1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (944 Hotel)
    >
  4. Kota Kinabalu
    (540 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Kota...
    (448 Hotel)

Hotel Mewah di Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Tanjung Aru

VIEW_ATTRACTIONS Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Hotel
Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre
Mengagumkan
8.7
(67 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Aru Hotel

The Aru Hotel

Hotel
Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre
Lihat Harga
Hotel Exterior Deco Home @ Aru Suites

Deco Home @ Aru Suites

Apartmen
Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre
Lihat Harga
Hotel Exterior KWEN Suites-Tanjung Aru InfinityPool Seaview/Airport View

KWEN Suites-Tanjung Aru InfinityPool Seaview/Airport View

Apartmen
Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre
Lihat Harga
其他 Queensland Suites at Aru Suites, Kota Kinabalu

Queensland Suites at Aru Suites, Kota Kinabalu

Lain-lain
Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre
Lihat Harga
See all 18 Hotels near Tanjung Aru

Facts about hotel in Tanjung Aru

Popular Hotel
Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu, The Aru Hotel
Popular Landmark
Tanjung Aru Beach, Tanjung Aru Perdana Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tanjung Aru

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tanjung Aru dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tanjung Aru akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
faziela Z.
Ini adalah profil peribadi.
18 Mar 2024
Dapat bilik yang tak ada tingkap, then pihak hotel macam tak dapat maklumat awal yang saya dah booking hotel tu, ok la sebab murah nak tumpang tidur sekejap je
Aqeef A.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
31 Dec 2023
Terbaik. Bilik cantik dapat kali ni, bersih, anak-anak suka. Selesa lah. Cuma parking aja susah sikit, berebut nasib, ada juga kawanan depan sejalan boleh parking.
SITI N. A.
Ini adalah profil peribadi.
27 Aug 2023
Biliknya bersih dan recommended👍 love the new renovation. Tandas yang bersih dan alatan yang baru. Cuma peti ais perlu dibersihkan kerana agak kotor. Overall satisfied, sesuai dengan harga. Haega berpatutan, bilik yang selesa
Nadiah Y.
Ini adalah profil peribadi.
6 Sep 2020
Receptionist peramah. dua kali kne tukar bilik sb ekon lmbt sjuk dengan xdpt bilik yang ditempah..tp service pertukaran sangat terbaik..puas hati.
Mohd N. B. A. M.
Ini adalah profil peribadi.
12 Dec 2021
Staff dan owner yang paling terbaik dari segi layanan dan peramah terhadap pelawat..suasana pun aman tenteram serta selamat..sangat-sangat recommended untuk semua berlebihan berbaloi 👍🏻
Cheryl D. S.
Ini adalah profil peribadi.
17 Feb 2020
Keperluan dapur terlalu simple, perbanyakkan
FARAH F. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
5 Nov 2019
Sangat best! Bersih, selesa, even dalam dorm.

Tentang

Tanjung Aru adalah sebuah perbandaran dan juga daerah kecil atau mukim yang terletak di daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia. Tanjung Aru bersama-sama Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah, dengan kedudukan geografinya yang menghadap Laut China Selatan di pantai barat laut Borneo. Menurut sejarah, ia berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Brunei sedari abad ke-15. Kemudian British North Borneo Company (BNBC) menjejakkan kaki di Sabah pada abad ke-19 dengan menubuhkan penempatan di Pulau Gaya. Rancangan tersusun oleh Mat Salleh menyebabkan penempatan itu dimusnahkan api kemudiannya menyebabkan syarikat itu berpindah ke Api-api yang kelak dinamakan sebagai Jesselton, lalu Jesselton menjadi sebuah pelabuhan perdagangan utama.

Semasa pendudukan Jepun, kemusnahan yang berlaku terlalu besar bagi BNBC untuk membiayai kos pembaikan, maka kawalan ke atas Jesselton diserahkan kepada British Crown Colony. Selepas pembentukan Malaysia, Jesselton atau Borneo Utara kemudiannya dikenali sebagai Kota Kinabalu dengan Tanjung Aru sebagai daerah kecil di bawah Kota Kinabalu sehingga hari ini. Penamaan semula sebagai Kota Kinabalu adalah disebabkan oleh jarak bandar ini ke Gunung Kinabalu. Kemunculan Kota Kinabalu atau KK secara ringkas sebagai destinasi pelancongan ternama dan pintu masuk utama untuk pelancong yang datang ke Sabah seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung ke Tanjung Aru. Pada masa yang sama, dengan statusnya sebagai pusat perdagangan dan komersil yang penting bagi Malaysia Timur telah banyak membantu memacu pertumbuhan Kota Kinabalu pada kelajuan penuh, membolehkan ia diberikan status bandar sepenuhnya pada tahun 2000. Perkembangan Kota Kinabalu menyebabkan Tanjung Aru terus-menerus menerima tempias kerja-kerja pembangunan yang berterusan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila tiba di lapangan terbang, pengunjung boleh pergi ke Tanjung Aru menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ataupun teksi.

Tarikan Pelancongan

Pantai Tanjung Aru

Merupakan ciri utama di kawasan Tanjung Aru, Pantai Tanjung Aru terdiri daripada kawasan pantai yang memanjang sehingga 2 kilometer jauhnya dengan pelbagai bangunan pencakar langit baru dibina di sekitar kawasan itu. Walaupun dengan semua kerja-kerja pembangunan ini, pantai ini masih tidak mengecewakan dari segi pasir putihnya yang memukau, langitnya yang jelas dan pandangan laut biru yang menakjubkan. Untuk bertandang ke pantai ini adalah sesuatu yang mudah dari Kota Kinabalu, maka pastinya ia menjadi tempat yang mesti dilawati apabila pengunjung berada di Tanjung Aru. Mengambil namanya dari pohon casuarinas atau aru yang ditanam di sini, pantai ini adalah tempat yang sempurna untuk melihat matahari terbenam. Malah, ianya tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pemandangan matahari terbenam dari pantai ini adalah salah satu perkara paling hebat yang boleh ditawarkan di sini. Terdapat juga gerai makanan berdekatan menjual pelbagai makanan dan minuman kepada pelawat seperti jus kelapa dan jus tebu, sate ayam atau daging serta kacang kukus dan jagung. Terdapat juga restoran makanan laut berdekatan yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati makan malam yang elok selepas menyaksikan matahari terbenam yang cantik dari pantai. Terdapat juga resort berhampiran untuk penginapan pada waktu malam selepas seharian berjalan kaki di sekitar Tanjung Aru.

Tanjung Aru Perdana Park

Rasanya tidak lengkap untuk bercakap tentang Tanjung Aru tanpa menyebut taman ini. Taman rekreasi ini terletak di Jalan Tanjung Aru dan ianya mudah dijumpai jika pengunjung sudah berada berdekatan dengan Pantai Tanjung Aru. Ia adalah kawasan lapang yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan gera-gerai makan. Ia turut mempunyai trek larian dan merupakan tempat yang popular untuk mereka yang suka berlari. Selain dari laluan berjoging dan gerai makan yang ada, terdapat juga pancuran air berirama, yang disertai dengan lampu pada waktu malam. Air pancut diseragamkan secara sempurna dengan muzik yang dimainkan dan lampu yang menyertainya, mewujudkan paparan visual yang mempesonakan yang sememangnya menyeronokkan jika bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.

Hotel di Sekitarnya

Shangri La’s Tanjung Aru Resort & Spa

Hotel lima bintang yang berprestij yang terletak di 2C, Jalan Aru. Ia mempunyai kemudahan yang banyak seperti kolam renang, taman, perpustakaan, bilik kecergasan dan banyak lagi pada harga premium yang hebat untuk penginapan yang amat selesa.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved