaohan pertama di Malaysia yang beroperasi dari tahun 1987 hingga 1997, sebelum muflis di Jepun. Pada Mac 2011, Putra Place, yang terdiri daripada The Mall, Legend Hotel (kini dikenali sebagai Sunway Putra Hotel) dan blok pejabat, telah diambil alih oleh Sunway REIT di bawah Sunway Group dengan harga RM513.94 juta dalam lelongan awam. Syarikat ini telah membelanjakan RM307 juta untuk proses mengubahsuai. Proses ini bermula pada Mei 2013 dan kompleks yang baharu ini dibuka semula sebagai "Sunway Putra Mall" pada 28 Mei 2015. Kompleks ini mempunyai inspirasi sebagai pusat gaya hidup bandaraya dengan menempatkan 300 buah kedai.


Hotel

Sunway Putra Hotel

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terletak bertentangan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bilik-bilik dan ruangan-ruangan moden di hotel ini dihiasi dengan elegan serta dilengkapi dengan TV skrin rata, bar mini, pembuat kopi serta kemudahan membuat teh dan Cina. Selain itu, ruang bilik mandinya menawarkan sandal dan pengering rambut serta ubat gigi, berus gigi serta peralatan mandian percuma. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Bukit Bintang, Suria KLCC, Kuala Lumpur Convention Centre dan Bintang Walk. Di samping itu, para tetamu juga boleh meremajakan diri di pusat sukan dengan pilihan peralatan sukan terkini, atau berenang di kolam renang terbuka sepanjang 25 meter. Bagi pilihan tempat makan, Coffee House menyajikan masakan tempatan yang tulen, masakan Asia dan Cina, dan hidangan barat yang lazat. Pilihan makanan lain termasuk hidangan Jepun di Restoran Gen manakala The Atrium Lounge menawarkan suasana yang lebih santai dengan kopi dan pastry yang istimewa. Acara rasmi dan konvensyen dikendalikan secara profesional di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur yang boleh menampung sebanyak seribu orang pada satu masa.


Primiera Hotel

Premiera Hotel Kuala Lumpur terletak berdekatan Maju Junction Mall, Kompleks Campbell dan Sogo Shopping Mall. Hotel ini juga mengambil masa hanya 15-minit berjalan kaki dari Dataran Merdeka dan 50-minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Semua bilik adalah bebas-rokok di Premiera Hotel. Ia mempunyai TV berskrin rata dengan saluran satelit, peti keselamatan peribadi dan almari pakaian serta kemudahan menyeterika pakaian dan cerek elektrik. Ruang bilik mandiannya dilengkapi dengan pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Selain itu, kakitangan di kaunter penyambut tetamu 24 jam boleh membantu pengunjung dengan simpanan bagasi dan perkhidmatan penjaga pintu utama, serta penggunaan kemudahan bilik mesyuarat. Hotel ini juga menempatkan sebuah restoran dan menawarkan akses Wi-Fi percuma serta ruang letak kereta.