amaran

Hotel Mewah di Queensbay, Pulau Pinang

8.6/10

Sangat Baik

8.8/10

Sangat Baik

Tentang

Pusat membeli-belah Queensbay Mall adalah sebuah pusat membeli-belah terbesar di negeri Pulau Pinang. Ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 2006, dengan lebih daripada 400 buah kedai yang tersebar di dalam sebuah bangunan lima tingkat. Penyewa utama untuk pusat membeli-belah ini ialah Aeon dan Golden Screen Cinema. Sejak pertama kali dibuka, Queensbay Mall telah menjadi salah satu pusat membeli-belah yang paling banyak dikunjungi di Pulau Pinang dan ia bersaing dengan pusat membeli-belah yang lain seperti Gurney Plaza. Di Queensbay Mall, terdapat beberapa jenama antarabangsa yang popular dan juga mewah seperti Timberland, Levi's, dan lain-lain. Pusat membeli-belah ini juga menempatkan tiga kedai buku; MPH, Popular dan Borders. Queensbay Mall terletak di Persiaran Bayan Lepas, di daerah Bayan Lepas, dan menghadap ke selat Pulau Pinang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu dari Jambatan Pulau Pinang dari tanah besar Semenanjung Malaysia akan mengambil masa kira-kira dua puluh minit untuk tiba ke Queensbay Mall.

Menggunakan Teksi

Mendapatkan perkhidmatan teksi di Pulau Pinang ini adalah sangat mudah, maka tidak hairanlah masih banyak orang yang menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Queensbay Mall. Ia akan mengambil masa kira-kira dua puluh minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk tiba di Queensbay Mall dengan anggaran tambang sekitar RM10. Harga tambang adalah berdasarkan meter teksi, dan bergantung pada lalu lintas semasa.

Menggunakan Bas

Di Pulau Pinang, terdapat sebuah perkhidmatan bas awam, RapidPenang, yang dipunyai oleh kerajaan negeri. Beberapa buah laluan RapidPenang yang akan melalui Queensbay Mall dan juga kawasan sekitarnya. Secara purata, perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit dari hujung ke hujung laluan setiap bas tersebut.

Tarikan Pelancongan

Kuil Ular

Kuil ini merupakan sebuah kuil yang istimewa kerana ia merupakan satu-satunya kuil di dunia yang mempunyai ular. Kuil Ular ini telah dibina pada tahun 1850, sempena mengingati Chor Soo Kong, seorang rakyat China yang telah berhijrah di kawasan tersebut. Kuil ini dipenuhi dengan bau kemenyan yang dibakar setiap masa dan juga pelbagai jenis ular pit viper. Walaupun ular-ular ini dipercayai tidak berbahaya, ular-ular ini telah dinyahracunkan tanpa menghilangkan taringnya. Pengunjung dinasihatkan agar tidak menganggkat ular-ular ini dan meletakkannya di badan mereka untuk mengambil gambar. Kuil Ular hanya berjarak tiga belas minit dari Queensbay Mall.

Muzium Perang Pulau Pinang

Sebuah muzium perang terbesar di rantau Asia Tenggara dan ia merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh British pada tahun 1930-an. Ia menjadi terkenal kerana telah menjadi medan pertempuran antara tentera Jepun yang datang menyerang dan tentera British. Pada masa kini, tempat ini telah menjadi muzium, dan dipulihkan sebagai tempat peringatan untuk hari-hari gelap yang telah disaksikan oleh kubu ini. Ia telah menjadi sebagai sebuah penjara yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menyeksa manusia. Muzium ini meliputi tanah seluas 20 ekar, dan mempunyai pelbagai jenis artifak bersejarah seperti meriam, bunker peluru dan juga beberapa terowong tentera bawah tanah. Ia dibuka setiap hari dari sembilan pagi hingga tujuh malam.

Hotel

Eastin Hotel Penang

Terletak kurang dari 500 meter dari Queensbay Mall, Easting Hotel Penang adalah salah satu hotel mewah di kawasan tersebut. Hotel ini telah menerima banyak ulasan yang mengagumkan daripada pelanggan-pelanggan sebelumnya. Lokasinya yang strategik dan sangat mudah untuk diakses kerana ia terletak di bandar selain sangat dekat dengan Queensbay Mall. Beberapa bilik mereka juga mempunyai pemandangan Selat Pulau Pinang. Harga untuk bermalam di sana bermula dari RM305 untuk sebuah bilik deluxe.

Century Bay Private Residence

Ini adalah kediaman peribadi bertukar kepada sebuah hotel. Terletak di bahagian utara pulau dari Queensbay Mall, jaraknya hanya dua kilometer dari pusat membeli-belah. Para penggunjungnya telah memberikan ulasan yang hebat terutamanya untuk bilik yang luas dan keselesaan yang diberikan. Ia adalah tempat yang sempurna untuk percutian keluarga kerana biliknya yang besar pasti dapat memberi keselesaan kepada semua orang. Terdapat enam jenis bilik, dengan saiz dan kemudahan yang berbeza. Sesetengah biliknya tidak mempunyai sambungan Wi-Fi, jadi pilih jenis bilik dengan teliti sebelum mula menempah. Hotel ini juga menyediakan komputer riba dan pencentak yang boleh digunakan secara percuma. Tempat ini juga sesuai untuk bersenang-senang dan berehat pintu masuk sebagai tempatnya agak tenang dan damai.