Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8236 Hotel)
    >
  3. Penang
    (646 Hotel)
    >
  4. Seberang Perai
    (96 Hotel)
    >
  5. Simpang Ampat
    (8 Hotel)

Hotel Mewah di Simpang Ampat, Seberang Perai

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 30 Nov 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Simpang Ampat

Popular Landmark
Poliklinik Dan Surgeri WALID SIMPANG AMPAT Branch, Masjid Jamek Al-Ihsaniah Simpang Ampat

Ulasan Tetamu dari Hotel di Simpang Ampat

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Simpang Ampat dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Simpang Ampat akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Ahmad F. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
5.1
/ 10
5 Sep 2022
Bilik teruk
MOHAMAD A. B. O.
Ini adalah profil peribadi.
8 Apr 2018
Hotel budget sesuai untuk semua golongan.
nur n. s. b. m.
Ini adalah profil peribadi.
11 Mar 2022
Hotel terbaik untuk berehat. Penyambut tetamu yang ramah dan mesra
NUR A. B. A. I.
Ini adalah profil peribadi.
9.0
/ 10
25 Sep 2017
Ia agak dekat dengan Village Design. Keseluruhan saya boleh mengatakan bahawa, ia bernilai wang. Lokasi serta bilik itu sendiri
COSMOS G.
Ini adalah profil peribadi.
9 Aug 2017
Bilik selesa tetapi sedikit bau. Sistem pengudaraan tidak begitu baik dan pancuran terlalu lambat.
noor h.
Ini adalah profil peribadi.
16 Mar 2019
Lokasi kasi hotel baik cuma perkhidmatan tidak memuaskan langsung. Saya dah booking seminggu tetapi saya bila saya sampai saya terpaksa menunggu lama untuk dapatkan bilik. Saya dah sampai lewat daripada waktu yang boleh check-in tetapi terpaksa menunggu lama. Saya dah booking awal tetapi tetamu yang datang kemudian secara walk in dilayan terlebih dahulu. Aircond pun tidak sejuk .

Tentang

Simpang Ampat yang juga dikenali sebagai Simpang Empat, adalah sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia terletak di antara Bukit Mertajam dan Sungai Bakap. Bandar ini meliputi kawasan dari Juru ke Valdor termasuk Permatang Tinggi, Bukit Minyak serta kampung-kampung kecil di dalam perimeternya. Pusat bandar kecil ini terletak di Jalan Besar atau juga dikenali sebagai Jalan Utama Simpang Ampat. Bahagian baru bandar lama ini dibangunkan ke arah timur dan kawasan perumahan yang lebih kecil terletak di barat daya. Pada awal tahun 2005, beberapa kawasan tanah di Simpang Ampat telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan populasi penduduk Pulau Pinang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Terletak dengan strategik di Pulau Pinang, Simpat Ampat mudah diakses oleh pengangkutan awam. Melalui jalan darat, anda boleh memilih untuk ke destinasi ini dengan bas ekspres. Terdapat banyak bas ekspres dengan harga yang berpatutan yang bergerak dari selatan dan juga utara. Sekiranya anda inginkan perjalanan yang indah dan menyenangkan, anda boleh menaiki keretapi KTM dan berhenti di Butterworth yang terletak 32 minit dari Simpang Ampat. Dari utara, anda boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke destinasi. Melalui udara, anda menikmati pemandangan indah dari atas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terletak berhampiran Bayan Lepas di hujung tenggara Pulau Pinang, lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang yang paling sibuk di Malaysia. Syarikat penerbangan kos rendah yang terkenal seperti FireFly dan Air Asia membuat pendaratan dan perlepasan di sini. Sekiranya anda dalam perjalanan ke bandar, anda boleh menaiki bas ulang-alik dan berhenti di sini. Teksi juga turut tersedia.

Tarikan Pelancongan

Juru Auto City

Salah satu tarikan utama Pulau Pinang, iaitu Juru Auto City, terletak berhampiran bandar ini. Juru Auto City boleh dilihat apabila anda memandu sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Ia terletak beberapa minit selepas plaza tol Juru dari selatan atau Jambatan Pulau Pinang. Juga dikenali sebagai Highway Auto City, ia telah dikendalikan sejak tahun 2003 oleh kerajaan persekutuan. Tarikan ini merupakan sebuah pusat sehenti untuk makanan, bilik pameran auto dan karnival yang meriah. Bukan hanya itu, pusat ini juga dianggap menjadi yang pertama di Malaysia yang mempamerkan kenderaan serta merupakan sebuah hab perniagaan dan hiburan bertaraf tinggi. Bilik pameran kereta yang telah beroperasi selama bertahun-tahun ini mempamerkan jenama terkenal dari Eropah, Jepun, Korea dan tidak dilupakan juga jenama tempatan. Juru Auto City juga merupakan pusat yang baik untuk mengadakan mesyuarat, majlis peribadi dan parti, majlis perkahwinan dan perayaan. Restoran terkenal yang menawarkan hidangan antarabangsa seperti Sushi King, Seoul Garden Restaurant dan Pizza Hut boleh didapati di sini. Dengan semua yang disebutkan di atas, Juru Auto City adalah tempat yang bagus untuk anda kunjungi.

Design Village

Pusat membeli-belah ini telah beroperasi sejak tahun 2016 dan ini menjadikannya sebuah pusat membeli-belah terbesar dengan kawasan binaan kira-kira 400,000 kaki persegi. Ia menempatkan 150 buah kedai, terutamanya jenama pakaian dan aksesori antarabangsa di pusat membeli-belah satu tingkat ini. Pastikan anda berkunjung ke pusat ini atau anda akan menyesal!

Hotel

Galaxy Hotel

Jika anda sedang mencari tempat tinggal untuk percutian anda di Simpang Ampat, jangan lupa untuk memeriksa Galaxy Hotel. Harga dari hanya RM 128 setiap malam, hotel ini menjanjikan penginapan yang selesa dan berbaloi. Ia terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Juru Auto City, Gereja St Anne, Village Design dan Chai Leng Park, jadi anda boleh melawat tempat-tempat ini tanpa kerumitan. Hotel ini juga mempunyai kedai kopi untuk anda nikmati. Tempat letak kereta juga luas dan boleh diakses untuk semua orang.

OMG Hotel

Hotel bajet ini di Simpang Ampat menyediakan penginapan yang berpatutan berharga dari RM 150 satu malam. Terletak berhampiran tarikan seperti Juru Auto City dan Taman Chai Leng, hotel mesra keluarga ini mempunyai kemudahan seperti lif, tempat letak kereta yang boleh diakses untuk semua, internet tanpa wayar di kawasan awam dan di restoran. Bukan itu sahaja, terdapat kedai-kedai dan mesin ATM berhampiran hotel ini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka