amaran

Hotel Mewah di Sitiawan, Manjung

Tentang

Sitiawan (yang berasal daripada perkataan Melayu, “Setia Kawan”, yang membawa maksud "Rakan Sejahtera") adalah sebuah wilayah di Daerah Manjung, Perak, Malaysia. Cerita rakyat menyebut Sitiawan sebagai Kampung Sungai Gajah Mati. Ia menjadi kawasan penempatan untuk pendatang yang berhijrah dari Foochow. Mereka kebanyakannya dari daerah Kutien di Fuzhou, China. Menurut legenda, Kampung Sungai Gajah Mati adalah tempat di mana dua ekor gajah besar telah tenggelam selepas salah seekor daripada gajah tersebut, di taburi bijih timah, lalu tenggelam ke dalam lumpur Sungai Dinding pada masa air surut. Usaha menyelamatkan gajah itu sia-sia dan akhirnya semua orang telah berputus asa.


Walau bagaimanapun, gajah yang kedua enggan meninggalkan gajah yang sedang tenggelam itu, lalu melompat ke dalam lumpur untuk tenggelam bersama-sama ke dalam arus deras apabila air pasang melanda. Oleh itu, nama setia kawan (sahabat setia) telah diperoleh. Pada akhir abad ke-19, bijih timah, bersama-sama dengan lembaran getah, membentuk komoditi utama perdagangan bagi kawsan ini. Hasil dagangan ini sering dibawa oleh gajah dan dimuatkan ke kapal yang menunggu untuk berlepas ke Pulau Pinang. Pada tahun 1870an, ketika penyakit demam campak melanda kawasan ini, dan seiring dengan kepercayaan kaum Cina, penempatan ini telah ditukarkan nama untuk meningkatkan lagi feng shui bagi kawasan ini, penduduk tempatan memilih untuk menamakan Setia Kawan untuk bersempena dengan trajedi kematian dua ekor gajah yang dibawa arus sungai. Nama itu kemudiannya dipendekkan kepada Sitiawan.


Pada bulan September 1903, penempatan itu menerima penambahan penduduk dengan ketibaan lebih daripada 360 orang penganut agama kristian Foochows yang terdesak untuk melarikan diripada kekerasan terhadap Dinasti Qings. Orang Kristian Cina diserang oleh pihak Boxer yang juga dikenali sebagai Yihetuan Dinasti Qing, yang merupakan menyokong kerajaan yang menyebabkan kekacauan di Fujian pada tahun 1901 (juga dikenali sebagai Pemberontakan Boxer). Mereka dipimpin oleh dua orang pendeta Cina dan menetap di kawasan yang kini dikenali sebagai Kampung Koh. Kebanyakan imigran ini bekerja di ladang getah di Sitiawan. Mayarakat Foochows juga membina empat buah telaga, dua pada tahun 1930-an dan berikutnya lagi pada tahun 1950-an. Telaga warisan ini masih wujud tetapi tidak lagi digunakan. Chin Peng, yang mengetuai Parti Komunis Malaya selama bertahun-tahun, dilahirkan di Sitiawan pada tahun 1924.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 2 jam dan 30 minit dari Sitiawan. Sebagai alternatif, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2, kedua-duanya terletak kira-kira 3 jam dari Sitiawan.


Tarikan Pelancongan

Lumut

Lumut adalah sebuah bandar pesisir pantai (penduduk 31,880) yang terletak di Daerah Manjung, Perak, Malaysia, kira-kira 84 km dari Ipoh, 12 km dari bandar Sitiawan dan ia merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Kawasan ini terkenal dengan kraftangan kerang dan juga karang. Pekan yang pada mulanya hanya sebuah pekan nelayan ini kini telah menjadi pangkalan tentera Laut Diraja Malaysia dan tapak pembinaan kapal angkatan laut terbesar di Malaysia, Boustead Naval Shipyard. Lumut dalam bahasa Melayu merujuk kepada spesies tumbuhan laut atau rumput laut. Pada zaman dahulu, pantai ini dikatakan kaya dengan lumut, sehingga penduduk setempat memanggil kawasan ini Lumut. Jeti Lumut adalah titik pperlepasan untuk ke pulau-pulau di luar pesisir Perak, termasuk Pulau Pangkor dan Pulau Marina. Lumut mempunyai jeti terlindung.


Pulau Pangkor

Pulau ini sebenarnya merangkumi sekumpulan pulau-pulau kecil dengan Pulau Pangkor sebagai pulau utamanya. Di sebelahnya tedapat tiga pulau kecil: Pangkor Laut, Pulau Mentagor dan Pulau Giam. Pangkor Laut adalah kawasan yang paling terkenal di sini, kerana terdapat resort indah di pulau kecil ini (Pangkor Laut Resort). Pangkor adalah sebuah pulau dengan pegunungan; titik tertinggi ialah 1216 meter (Bukit Pangkor). Pulau ini mempunyai sejumlah hotel dan resort bertaraf antarabangsa; pulau ini boleh menjadi agak sibuk dan padat dengan pengunjung semasa sekolah dan cuti umum.


evtbvsrwfq