Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8243 Hotel)
    >
  3. Kuala Lumpur
    (1676 Hotel)
    >
  4. Setapak
    (43 Hotel)

Hotel Mewah di Taman Melawati, Kuala Lumpur

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 02 Dis 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Facts about Taman Melawati

Popular Landmark
National Zoo of Malaysia

Ulasan Tetamu dari Hotel di Taman Melawati

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Taman Melawati dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Taman Melawati akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Norjayawati b. H.
Ini adalah profil peribadi.
16 Jun 2023
Bilik hotel dan tandas oke, bersih, cuma tuala yang disediakan itu perlu ditukar dan dibasuh bersih dan tidak berbau hapak.
Suriani b. b.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
4 Feb 2019
Tidak memuaskan, aircond tak sejuk, cerek tiada, air minuman tiada.
Faris M.
Ini adalah profil peribadi.
12 Jan 2022
Jijik & ngeri! Pada mulanya, sebelum menempah bilik ini, saya menghubungi pihak hotel untuk bertanya “availability” bilik walaupun dalam sistem app, bilik adalah tersedia. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, saya tetap dapatkan kepastian daripada pihak hotel. Namun jawaban daripada staff hotel tersebut mengecewakan kerana saya tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan. Disebabkan jam menghampiri 1 pagi, saya tiada pilihan melainkan menempah terus dan yakin dengan sistem app. Sampai je di hotel. Saya terus check in. Saya agak terkilan pada awalnya kerana dimaklumkan oleh staff hotel berkenaan bahawa bilik yang saya tempah tiada melainkan bilik lebih kecil. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya memilih bilik berkenaan (kerana saya bersama 2 orang anak & seorang isteri, mana muat bilik kecil). Akhirnya staff berkenaan bagi juga kunci bilik seperti tempahan saya di app iaitu satu katil single dan 1 katil queen. Masalahnya, bilik berkenaan mengalami kerosakan pada tombol (kunci) kerana saya dimaklumkan oleh staff berkenaan, bilik berkenaan baru sahaja dipecahkan oleh pihak berkuasa agama kerana ada pasangan buat “projek” dalam bilik berkenaan. Mengerikan! Saya reda kerana dah lewat malam. Anak-anak semua dah penat dan mengantuk. Cukup dapat tidur pun dah ok. Masuk je bilik, isteri saya buka pintu tandas dan keluar bau yang tidak menyenangkan. Rupanya ada setompok tahi kucing dalam tandas tersebut. Saya terus memanggil staff berkenaan untuk membersihkan tahi tersebut. Menjijikkan! Akhirnya, saya cuba bertanya sekiranya saya boleh tukar bilik yang lebih baik dan perlukah saya membayar bayaran tambah. Staff tersebut memaklumkan bahawa saya boleh tukar bilik dengan “bayaran senyap-senyap”. Ini bermakna, bermula saya menghubungi beliau daripada awal saya hendak menempah hotel berkenaan, beliau sebenarnya cuba memanipulasikan keadaan dan “memujuk” saya secara halus untuk membuat “bayaran tambahan senyap-senyap” kepada beliau. Menggerunkan! Saya berkeras untuk tidak membayar sesen pun duit tambahan dengan keadaan yang amat teruk tersebut. Akhirnya, saya dan keluarga tetap bermalan disitu dan keluar pagi-pagi lagi untuk ke tempat lain. Saya rasa, selama saya menempah dan bermalam di mana-mana tempat penginapan spt hotel, inilah pengalaman yang paling buruk buat saya dan keluarga. Saya harap pihak hotel mengambil serius keadaan ini dan saya mohon pihak berwajib dan pihak berkuasa juga memantau hal ini. Kita adalah sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah negara maju serta pelancongan merupakan salah satu sumbangan besar terhadap ekonomi negara. Sekian!
Daryl K.
Ini adalah profil peribadi.
12 Jul 2022
Pihak pengurusan perlu menambah baik hotel ini. Kebersihan tidak baik dan koridor mengalami kebocoran air.
Jamaluddin
Ini adalah profil peribadi.
20 Feb 2020
pada akhirnya kami tidak menginap di rumah, sukar untuk mencari harta benda sejak ia berada di komuniti asas rumah dan kami mendaftar masuk pada jam 00.00 sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik, elektrik itu menjadi hitam, maka kami keluar dari harta itu.
Shahaliimran d. A.
Ini adalah profil peribadi.
30 Sep 2022
3 tingkat tanpa lif. Sarapan yang dijanjikan tetapi tiada sarapan pagi. Tandas sentiasa basah. Tiada pembuat kopi bilik hanya dispenser panas/sejuk di koridor.

Tentang

Taman Melawati adalah sebuah bandar berstatus mewah di dalam mukim Ulu Kelang, daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia terletak bersebelahan Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 dan dihubungkan dengan pusat bandar melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang. Sebelum ini, seluruh kawasan itu adalah ladang getah dan kelapa sawit sebelum dibangunkan sebagai perbandaran seumpamanya pada masa kini. Taman Melawati bersama-sama dengan Ulu Kelang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya, namun apa yang menjadikan Taman Melawati ini unik adalah ia merupakan satu-satunya bandar di kawasan Ulu Kelang yang mempunyai poskod yang terletak di bawah poskod kawasan Kuala Lumpur. Taman Melawati juga merupakan salah satu bandar yang tersibuk di Ulu Kelang, ini berikutan bandar ini juga adalah sebuah pusat perdagangan yang menempatkan banyak syarikat. Ini dibuktikan lagi dengan pembukaan pusat membeli-belah mewah yang dibangunkan secara bersama oleh Sime Darby dan CapitaLand. Dinamakan sebagai Melawati Mall, ia adalah kompleks membeli-belah lapan tingkat dengan keluasan 620,000 kaki persegi yang membuka pintunya kepada khalayak umum sejak bulan Julai 2017.

Bagaimana untuk ke Sana

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu menerusi E9 dan Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 untuk akses segera ke Taman Melawati. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 20 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Kereta Api

Laluan kereta api yang menyediakan akses ke Taman Melawati adalah laluan LRT Sentul Timur yang berhenti di stesen Titiwangsa dan laluan LRT Gombak yang berhenti di stesen Sri Rampai. Dari stesen pusat di KL Sentral, pengunjung boleh menaiki kereta api mengikut salah satu daripada laluan ini dan berhenti di stesen-stesen yang tersebut sebelum memilih untuk menggunakan bas, teksi atau perkhidmatan pengangkutan alternatif untuk pergi bersiar-siar di kawasan itu.

Tarikan Pelancongan

Zoo Negara

Pada mulanya dibuka sebagai mini-zoo yang dikendalikan oleh Persatuan Agri-Horticultural Malaya (MAHA) pada tahun 1957, idea untuk membuka sebuah zoo yang elok diterima dengan baik oleh kerajaan pusat. Ini membawa kepada pembinaan Zoo Negara yang dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, zoo ini terletak di atas tanah seluas 110 ekar, yang menempatkan 5137 haiwan daripada 459 spesies yang berlainan. Zoo ini pada mulanya dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan tebal sehinggalah ledakan ekonomi di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an mencetuskan kerja-kerja pembangunan untuk yang terus menerus berlaku di kawasan itu. Pada awal tahun 2000, ada cadangan untuk memindahkan zoo ini ke tempat lain tetapi ia diterima secara negatif oleh orang awam, menyebabkan campur tangan oleh kerajaan negeri untuk menghalang usaha pemindahan tersebut. Pada masa ini, ia adalah zoo berkonsep terbuka dengan 16 kawasan pameran haiwan yang banyak serta bertindak sebagai pusat pemuliharaan untuk haiwan terancam dan pusat pendidikan untuk orang ramai.

Bukit Tabur Retreat

Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi apabila pengunjung berada di Taman Melawati ialah Bukit Tabur Retreat, yang boleh dilihat dari jauh apabila seseorang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2. Juga dikenali sebagai Bukit Hangus di kalangan penduduk setempat, ia adalah sebahagian daripada Klang Gates Quartz Ridge, maka bentuk muka buminya adalah berbatu. Dengan ketinggian kurang daripada 500 meter, bukit ini dibahagikan kepada bahagian timur dan barat dengan merujuk kepada empangan dan menawarkan pemandangan panoramik bandar Kuala Lumpur dari puncak bukit. Walaupun laluan barat lebih mesra pengunjung, pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laluan timur kerana dengan sedikit kecuaian sahaja boleh menjadi satu kemalangan maut.

Batu Caves

Terletak 20 minit jauhnya dari Taman Melawati, Batu Caves adalah bukit batu kapur yang menempatkan serangkaian gua dan kuil gua. Gua di bukit ini menempatkan beberapa kuil-kuil Hindu yang paling terkenal yang terletak di luar negara India. Di samping itu, Batu Caves juga merupakan pusat pembangunan pendakian di negara ini selama 10 tahun dengan sejumlah 160 laluan pendakian. Terdapat juga gua-gua yang belum dibangunkan di sekeliling bukit ini yang pastinya sesuai untuk pengunjung bersiar-siar melihat flora dan fauna.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka