Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8381 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (511 Hotel)
    >
  4. Kuala Muda
    (43 Hotel)
    >
  5. Sungai Petani
    (40 Hotel)

Hotel Mewah di Sungai Petani, Kuala Muda

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 04 Okt 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk
EXTERIOR_BUILDING Purest Hotel Sungai Petani

Purest Hotel Sungai Petani

Hotel
Sungai Petani, Kuala Muda
Mengagumkan
8.7
(162 Reviews)
Selesa untuk penginapan keluarga dan pelancong.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort

Resort
Sungai Petani, Kuala Muda
Menyenangkan
8.2
(343 Reviews)
Bilik yang besar, bersih dan selesa.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Sungai Petani

Hotel
Sungai Petani, Kuala Muda
Mengagumkan
8.7
(601 Reviews)
Bilik yang luas dan besar, staff yang peramah, keadaan bilik yang bersih dan selesa, swimming pool yang sesuai dengan anak-anak remaja.
Lihat Harga
See all 40 Hotels in Sungai Petani

Facts about Sungai Petani

Popular Hotel
Purest Hotel Sungai Petani, Cinta Sayang Resort
Popular Landmark
Sungai Petani Golf Club, Menara MPSPK

Ulasan Tetamu dari Hotel di Sungai Petani

8.6
Mengagumkan
2,862 ulasan dari hotel di Sungai Petani dengan purata penarafan 8.6/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Sungai Petani akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Shaharuddin B. M. S.
Ini adalah profil peribadi.
17 Aug 2020
Bilik bersih dan parking pun ok.
Haslan B.
Ini adalah profil peribadi.
18 May 2023
Kedudukan sesuai untuk famili, kedai makan berhampiran mudah dengan berjalan kaki sahaja..
Mohd H. B. M. Z.
Ini adalah profil peribadi.
8 Mar 2020
selesa. kolam renang kanak2 pun besar
MUSHITAH B. M. M.
Ini adalah profil peribadi.
22 May 2021
ok la berpatutan dengan harga.cuma yang leceh nya xde lift.. yang lain ok..layanan staff sangat ok
Samsudin A. K.
Ini adalah profil peribadi.
14 Dec 2019
Menarik, bersih dan selesa. Dekat dengan mesjid.
SITI M. A. G.
Ini adalah profil peribadi.
10 Nov 2022
Bilik dan hotel ok, cuma tangga agak tinggi untuk naik ke tingkat 1. Kalau warga emas atau yang ada masalah kaki, pastikan request bilik ground floor
Ikhwan B. I.
Ini adalah profil peribadi.
21 Apr 2023
Bilik kurang bersih, dinding berdaki. Bangunan lama. Tengok gambar yang diberi, tu bangunan baru indah kabar dari rupa. Tandas berdaki, kurang bersih.
Norhazana Y.
Ini adalah profil peribadi.
15 Jan 2023
Executive business. Sangat selesa untuk family besar. Ada dua ruang. Ada dua tv dan ruang kerja yang selesa. Makanan untuk breakfast kena dengan selera. 👍 swimming pool selesa.
Muhammad S.
Ini adalah profil peribadi.
22 Apr 2020
Bilik single..Ada bilik mandi, cuma tandas di luar bilik..Shower tekanan tinggi, best untuk mandi..Bilik bersih..Aircond pula kurang sejuk..Ada lif..Berbaloi dengan harga, sesuai untuk seorang traveller..

Tentang

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah dan terletak kira-kira 55 kilometer di selatan Alor Setar dan 33 kilometer timur laut di George Town. Menurut sejarah, Sungai Petani telah mula terlibat dengan industri berat sejak tahun 1990-an apabila syarikat Jepun dan lain-lain syarikat antarabangsa mula menubuhkan kilang pembuatan di sekitar bandarnya. Terdapat industri kecil dan sederhana yang memainkan peranan yang penting dalam ekonomi tempatan. Industri ini menghasilkan pelbagai produk daripada semikonduktor ke tiub televisyen. Produk-produk yang yang turut dihasilkan di sini adalah seperti tekstil dan produk kayu.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Sungai Petani mudah diakses menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (E1). Dari Kuala Lumpur menuju utara ke Alor Setar, anggaran jarak sekitar 400 kilometer. Ia hanya mengambil masa kira-kira 20-30 minit perjalanan sahaja dari tol PLUS Sungai Dua.

Menggunakan Bas

Perjalanan bas dari Terminal Bas Bersepadu (TBS) Kuala Lumpur yang berharga sekitar RM40 dan mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan.

Tarikan Pelancongan

Taman Air Carnivall

Carnivall merupakan taman air yang baru dibuka di Sungai Petani dengan bertemakan Cinta Sayang Golf and Country Resort. Ia merupakan taman air pertama di Kedah dan mula dibuka pada 25 Disember 2006. Jaraknya adalah kira-kira 15 minit dari bandar Sungai Petani dan ia adalah taman tema air yang indah. Terdapat banyak kemudahan disediakan untuk para pengunjung dan mereka berpeluang menikmati pelbagai permainan yang tersedia di sini. Harga tiket pada hari bekerja adalah RM 25 (dewasa), RM 22 (kanak-kanak) manakala pada hujung minggu dan cuti umum adalah orang RM 36 (dewasa) dan RM 33 (kanak-kanak).

The Tree Top Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari bandar Sungai Petani. Pengunjung berpeluang berjalan kaki di atas kanopi hutan terpanjang di dunia iaitu 925 meter dan ketinggian 26 meter di atas tanah hutan pada titik tertinggi. Ia dibina di tanah rendah dipterokarp Hutan Simpan Gunung Inas. Pengunjung boleh menikmati pemandangan sungai yang mengagumkan serta keindahan flora dan fauna yang sangat menarik di Kedah. Ia mengambil masa selama 14 bulan untuk dibina dan selesai pada bulan Mac 2005. Tarikan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali semasa keadaan cuaca yang melampau seperti hujan, petir atau keadaan yang sangat berangin. Pengunjung dinasihatkan supaya memakai kasut atau sandal yang betul. Anda diminta menghubungi atau e-mel orang yang bertanggungjawab terlebih dahulu jika anda membawa kumpulan pelancong. Anda juga dimohon untuk memaklumkan waktu ketibaan dan anggaran peserta rombongan yang dibawa.

Hotel

Park Avenue Hotel

Terletak di Taman Sejati Kedah, Park Avenue Hotel Sungai Petani mempunyai kira-kira 204 buah bilik tetamu yang indah dengan akses internet percuma, penghawa dingin, perkhidmatan kejut pada waktu pagi serta meja di dalam bilik. Semua bilik di Park Avenue Sungai Petani dilengkapi dengan bar mini serta pembuat kopi dan teh. Kemudahan menyeterika dan peti deposit keselamatan juga disediakan untuk kemudahan para tetamu yang hadir. Hotel ini juga mempunyai laluan mudah ke tempat-tempat menarik di bandar ini seperti Petani Parade, Masjid Kariah Batang Gedong, Econsave. Hotel ini turut menawarkan pelbagai peluang rekreasi seperti tempat bermain bowling, pusat kecergasan, kolam renang, pusat urut, kolam renang (kanak-kanak). Para tetamu juga boleh menikmati permainan snuker atau menyanyi di ruang karaoke. Selain itu, hiburan juga disediakan di Piano Lobby dan tetamu boleh menjamu selera di The Bistro and Lounge di mana kumpulan kugiran secara langsung membuat persembahan.

Cinta Sayang Resort

Terletak di Sungai Petani, Cinta Sayang Resort berada kira-kira 48 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Resort ini juga menawarkan bilik dan ruang yang kondusif berhawa dingin dengan WiFi percuma. Setiap bilik mempunyai bar mini dan peti sejuk, TV satelit skrin rata, ruang tempat duduk dan cerek elektrik. Terdapat juga bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, pengering rambut, jubah mandi dan peralatan mandian percuma. Kemudahan lain termasuk perkhidmatan bilik 24-jam, Wi-Fi percuma di semua bilik, keselamatan 24-jam, kedai serbaneka dan pengemasan harian. Tetamu juga boleh bersenam di pusat kecergasan di resort atau menikmati kemudahan rekreasi seperti gelanggang tenis dan karaoke.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka