1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8946 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (738 Hotel)
    >
  4. Cameron Highlands
    (193 Hotel)
    >
  5. Tanah Rata
    (113 Hotel)

Hotel Mewah di Tanah Rata, Cameron Highlands

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
EXTERIOR_BUILDING Zenith Hotel Cameron

Zenith Hotel Cameron

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Mengagumkan
8.8
(97 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Cameron Highlands Resort - Small Luxury Hotels of the World

Cameron Highlands Resort - Small Luxury Hotels of the World

Resort
Tanah Rata, Cameron Highlands
Mengagumkan
9.0
(32 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Century Pines Resort Cameron Highlands

Century Pines Resort Cameron Highlands

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Mengagumkan
8.4
(1114 Reviews)
Bilik yang selesa dan dekorasi yang cantik. Sesuai untuk percutian. Service ok.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron Highlands

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Mengagumkan
8.6
(345 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Smokehouse Hotel Cameron Highlands

The Smokehouse Hotel Cameron Highlands

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Mengagumkan
8.3
(59 Reviews)
Lihat Harga

Strawberry Park Resort Cameron Highland

Lain-lain
Tanah Rata, Cameron Highlands
Lihat Harga
Hotel Exterior Hotel De' la Ferns, Cameron Highlands

Hotel De' la Ferns, Cameron Highlands

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Lihat Harga
BATHROOM The Smokehouse Hotel

The Smokehouse Hotel

Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands
Lihat Harga
Other SKY PURPLE @CH

SKY PURPLE @CH

Lain-lain
Tanah Rata, Cameron Highlands
Lihat Harga
See all 113 Hotels near Tanah Rata

Facts about hotel in Tanah Rata

Popular Hotel
Zenith Hotel Cameron, Cameron Highlands Resort - Small Luxury Hotels of the World
Popular Landmark
Cameron Highlands, Cameron Highlands Golf Club

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tanah Rata

8.5
Mengagumkan
11,617 ulasan dari hotel di Tanah Rata dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tanah Rata akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
NOOR H. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
3 Oct 2023
Bilik hotel yang luas dan bersih.
Mohd R. B. I.
Ini adalah profil peribadi.
22 Feb 2024
Expectation saya tinggi pada hotel ini pada mulanya tetapi meleset. Bilik ok tetapi satu botol air mineral tidak disediakan. Tak seperti hotel lain. Setrika tidak disediakan juga dan pada pagi keesokkan bangun untuk mandi, air panas sahaja ada dan air sejuk tiada. Mohon improve.
Guest
Ini adalah profil peribadi.
19 Dec 2023
Best! Staf oke. Bilik pun oke. Will repeat again.
Norhasyimah
Ini adalah profil peribadi.
26 Oct 2023
Hotel yang bersih dan kemas, sangat berpuas hati.
Anwaruddin J.
Ini adalah profil peribadi.
22 Jun 2023
Tengok dari luar nampak cantik, masuk bilik barang dalam old school, dah macam masuk dalam rumah lama. First and last tido situ.
Mama H.
Ini adalah profil peribadi.
29 Feb 2024
Sangatt bestt. Nti g lg. Blik ok. Buffet sarapan byk. Layanan ok. Parking semua mudah
NIK N. H. B. N. R.
Ini adalah profil peribadi.
15 Feb 2024
Katil banyak, muat untuk family 6 org... tempat yang best untuk menginap, next nak datang lagi, plan last minit, so xdpat enjoy..
Amirul F. B. H.
Ini adalah profil peribadi.
31 May 2022
Bersih dan besar, terbaik, boleh repeat lagi hotel, kedai pun dekat

Tentang

Tanah Rata merupakan sebuah perbandaran terbesar Cameron Highlands, yang terletak di bahagian hujung barat daya Pahang, kira-kira 90km dari Ipoh dan hampir 200km dari Kuala Lumpur. Nama “Tanah Rata” adalah bermaksud dataran landai dalam Bahasa Melayu dan ianya merujuk kepada kawasan landai di mana terletaknya bandar itu di sebalik lembah di kalangan rumpun tanah tinggi. Tanah Rata mempunyai kebanyakan kemudahan dan perkhidmatan yang menjadikannya seolah-olah pusat pentadbiran bagi Cameron Highlands, termasuklah majlis perbandaran, kemudahan perbankan dan ATM serta hospital utama di Cameron Highlands. Ia mempunyai populasi penduduk tempatan yang majmuk dan bahasa pertuturan termasuk Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Semai, Temiar, Mendriq, Punjabi dan Bahasa Inggeris.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Ipoh disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Malindo Air, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Ipoh, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tanah Rata.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan mengambil susur keluar Tapah ataupun Simpang Pulai sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Rata. Dari susur keluar Tapah, perjalanannya membawa ke laluan jalan lama dan berselekoh manakala dari susur keluar Simpang Pulai, laluan jalannya lebih baru dan memudahkan pemanduan.

Menggunakan Bas

Terminal bas tempatan terletak di Tanah Rata. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Ekspres Konsortium, Ekspres Unititi, Ekspres GT, CS Travel dan Syarikat Kenderaan Pahang Lin Siong.

Tarikan Pelancongan

Pejabat Pos Tanah Rata

Pejabat pos ini secara rasminya telah mula beroperasi sejak tahun 1956 dan masih menawarkan perkhidmatan “poste restante” kepada pengguna di mana pejabat pos ini bertindak untuk menyimpan sebarang kiriman sehingga dihubungi oleh penerimanya. Pejabat pos ini mempunyai hasil sentuhan batu yang menarik pada rupa luarannya serta masih mengekalkan peti-peti surat lama sejak dahulu lagi meskipun telah disapukan lapisan cat yang baru.

Ye Olde Smokehouse Inn

Mercutanda terkenal ini telah dibina sekitar tahun 1939 oleh William J. Warin menurut rekabentuk rumah asap yang terletak di Beck Row, Mildenhall, England, United Kingdom bagi meraikan segala yang bercirikan Inggeris. Bahagian dalaman hotel bergaya Tudor ini dilengkapi dengan pendiang api terbuka dan dinding berpanel kayu. Taman Inggeris di bahagian halaman luar mengarahkan pemandangan ke lapangan golf Sultan Ahmad Shah yang terletak di persimpangan jalan Tanah Rata-Brinchang.

Ladang Teh Bharat Tea

Ladang teh yang dijaga rapi sesuai bagi tujuan riadah berjalan santai dan menikmati pemandangan mengasyikkan. Terdapat sebuah kafe yang menghidangkan sajian teh Cameron Highlands yang baru dibru beserta dengan mufin dan skon ala Inggeris. Cameron Bharat Plantations merupakan pengeluar teh kedua terbesar di Malaysia, selepas BOH. Bermula pada tahun 1994, ia mula memperkenalkan barisan jenama teh Cameron Valley tea untuk pasaran pengguna.

Pakej Lawatan Rafflesia

Pakej lawatan berpandu meneroka hutan dengan pacuan 4 roda Land Rover bagi menyaksikan bunga terbesar di dunia, iaitu bunga Rafflesia. Walaubagaimanapun, peserta dinasihatkan untuk memastikan tentang kelancaran pakej lawatan dengan pihak pengendali program lawatan memandangkan sifat bunga ini yang bermusim. Hanya penyertaan berdaftar sahaja yang berpeluang untuk menghayati peristiwa Rafflesia berkembang pada sesi berikutnya dan bayaran pakej lawatan adalah tertakluk kepada terma ‘price on application (POA)’ sekiranya ada lawatan yang diaturkan.

Kedai Cenderahati Yung Seng

Sebuah kedai cenderahati yang menawarkan barangan kenang-kenangan tipikal Cameron Highlands di samping pilihan menarik barangan kraf dan ukiran kayu Orang Asli termasuklah pelbagai jenis sumpit beserta pelurunya. Terdapat juga suatu bahagian dinamakan Galeri Seni Mah Meri yang mempamerkan koleksi yang melebihi 30 tahun meliputi topeng serta ukiran kayu oleh kaum Mah Meri, orang asli yang mendiami Malaysia. Kebanyakan hasil ukiran ini telah mendapat anugerah Seal of Excellence daripada UNESCO kerana kesempurnaan dan kemahiran pertukangannya.

Hotel

Apartment Dreamscape @ Golden Hill

Hotel bercirikan teres ini terletak hampir dengan kawasan penempatan orang asli dan juga beberapa minit perjalanan berjalan kaki untuk ke Kelab Golf Cameron Highlands serta air terjun Parit. Pengunjung juga mempunyai kemudahan untuk bersiar-siar ke pasar malam yang diadakan di sekitar kawasan berdekatan. Setiap unit dilengkapi dengan baik dan sebahagiannya merangkumi ruang makan dan balkoni. Bilik-bilik adalah bersih dan disediakan dengan kemudahan sewajarnya termasuklah ruang parkir persendirian.

Resort Century Pines Cameron Highlands

Hotel ini berinspirasikan gaya Tudor dengan penampilan rekaan batu pasir dan kekuda bumbung. Ia menawarkan suasana damai dan menyenangkan dengan dikelilingi taman tropika Cameron Highlands. Biliknya ditata sempurna dan perkhidmatan yang baik diberikan pada setiap ketika. Pihak hotel sentiasa berusaha untuk menawan penginapnya dengan suasana ketenangan dan kedamaian saat beristirehat sepenuhnya.

Hotel Heritage Cameron Highlands

Hotel ini menawarkan pemandangan menyeluruh bandar Tanah Rata dan ianya didirikan dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Kehadiran taman yang diarca memberikan perasaan seolah-olah pengunjung sedang berada di kawasan kedesaan Inggeris yang lama. Hotel butik ini menggabungkan tradisi dengan keselesaan moden bagi menjamin penginapan yang menyenangkan.

Resort Cameron Highlands

Hotel butik ini menawarkan bilik-bilik yang ditata menawan menghadap pemandangan lapangan golf 18 lubang Cameron Highlands. Ianya juga menempatkan ‘Perkampungan Spa’ beranugerah yang menjuruskan kepada perawatan eksotik menggunakan kelebihan penyembuhan berasaskan daun teh Cameron Highlands. Hotel ini menyerlahkan seri kolonial menerusi pintu sorong Perancis yang tinggi, siling berkekubah kayu dan kekisi jendela yang mempesonakan penginapnya.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka