amaran

Hotel Bajet di Rantau Panjang, Pasir Mas

Tentang

Rantau Panjang adalah sebuah pekan, juga sebuah mukim dan kawasan parlimen yang terletak di bawah pentadbiran daerah Pasir Mas, negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak di bahagian paling barat daya negeri ini, 39 kilometer jauhnya dari ibu negeri Kota Bharu, dengan jarak yang amat dekat dengan Sungai Golok. Oleh itu, ianya lebih mudah untuk mengakses Thailand dari bahagian ini berbanding dengan daerah lain di Kelantan. Malah, jika anda memasuki Malaysia dari Narathiwat menggunakan pengangkutan darat, Rantau Panjang akan menjadi pekan pertama yang akan ditemui. Pekan ini sememangnya terkenal dengan statusnya sebagai sebuah zon bebas cukai. Oleh kerana status tersebut, barangan dan hadiah di sini biasanya dijual dengan harga lebih murah dan para pelawat yang datang ke sini pasti akan membelinya dalam kuantiti yang banyak atau secara pukal. Berikutan itu, banyak kedai-kedai dan kompleks membeli-belah yang didirikan di sini untuk memanfaatkan status bebas cukai tersebut serta menarik pengunjung dengan lebih banyak barangan untuk ditawarkan. Di samping itu, Rantau Panjang juga digunakan sebagai tempat untuk kegiatan penyeludupan di mana kegiatan penyeludupan dadah, beras dan bahkan penyeludupan manusia terus berleluasa. Walau bagaimanapun semua perkara ini adalah cerita dari masa lalu dan penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Kastam telah berjalan dengan ketat untuk mengelakkan perbuatan yang menyalahi undang-undang ini. Kini Rantau Panjang, di samping itu menjadi syurga membeli-belah, juga merupakan tempat pertemuan budaya antara Thailand dan Malaysia yang sememangnya menarik.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Rantau Panjang boleh dikunjungi dengan menaiki penerbangan ke Kelantan. Terdapat penerbangan ke Kota Bharu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh mengambil teksi atau pengangkutan awam lain ke Rantau Panjang.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang dan keluar dari Central Spine 8 sebelum meneruskan perjalanan menuju Rantau Panjang. Perjalanan itu boleh mengambil masa kira-kira enam jam bergantung kepada situasi jalan raya semasa.

Menggunakan Bas

Terdapat sebuah terminal bas ekspres di Rantau Panjang yang boleh diakses melalui Laluan 3 / AH18. Ambil perjalanan terus ke Rantau Panjang dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Queen Express, Perdana Express atau Express Mutiara.

Tarikan Pelancongan

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

Salah satu tempat membeli-belah di Kelantan dan antara yang paling sibuk, terutamanya semasa hujung minggu dan musim cuti sekolah atau cuti umum. Kebanyakan barang di sini dijual pada harga yang sangat murah dengan pilihan yang lebih luas untuk para pembeli. Antara barangan yang biasa terjual dengan banyak termasuklah barangan sukan dan jersi, peralatan dapur, bantal dan mainan kanak-kanak. Terdapat ruang makan berdekatan yang menjual beberapa hidangan tempatan istimewa Kelantan dan juga Thailand.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Satu lagi tempat yang menarik dan pastinya mesti dikunjungi apabila pelawat berada di Rantau Panjang adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra sendiri. Dengan nama julukan "Masjid Beijing" yang unik, masjid ini mempunyai gabungan budaya Cina dan Islam yang tersendiri dalam rekaannya, yang menyerupai Masjid Niujie di Beijing, China yang dijangka berusia kira-kira lebih daripada seribu tahun. Ia terletak kira-kira dua kilometer jauhnya dari pekan dengan kapasiti kira-kira 3.7 ekar tanah. Oleh itu, masjid ini mudah ditemui dari jauh terutamanya ketika pengunjung sedang dalam perjalanan ke Kompleks Kastam Rantau Panjang. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2005 dan selesai empat tahun kemudian dengan kos 8.8 juta ringgit. Semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan solat Jumaat, masjid ini mampu menampung 1, 000 orang jemaah pada satu masa.

Taman Rusa Afia

Mungkin satu-satunya ladang rusa di sini, Taman Rusa Afia menyediakan pengunung dengan peluang istimewa untuk melihat kawanan rusa dari dekat. Rusa di ladang ini telah dijinakkan dan boleh diberi makan dari pengunjung sendiri, yang juga boleh dibeli dari ladang tersebut. Terdapat juga sesi taklimat di mana pelawat boleh mendapatkan pemahaman dan belajar mengenai rusa dan tingkah laku mereka.

evtbvsrwfq