Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8275 Hotel)
    >
  3. Penang
    (646 Hotel)
    >
  4. Seberang Perai
    (96 Hotel)
    >
  5. Sungai Jawi
    (3 Hotel)

Hotel Mewah di Sungai Jawi, Seberang Perai

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 09 Dis 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Sungai Jawi

Popular Landmark
Hijauan Hills Waterside Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Sungai Jawi

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Sungai Jawi dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Sungai Jawi akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohammad Z. B. A. B.
Ini adalah profil peribadi.
1 Aug 2021
Ok...cuma wifi mengecewakan,tiada rangkaian didalam bilik

Tentang

Sungai Jawi merupakan sebuah bandar pentadbiran yang terletak di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Ia mendapat namanya sempena sebatang sungai yang mengalir melalui kawasan tersebut, iaitu Sungai Jawi. Kampung utama di kawasan itu juga dikenali sebagai Sungai Jawi yang terletak di timur laut Nibong Tebal. Mukim Jawi terletak di antara Valdor di utara dan Nibong Tebal di selatan. Rumah-rumah kampung lama telah digantikan dengan kedai-kedai komersial yang moden. Antara kampung dan penempatan di kawasan Jawi termasuklah Kampung Jawi, Pekan Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Kampung Makau Suah, Taman Seruling Emas, Taman Kesuma dan Kampung Changkat Diam. Selain itu, bandar-bandar berdekatan di Sungai Jawi ialah Nibong Tebal, Sungai Bakap, Valdor dan Bukit Panchor serta pusat membeli-belah utamanya atau pusat pasarayanya adalah Econsave Jawi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta Api

Dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, ia mengambil masa 3 jam 24 minit dan kos tiket adalah kira-kira RM 60 hingga RM 95 bergantung pada tempat duduk.

Menggunakan Kereta

Perjalanan dengan kereta menggunakan sekitar 3 jam dan 20 minit dari Kuala Lumpur dengan lebuh raya Utara-Selatan ke Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Tarikan Pelancongan

Taman Burung Pulau Pinang

Ditubuhkan sejak 1988, taman seluas 5 hektar ini terletak 18 minit dari Sungai Jawi dan mempunyai koleksi lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia, yang mana lebih daripada 150 spesies dari Malaysia. Terdapat burung kenyalang, burung kelicap, dan burung merak. Kesemua burung-burung di sini ditempatkan di dalam lebih daripada 150 buah sangkar bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaan. Selain burung, terdapat juga pelbagai haiwan seperti buaya muara, arapaima yang merupakan ikan air tawar dari Sungai Amazon, Amerika Selatan, ular sawa gergasi sepanjang 18 kaki, kura-kura raksasa berkulit lembut dan lebih dari 20 jenis monyet. Terdapat tempat letak kereta percuma untuk para pengunjung. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM 10, kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) ialah RM 5, kanak-kanak dengan pakaian seragam sekolah dikenakan RM2, perkhidmatan sewa kamera dikena RM1, manakala orang kurang upaya dibenarkan masuk secara percuma. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam, termasuk hujung minggu dan hari cuti umum.

Hotel

Eastin Hotel

Eastin Hotel Penang terletak di sebelah Queensbay Mall. Hotel ini menawarkan spa dan bilik-bilik moden dengan Wi-Fi percuma. Setiap biliknya dilengkapi dengan bar mini dan TV berskrin rata, kemudahan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian percuma. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan penyewaan kereta dan tempat letak kenderaan percuma serta perkhidmatan dobi dan menyeterika pakaian. Tetamu juga boleh berenang di kolam renang terbuka atau bersenam di pusat kecergasan Eastin Hotel Penang. Swez Brasserie di Eastin Hotel Penang menawarkan hidangan antarabangsa dan tempatan, manakala lounge di lobi menyediakan pelbagai minuman, kek dan pastri. Kemudahan lain termasuklah bilik mesyuarat dan penyediaan jamuan turut disediakan bagi ruang untuk keperluan ahli keluarga atau ahli perniagaan.

The Light Hotel

Mempunyai kolam renang terbuka serta pusat sukan, The Light Hotel, Penang terletak 7.4 kilometer dari Masjid Negeri dan 26 kilometer jaraknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Ia menawarkan penginapan moden dan bergaya dengan akses WiFi percuma di seluruh bilik dan kawasan awam, kawasan tempat duduk dan televisyen. Terdapat juga kemudahan menyeterika pakaian dan pengering rambut yang disediakan atas permintaan serta tempat meletak kenderaan peribadi percuma untuk tetamu. Pengendalian kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan menyediakan kemudahan perniagaan pelbagai fungsi turut disediakan. Di The Light Hotel, Pulau Pinang, para tetamu boleh menikmati urutan asli di spa atau berehat di kemudahan sauna. Di samping itu, kakitangan yang mesra dan komited di sini boleh membantu dengan pengurusan bagasi, perkhidmatan menjaga anak serta mengatur lawatan. Selain itu juga, restorannya juga menyajikan pilihan hidangan tempatan dan Asia yang pelbagai.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka