1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9201 Hotel)
    >
  3. Kuala Lumpur
    (1851 Hotel)
    >
  4. Sri Petaling
    (26 Hotel)

Hotel Mewah di Sri Petaling, Kuala Lumpur

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 25 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Sri Petaling

Ulasan Tetamu dari Hotel di Sri Petaling

7.9
Menyenangkan
522 ulasan dari hotel di Sri Petaling dengan purata penarafan 7.9/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Sri Petaling akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
norhayati
Ini adalah profil peribadi.
14 Mar 2023
Cadar lubang-lubang cam kena gigit tikus. Selipar tak sedia. Ada botol air mineral kosong dalam tong sampah, parking payah dapat. Bateri TV weak. Bila bagitahu kaunter, dia suruh orang belakang TV jer
AHMAD B. O.
Ini adalah profil peribadi.
19 Jun 2018
Bagus dan selesa. Cuma paking sahaja yang susah sikit.
Ellyn M.
Ini adalah profil peribadi.
8.9
/ 10
5 Feb 2024
Bilik sempit. Selimut, towel, bantal, and cadar tilam busuk macam tak letak detergent semasa basuh. Basuh pakai air je ek? Bilik mandi terbaik.
NH
Nor Hanani Bt Azmi
21 Oct 2018
Tiada parking untuk pelanggan hotel dan menyusahkan pelanggan untuk parking, bilik yang kurang sejuk, televisyen hanya 2 channel, staf yang kurang friendly. Not recommended.
Yiew C. L.
Ini adalah profil peribadi.
1 Mar 2020
Hotel ini bersih. Tetapi, saya boleh mencium bau merokok di tandas. Bukti bunyi yang lemah. Saya dapat mendengar tandas bilik mandi yang lain dan komunikasi mereka.
Khairol I. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
10 Jun 2022
Pintu toilet tak ada kunci dan tak rapat nak membuang pun risau member boleh hendap
rahadian a.
Ini adalah profil peribadi.
30 Jul 2023
Bilik bersih, bilik air bersih, memang tiada tingkap. Jaraknya agak dekat dengan Stadium Bukit Jalil dengan berjalan kaki lebih kurang 25 minit. Di bawah terdapat Mokka Cafe yang mempunyai makanan yang bersih, kopinya cukup enak dan menunya mempunyai banyak menu sihat, tiada daging babi dan lemak babi.

Tentang

Sri Petaling merupakan sebuah bandar di pinggiran Kuala Lumpur yang terletak di Selatan pusat bandaraya. Ia terletak berhampiran dengan Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil. Bandar Baru Sri Petaling mula dibuka pada Tahun 1977 dan dibangunkan pada Tahun 1981. Penduduk di Sri Petaling pada asalnya tidak begitu ramai kerana ianya jauh dari Pusat Bandar, namun kepadatan penduduknya mula memuncak pada lewat tahun 1980an apabila dua laluan utama ke Salak Selatan dan Taman Gembira mula dibuka dan juga faktor pembangunan yang rancak bermula pada tahun 1990an. Dekad yang seterusnya menyaksikan pertambahan penduduk kerana pertumbuhan pembangunan yang rancak di kawasan sekitarnya.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sri Petaling boleh dicapai dari serata lapangan terbang utama di seluruh dunia termasuk Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kebanyakkan lapangan terbang utama di serata dunia. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Sri Petaling. Jarak dari lapangan terbang ke Sri Petaling hanya 57 km atau 46 minit masa pemanduan dari lapangan terbang.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Selatan atau Utara, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Sri Petaling.

Menggunakan Kereta Api

Sri Petaling boleh dihubungi dengan mudah melalui keretapi. Anda boleh menaiki LRT atau monorel dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) atau lain-lain stesen LRT ke Stesen Sri Petaling. Dari stesen anda boleh menaiki teksi tambang murah atau bas untuk ke mana-mana destinasi utama di sekitar Sri Petaling.

Menggunakan Bas

Anda boleh ke Sri Petaling dengan menaiki bas Rapid KL U71 dari Stesen LRT Pasar Seni ke Sri Petaling.

Tarikan Pelancongan

Bangunan Parlimen

Bangunan Parlimen ialah sebuah kompleks bangunan di mana ahli-ahli parlimen Malaysia bersidang. Bangunan ini terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur berhampiran dengan Tugu Negara. Kompleks ini mengandungi 2 bahagian, mempunyai 3 tingkat di bangunan utama dan menara 17 tingkat. Bangunan utama menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, manakala pejabat ahli parlimen terletak di menara.

Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Bukit Jalil merupakan taman rekreasi yang terkenal di bahagian selatan pusat Bandar Kuala Lumpur pada jarak lebih kurang 20km dari pusat Bandar. Aktiviti dan kemudahan yang terdapat disini merangkumi kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, trek jogging dan laluan pejalan kaki, stesen senaman, laluan refleksologi, taman bunga, tasik, taman antarabangsa dan kawasan senaman khas untuk golongan orang kurang upaya. Salah satu tarikan utama di sini ialah taman antarabangsa yang mempamerkan taman yang mewakili 10 negara yang berbeza. Terdapat beberapa kawasan curam lengkap dengan tangga untuk mereka yang inginkan senaman yang lebih mencabar.

Hutan Simpan Bukit Gasing

Sekiranya anda meminati alam semulajadi, anda boleh mengunjungi Bukit Gasing Forest Reserve yang terletak di tengah hutan Bandar Kuala Lumpur ini. Ianya merupakan kawasan yang diminati oleh penggemar alam semujadi yang dating ke sini untuk melihat monyet dan burung. Ianya merangkumi kawasan seluas 100 hektar yang menawarkan aktiviti sesuai untuk mendaki, berjalan atau bersiar-siar. Kawasan pintu masuk dikaki bukit Petaling Jaya ini terkenal sebagai tapak senaman tai-chi. Kawasan tertinggi di Bukit Gasing ini berada pada ketinggian 160 meter dan akan memberikan anda pemandangan panorama Kuala Lumpur dan Petaling jaya.

Pusat Membeli-belah The Mines

Anda boleh meluangkan masa dengan aktiviti membeli belah di Pusat Membeli Belah The Mines yang terletak hanya 5km dari Sri Petaling. Pusat membeli belah ini adalah satu-satunya pusat membeli belah yang mempunyai terusan air yang memasuki terus ke dalam kompleks. Terusan ini menghubungkan dua bekas lombong bijih timah yang dipanggil sebagai Tasik Utara dan Tasik Selatan. Anda boleh berehat sambil bersiar-siar dengan menaiki bot yang dikenali sebagai teksi air dengan 2 pilihan pelayaran iaitu pelayaran 15 minit atau pelayaran 45 minit yang akan membawa anda mengelilingi ke salah satu tasik atau kedua-duanya sekali. Anda boleh menikmati pengalaman mini Venice di Malaysia.

Sunway Lagoon Theme Park

Anda boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Taman Tema Air Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Subang jaya pada jarak hanya 9km dari Sri Petaling. Ianya menawarkan lebih daripada 90 tarikan seperti Taman Hiburan, Taman Air, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem, Taman Jeritan dan Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia dan Nickelodeon Lost Lagoon. Taman tema ini juga turut menganjurkan beberapa acara peringkat antarabangsa.

Hotel

Hotel Sri Petaling

Penginapan di Hotel Sri Petaling merupakan pilihan tepat sekiranya anda berkunjung ke Sri Petaling. Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di Pusat Bandar Sri Petaling dan berhampiran dengan Stesen Sri Petaling iaitu hanya pada jarak 0.9 km. Untuk para pengunjung yang mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, Hotel Sri Petaling merupakan pilihan yang tepat untuk anda sepanjang berada di Sri Petaling.

Vio Hotel Sri Petaling

Vio Hotel Sri Petaling terletak di pusat Bandar Sri Petaling. Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan kemudahan awam seperti stesen LRT Sri Petaling pada jarak 0.8 km dan Stesen LRT Bukit Jalil hanya pada jarak 0.95 km. Untuk para pengunjung yang mencari penginapan selesa pada harga berpatutan, Vio Hotel Sri Petaling merupakan pilihan tepat yang menawarkan kemudahan asas yang lengkap dengan perkhidmatan yang baik.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved