Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8323 Hotel)
    >
  3. Negeri Sembilan
    (217 Hotel)
    >
  4. Seremban
    (91 Hotel)
    >
  5. Seremban Jaya
    (1 Hotel)

Hotel Mewah di Seremban Jaya, Seremban

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 04 Okt 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Seremban Jaya

Ulasan Tetamu dari Hotel di Seremban Jaya

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Seremban Jaya dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Seremban Jaya akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Tentang

Seremban Jaya adalah sebuah perbandaran moden dan juga merupakan sebuah subdaerah atau mukim yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 5 kilometer jauhnya dari ibu negeri, Seremban, yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Seremban. Banyak kedai-kedai komersial dan pusat membeli-belah dibina di sini dalam jarak yang berdekatan antara satu sama lain. Di samping itu, Seremban Jaya terletak berhampiran dengan kawasan berpenduduk lain seperti Senawang, Rasah, Mambau dan Paroi yang tidak jauh dari situ, yang pastinya patut dilawati apabila berada di sini. Bersama-sama dengan Seremban, ia dikenali sebagai Sungai Ujong pada awal pembukaannya dan seperti bandar utama lain di negara ini, ia dibuka dan mengalami perkembangan yang pesat sejak penemuan bijih timah dan ledakan pesat industri perlombongan timah pada tahun 1870-an. Malahan ianya berkembang dengan lebih pesat lagi kerana reputasinya sebagai pusat perdagangan yang dikenali di mana peneroka Arab, Melayu dan Cina akan datang ke sini untuk memperdagangkan barangan mereka. Pada masa kini, ia menjadi titik perhentian utama di antara ibu kota Kuala Lumpur dan bahagian selatan semenanjung Malaysia dan perlahan-lahan, ianya menjadi sebuah bandar satelit Kuala Lumpur, dengan lebih banyak orang yang menetap di sini sambil bekerja di Kuala Lumpur. Berikutan ini, Seremban Jaya juga telah menikmati kemasukan lebih ramai orang yang turut memacu ekonominya dengan lebih jauh.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar di Senawang sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban Jaya. Perjalanan boleh mengambil masa sekitar empat puluh lima minit hingga satu jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Kereta Api

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL) yang menuju ke laluan KL Sentral / Bandar Tasik Putrajaya / Cyberjaya / Salak Tinggi / KLIA. Di sana, seseorang boleh menaiki koc ke arah selatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Seremban sebelum memilih untuk menaiki pengangkutan awam.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat terletak di Terminal One, Seremban. Ambil perjalanan terus ke Seremban dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Sanwa Tours, KPB Express dan Kesatuan Express. Dari sini, ambil pula bas laluan tempatan ke Seremban Jaya.

Tarikan Pelancongan

Taman Burung Kasawari Jelita

Mungkin satu-satunya ladang burung unta di sini, Jelita Ostrich Farm menyediakan peluang istimewa bagi pengunjung untuk dapat melihat kawanan burung-burung burung unta secara dekat serta haiwan-haiwan lain di ladang seperti kambing, kuda, angsa, itik dan juga ayam belanda. Burung-burung unta di ladang ini telahpun dijinakkan dan sememangnya mesra dengan pengunjung; bahkan ianya boleh ditunggangi, dengan syarat mestilah dengan bantuan joki burung unta yang lebih berpengalaman. Terdapat juga restoran berdekatan di mana pengunjung boleh mencuba beberapa produk makanan berasaskan burung unta.

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar adalah sebuah galeri yang memaparkan beberapa koleksi peribadi, sejarah dan juga pencapaian semasa hidup Tuanku Ja'afar, iaitu bekas Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri Sembilan, dan pada masa yang sama memberikan gambaran tentang keluarga diraja Negeri Sembilan. Galeri ini memulakan kerja-kerja pembinaan awalnya pada tahun 2012 dan selesai setahun kemudian. Ia kemudian dirasmikan oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Najihah pada tahun 2014. Bangunan ini mempunyai seni bina kolonial yang moden, bertempat di bangunan tiga tingkat sebesar 4087 meter persegi yang terdiri daripada sembilan dewan pameran. Ia dibuka setiap hari kepada orang awam dari 10 pagi hingga 5 petang kecuali hari Isnin dan bayaran sebanyak tiga puluh ringgit dikenakan kepada setiap pengunjung.

Church of The Visitation

Gereja ini terletak di Jalan Yam Tuan yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Sejarahnya dapat ditelusuri sehingga tahun 1848 ketika Fr Pierre Henri Borie diutuskan oleh Bishop John Baptist Boucho dalam misi untuk bekerja dengan masyarakat setempat dan memperluaskan masyarakat Katolik yang sedia ada di bandar Seremban. Seni binanya adalah unik dan mengekalkan reka bentuk dari zaman dahulu.

Other Popular Hotels in Seremban Jaya

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka