1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Penang
    (742 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (632 Hotel)
    >
  5. Bayan Lepas
    (55 Hotel)

Hotel di Sungai Nibong

Bayan Lepas, Pulau Pinang ยท 3 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Sungai Nibong adalah bandar satelit kepada bandar Georgetown, Pulau Pinang. Sungai Nibong telah dinamakan bersempena dengan sebuah sungai yang mengalir melalui sebuah kawasan yang pada zaman dahulunya dipenuhi dengan pokok nibong yang menghasilkan kayu-kayan yang sesuai dijadikan sebagai bahan binaan. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah Tokong Ular Bayan Lepas, Muzium Perang Pulau Pinang dan Akuarium Pulau Pinang. Akhiri hari anda di beberapa hotel di Sungai Nibong untuk pengalaman penginapan yang selesa. Teruja menyambut musim perayaan? ๐ŸŽ… Traveloka sedia memeriahkan pengembaraan anda dengan tawaran eksklusif! Dari 29 November hingga 3 Januari 2024, nikmati diskaun menarik sehingga RM 1800 untuk tiket penerbangan, penginapan selesa, dan tiket atraksi yang mengujakan! ๐ŸŒŸโœˆ๏ธ๐Ÿจ Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna. Klik banner di bawah untuk menuntut diskaun dan rancang pengembaraan serba seru anda bersama Traveloka! ๐ŸŽ๐ŸŒ

Traveloka Year End Sale di Malaysia

Hotel popular di Sungai Nibong

EXTERIOR_BUILDING U Hotel Penang

U Hotel Penang

Hotel
Sungai Nibong, Bayan Lepas
Mengagumkan
8.7
(576 Reviews)
Bersih, servis yang bagus dan selesa.
Lihat Harga
BEDROOM Island Hostel

Island Hostel

Hostel
Sungai Nibong, Bayan Lepas
Mengagumkan
8.9
(53 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Lee Luxury Home

Lee Luxury Home

Rumah
Sungai Nibong, Bayan Lepas
Lihat Harga
See all 3 Hotels near Sungai Nibong

Facts about hotel in Sungai Nibong

Total Accommodation
3 Properties
Popular Hotel
U Hotel Penang, Island Hostel

Ulasan Tetamu dari Hotel di Sungai Nibong

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Sungai Nibong dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Sungai Nibong akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Al Hafiz B. R.
Ini adalah profil peribadi.
29 Apr 2019
Terbaik, layanan mesra owner hostel, lokasi yang strategik, banyak kemudahan, memang betul-betul puas hati, lepas ni boleh datang lagi.

Soalan lazim tentang Sungai Nibong

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Sungai Nibong?

Kawasan terbaik untuk tinggal di Sungai Nibong ialah Bukit Jambul, Queensbay.

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Sungai Nibong?

Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah U Hotel Penang, Island Hostel, Lee Luxury Home.

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Sungai Nibong?

Buat masa ini, terdapat sekitar 3 hotel yang boleh anda tempah di Sungai Nibong

Tentang

Sungai Nibong adalah bandar satelit kepada bandar Georgetown di Pulau Pinang, yang terletak berhampiran dengan Batu Uban dan Jambatan Pulau Pinang. Sungai Nibong telah dinamakan bersempena dengan sebuah sungai yang mengalir melalui sebuah kawasan yang pada zaman dahulunya dipenuhi dengan pokok nibong. Pokok nibong menghasilkan kayu-kayan yang sesuai dijadikan sebagai bahan binaan. Sungai Nibong turut dikenali sebagai tapak penganjuran tahunan Festival Pulau Pinang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal TerbangTerdapat penerbangan ke Pulau Pinang disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Bayan Lepas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Sungai Nibong.

Menggunakan KeretaPemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan ProjekLebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan mengikut laluan menghala ke Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Pinang. Sejak 2014, Jambatan Kedua Pulau Pinang juga telah dibuka. Setelah melepasi sama ada Jambatan Pulau Pinang ataupun Jambatan Kedua Pulau Pinang, papantanda penunjuk arah membantu dalam meneruskan perjalanan menuju ke Sungai Nibong.

Menggunakan BasTerminal bas ekspres terletak di Sungai Nibong. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Transnasional, Fivestars, PLUSLiner, Ekspres Nice, Ekspres Mutiara dan banyak lagi.

Menggunakan Kereta ApiKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan laluan perjalanan harian ke Butterworth dari Kuala Lumpur. Dari stesen keretapi Butterworth, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk menuju ke Sungai Nibong.

Tarikan Pelancongan

Tokong Ular Bayan LepasTidak seperti rumah ibadat lain yang biasa, meja-meja, laluan pejalan kaki, tiang-tiang serta tempat penyembahan di tokong ini dilingkari oleh pelbagai pematuk licik. Pengunjung dijanjikan dengan pengalaman berdepan dengan sejumlah spesis ular yang jarang ditemui, termasuklah ular tedung selar dan ular sawa batik. Meskipun kesemua ular telah dinyahbisa dan colok yang tebal dibakar bagi mengekalkan keadaan khayalnya, pengunjung tetap dilarang daripada mengangkat atau mengalihkan makhluk yang melingkar ini memandangkan taringnya masih melekap. Anehnya, penyembah setia di tokong ini masih mempertahankan bahawa kehadiran ular-ular ke tokong ini adalah disebabkan naluri semulajadinya untuk ke situ.

Muzium Perang Pulau PinangMuzium Perang Pulau Pinang di Batu Maung adalah lokasi terletaknya kubu British yang telah dibina bagi menangkis ancaman serangan pihak Jepun yang akhirnya tidak pernah berlaku. Terdapat banyak artifak menarik yang dipamerkan termasuklah barangan senjata dan jerangkap samar sehinggalah ke pakaian beruniform serta peta strategi. Sebahagian barangan pameran boleh didapati di aras bawah tanah yang pernah digunakan sebagai tempat menyimpan peluru. Beberapa terowong lama yang pernah digunakan oleh pasukan tentera British juga boleh diteroka. Walaubagaimanapun, pengunjung diingatkan untuk berwaspada terhadap beberapa bukaan yang berlubang dalam yang mungkin membahayakan keselamatan anak kecil.

Akuarium Pulau PinangAkuarium Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan menempatkan sejumlah 25 tangki ikan di bahagian akuarium tertutupnya. Pengunjung berpeluang untuk mendekati sebahagian spesis eksotik yang cantik seperti belut laut kepala kelabu, ikan singa dan ikan keli gergasi. Di bahagian taman terbuka pula, terdapat sebuah kolam ikan koi dan kap serta kolam penyu dan beberapa buah tangki berisi invertebrata seperti tapak sulaiman dan gamat.

Queensbay MallDiiktiraf sebagai pusat membeli-belah terbesar di Pulau Pinang, kedudukannya di tengah-tengah Bayan Lepas menawarkan pemandangan merentasi perairan Pulau Jerejak dan Jambatan Pulau Pinang. Pusat membeli-belah ini mempunyai 5 aras perniagaan yang menerapkan konsep tingkat perjalanan aliran rendah dari satu hujung ke hujung yang lain memaparkan jenama antarabangsa dan tempatan termasuklah bahagian fesyen, gaya hidup, makanan, hiburan, sukan, elektronik, kelengkapan rumah, perhiasan serta keperluan harian.

Hotel

Lemon InnHotel ini menawarkan penginapan selesa dan menyenangkan sepanjang berada di Georgetown, yang berdekatan dengan Sungai Nibong. Lokasinya di dalam lingkungan kawasan bandar memudahkan untuk menuju ke destinasi pilihan. Ini merupakan pilihan bajet terbaik buat semua.

Hotel Bellevue The Penang Hill Hotel bersejarah ini pernah menjadi kediaman kepada Encik Halliburton, syerif pertama Pulau Pinang sekitar kurun ke-18. Ianya merupakan hotel 12 bilik bergaya colonial yang ditata ringkas, bersih dan kemas yang terletak di Bukit Bendera, yang berdekatan dengan Sungai Nibong. Penginapnya berpeluang menikmati keindahan pemandangan sambil berehat di taman kelilingnya.

Hotel AG Hotel ini merupakan pilihan popular di kalangan pengembara sepanjang berada di Gelugor, yang berdekatan dengan Sungai Nibong. Tambahan pula, hotel ini terletak di lokasi yang baik dan memudahkan perjalanan menuju ke destinasi pilihan.

Suite Straits Garden Bagi percutian keluarga mahupun bersantai, hotel ini menjanjikan keselesaan yang memuaskan sepanjang berada di Georgetown, yang berdekatan dengan Sungai Nibong. Ia memberikan kemudahan serta perkhidmatan terbaik yang ideal untuk keseronokan beristirehat.

Hotel Equatorial Penang Ini merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang terletak di Bukit Jambul, yang berdekatan dengan Sungai Nibong menampilkan pemandangan yang indah. Ia menawarkan bilik penginapan mewah, ditata dengan citarasa berkelas tinggi beserta perkhidmatan terbaik bagi memastikan keselesaan sepanjang penginapan. Kemudahan hotel dilanjutkan dengan pusat riadah serba lengkap, kolam renang terbuka dan lapang, gelanggang tenis dan skuasy di samping pusat fasiliti urusan perniagaan.

Other Popular Hotels in Sungai Nibong

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright ยฉ 2024 Traveloka. All rights reserved