1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Perak
    (553 Hotel)
    >
  4. Muallim
    (10 Hotel)
    >
  5. Tanjung Malim
    (8 Hotel)

Hotel Mewah di Tanjung Malim, Muallim

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Tanjung Malim

Popular Landmark
Tanjung Malim Railway Station, Masjid Al-Mursyidin

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tanjung Malim

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tanjung Malim dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tanjung Malim akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
sahar
Ini adalah profil peribadi.
2 Jan 2019
Harga yang mahal untuk hotel yang tidak seberapa. Tilam yang lembik menyebabkan sakit belakang
Naharul A.
Ini adalah profil peribadi.
27 Dec 2019
Berpatutan dan lokasi strategik. Cheap and satisfied.
Nur A. S.
Ini adalah profil peribadi.
3 Feb 2022
Staf dekat kaunter sombong macam bagus. Katil dan tilam patut dibuang
Azlan s. b. a.
Ini adalah profil peribadi.
13 Sep 2019
Sesuai untuk seisi keluarga n travel.
NOOR F. B. Z.
Ini adalah profil peribadi.
11 Feb 2020
Biliknya berbau. Request bilik mengadap bangunan katanya dah di bagi. Tapi resultnya mengecewakan.
Ari W.
Ini adalah profil peribadi.
29 Aug 2023
Receptionist dan staff tak jujur, barang i tinggal di dalam bilek die chek bilik mase check out sampai kebawah katil tak kan tak tengok baju i di gantung belakang pintu, orang bukan tinggal kat sane mesti die bagi lah barang pengunjung hotel, biar dapat kepercayaan dari cust. Betol-betol kecewa dengan hotel nih

Tentang

Tanjung Malim ialah sebuah bandar di dalam Daerah Muallim, Perak yang terletak di Selatan Bahagian Perak bersempadan dengan Negeri Selangor dan Pahang. Ianya lebih kurang 70km ke Utara Kuala Lumpur dan 120km ke Selatan Ipoh melalui lebuhraya Utara Selatan. Banjaran Titiwangsa yang terletak dibelakangnya dan Sungai Bernam dihadapannya menjadikan ianya sebagai pintu masuk ke Negeri Perak yang cantik untuk dikunjungi. Tanjung Malim terkenal sebagai pusat pembelajaran kerana ianya menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar di Selatan Perak. Berdasarkan kepada aktiviti ekonomi dan perindustrian seperti otomotif, pertanian dan perkilangan, Tanjung Malim dijangka akan menjadi bandar yang bakal membangun di bahagian Selatan Perak. Ianya diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kilang kereta nasional iaitu Proton di Bandar Proton dan pembangunan projek perumahan, kemudahan rekreasi dan lain-lain lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Tanjung Malim boleh dihubungi dengan penerbangan kerap dari KLIA ke Lapangan Terbang Penang dan Lapangan Terbang Johor ke Lapangan Terbang Ipoh. Selain itu, penerbangan dari Singapura juga disediakan ke Ipoh melalui penerbangan Firefly dan Tiger Air. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke Tanjung Malim.

Menggunakan Kereta

Tanjung Malim boleh dihubungi dengan jalanraya dari pusat bandar Kuala Lumpur atau Selatan tanahair melalui Lebuhraya Utara Selatan dan susur keluar di Tanjung Malim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam. Perjalanan dari Ipoh atau Utara tanahair juga turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan susur keluar di Behrang. Perjalanan akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 31 minit dari Ipoh ke Tanjung Malim.

Menggunakan Bas

Perjalanan menaiki bas merupakan pilihan alternatif untuk ke Tanjung Malim dengan menggunakan laluan dan masa perjalanan yang sama dengan perjalanan menaiki kereta ataupun teksi. Sekiranya anda datang dari Selatan tanahair, anda perlu menukar bas di Terminal Bas Puduraya, Kuala Lumpur dan menaiki bas seterusnya ke Tanjung Malim.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki KTM dari KL Sentral ke Tanjung Malim. KTM Tanjung Malim menghubungkan bandar Tanjung Malim dan ETS serta perkhidmatan Komuter. Tanjung Malim juga mempunyai 3 stesen lain iaitu di Behrang, Slim River dan Sungkai untuk tujuan pengangkutan keretapi kargo.

Tarikan Pelancongan

Air Terjun Strata

Sekranya anda mencari tempat berehat yang bersih, cantik dan sunyi, Air Terjun Strata merupakan kawasan yang sesuai untuk dikunjungi di Tanjung Malim. Air Terjun Strata terletak berhampiran dengan Bandar Proton di Tanjung Malim. Ianya merupakan air terjun yang sangat cantik dan menarik dengan mempunyai banyak laluan hutan untuk anda terokai. Ianya merupakan kawasan air terjun yang sempurna sesuai untuk aktiviti mandi manda dengan airnya yang jernih dan segar.

Proton City

Bandar ini merupakan faktor utama yang menghidupkan Tanjung Malim yang suatu ketika dahulu merupakan bandar yang sunyi. Bandar Proton menjadi idaman kepada rakyat Malaysia yang mengimpikan kehidupan mewah di banglo tepi tasik dengan kemudahan yang lengkap disamping menawarkan peluang pekerjaan dengan pembinaan kilang utama Proton yang menghasilkan 75,000 buah kereta setiap tahun.

Lata Sungai Bil

Lata Sungai Bil merupakan kawasan perkelahan yang terkenal di kalagan penduduk tempatan dan pelancong luar dari Tanjung Malim. Sungainya yang bersih dengan suasana hutan yang mendamaikan telah menarik ramai pengunjung untuk berkelah dan mandi manda di sini. Lata Sungai Bil terkenal di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah, trek hutan, memancing, berkelah dan lain-lain. Pelbagai kemudahan asas turut disediakan seperti dewan orang ramai, tapak meletak kenderaan, gerai menjual makanan dan minuman dan juga rumah rehat untuk keselesaan para pengunjung.

Sungai Klah Hot Spring Park

Kolam air panas semulajadi ini telah dibangunkan menjadi sebuah resort dimana kolam jakuzi air panas semulajadi telah dibina di dalam chalet-chalet penginapan yang terdapat disitu. Ianya terletak didalam hutan tebal yang dikelilingi oleh bukit dan mempunyai sungai yang cantik dan segar.

Sultan Idris Teaching University

Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menggantikan Kolej Latihan Perguruan Melayu Sultan Idris yang telah ditubuhkan pada tahun 1917 oleh Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat, R.O.Winsteadt. Penubuhannya adalah untuk memastikan cikgu-cikgu pada ketika itu mempunyai cukup latihan dan kemahiran untuk mengajar penduduk di Malaya. Kolej tersebut pada masa kini telah dinaiktaraf menjadi Universiti dan telah menjadi mercutanda di bandar ini dan juga telah menjadi tarikan pelancongan.

Hotel

Adelia Hill Farm

Adelia Hill Farm merupakan kawasan percutian bertaraf 3 bintang di Hulu Selangor. Jaraknya dari Tanjung Malim adalah lebih kurang 12.4km. Hotel ini merupakan pilihan bijak buat anda yang mencari penginapan pada harga yang berpatutan dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved