Popular Landmark | Seremban Lake Garden, Sehat Health Care Centre |
Seremban 2 merupakan sebuah Bandar yang terletak hanya 1km daripada plaza tol Seremban dan 4km daripada Bandar Seremban. Seremban 2 ialah sebuah Bandar terancang yang dibangunkan diatas tapak bekas ladang kelapa sawit. Bandar ini dibangunkan dengan perancangan untuk menjadikan ianya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Negeri, pusat perniagaan dan pusat pembelajaran di Negeri Sembilan. Seremban 2 akan menjadi kawasan sokongan kepada pembangunan Lembah Klang di bawah Pelan Pembangunan Kebangsaan dengan mengambil kira 30% daripada kawasan di dalam Negeri Sembilan seperti Port Dickson, Nilai dan Labu. Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan pusat untuk membangunkan kawasan ini. Beberapa pusat membeli belah telah dibuka di Seremban 2 seperti AEON, Tesco, Mydin dan S2 Mall. Perbandaran ini dihubungi dengan jaringan lebuhraya seperti Lebuhraya Utara Selatan, ELITE dan Lebuhraya LEKAS yang menjadikan Seremban 2 lebih dekat untuk ke pusat Bandar Kuala Lumpur (45 minit), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (30 minit), Putrajaya dan Cyberjaya (30 minit).
Lapangan terbang yang terletak berhampiran dengan Seremban 2 ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini boleh dihubungi melalui Lebuhraya PLUS. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1&2) anda boleh menaiki teksi ke Seremban 2. Jarak daripada lapangan terbang ke Seremban 2 ialah 33km atau 39minit pemanduan dari lapangan terbang.
Anda boleh menggunakan lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan (NSE/PLUS) untuk ke Seremban 2. Anda perlu mengambil susur keluar di persimpangan 218 susur keluar Seremban. Seremban 2 mengambil masa pemanduan selama 3 jam atau 265km daripada Johor Bahru dan 45 minit daripada Kuala Lumpur menggunakan NSE. Seremban 2 juga boleh dihubungi ke Negeri Selangor dengan menggunakan Lebuhraya LEKAS yang melalui Serdang dan juga Nilai.
Sekiranya anda merancang untuk menggunakan keretapi, anda boleh menaiki KTM dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) atau Stesen Bandar Tasik Selatan ke Stesen KTM Seremban. Dari Stesen KTM Seremban anda boleh menaiki teksi untuk ke Seremban 2.
Anda boleh mengunjungi salah satu daripada destinasi pelancongan utama iaitu Galeri DiRaja Tuanku Jaafar di Seremban. Galeri ini akan membawa anda mengenali sejarah Negeri Sembilan dengan fokus utama mengenai kerajaan beraja di Negeri Sembilan serta perjalanan hidup Almarhum Sultan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang DiPertuan Negeri Sembilan yang ke-10. Galeri ini dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 5 petang kecuali pada hari Isnin.
Bagi pengunjung yang meminati untuk mengetahui mengenai sejarah dan kebudayaan Negeri Sembilan, anda boleh mengunjungi Kompleks Muzium Negeri untuk melihat sejarah dan kebudayaan adat Minangkabau. Ianya hanya mengambil masa perjalanan selama 7 minit dari Bandar Seremban 2. Ianya merupakan sebuah rumah di Muzium Negeri yang dikenali sebagai Teratak Perpatih yang terletak di dalam Kompleks Muzium Negeri di Sungai Ujung, Seremban. Didalam rumah kayu ini terdapat artifaks, koleksi gambar lama dan seramik. Muzium ini juga mempamerkan keris rasmi upacara di Raja, pedang Bugis dan Minangkabau serta pinggan mangkuk di Raja.
Church of the Visitation yang dibina dengan struktur senibina yang cantik dan anggun ini terletak di tengah Bandar Seremban, Negeri Sembilan. Gereja ini dibina pada tahun 1848 iaitu ketika zaman kolonial. Didalam kawasan gereja ini terdapat dewan serbaguna 2 tingkat dan pusat penerangan 3 tingkat lengkap dengan perpustakaan dan kafetaria. Masa terbaik untuk melawat gereja ini adalah pada masa sambutan Good Friday, Easter dan Krismas sekiranya anda ingin mengalami pengalaman melihat sambutan agama mereka.
Rumah Negeri Sembilan terletak di Kompleks Taman Seni Budaya , Seremban merupakan salah satu contoh rumah tradisi budaya Minangkabau di Negeri Sembilan. Rumah ini telah dibina pada tahun 1898. Anda boleh melihat keindahan senibina nya yang banyak dipengaruhi oleh adat Minangkabau. Ianya mempunyai bumbung yag panjang dan meruncing di kedua hujung nya. Seperti rumah melayu tradisional yang lain, ianya mempunyai rumah induk dan di dindingnya mempunyai ukiran yang tersendiri. Ciri-ciri lain adalah seperti lantai yang tinggi dari tanah dan lantai menggunakan kayu sepenuhnya.
Anda boleh meluangkan masa beberapa jam melawat Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang dibina berasaskan pada senibina kolonial dan merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membeli hasil kraftangan. Jaraknya hanya 7km atau 13 minit pemanduan daripada Seremban 2. Anda boleh mendapatkan tikar anyam pandan, keraf berasaskan buluh, kain tudung, seramik seperti teko, pasu dan lain-lain lagi.
Royale Chulan Seremban ialah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang merupakan pilihan terbaik buat anda yang ingin berkunjung ke Seremban 2. Jaraknya dari Seremban 2 hanya 5.27km. Hotel ini menawarkan pengunjung dengan penginapan yang paling selesa dan perkhidmatan yang terbaik. Pengunjung yang mempunyai urusan perniagaan ataupun untuk bercuti pasti akan menghargai keindahan pemandangan lanskap nya di atas puncak bukit di Seremban serta layanan mesra yang terbaik di Royale Chulan Seremban.
Klana Resort Seremban merupakan sebuah resort bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah Bandar Seremban. Jaraknya hanya 6km dari Seremban 2. Samada anda mempunyai urusan perniagaan atau bercuti, Klana Resort Seremban merupakan pilihan penginapan terbaik buat anda sekiranya anda berkunjung ke Seremban 2. Terletak di tengah pusat Bandar, tetamu pasti akan teruja dengan tarikan pelancongan dan aktiviti yang terdapat disekitarnya.