1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Perlis
    (58 Hotel)
    >
  4. Kangar
    (35 Hotel)
    >
  5. Tasoh Lake
    (1 Hotel)

Hotel Mewah di Tasoh Lake, Kangar

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Tasoh Lake

See all 1 Hotels near Tasoh Lake

Facts about hotel in Tasoh Lake

Popular Landmark
Timah Tasoh Dam, Empangan Timah - Tasoh

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tasoh Lake

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tasoh Lake dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tasoh Lake akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Tentang

“Tasoh Lake” atau Tasik Tasoh yang juga dikenali sebagai Tasik Timah Tasoh, adalah kawasan takungan air buatan manusia yang terletak di daerah Kangar, negeri Perlis, Malaysia. Nama tasik ini berasal dari Sungai Timah dan Sungai Tasoh, yang mengairi kawasan tadahan tersebut. Pada mulanya ianya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Tasoh, kemudian tasik itu dicadangkan pembinaannya apabila sebuah empangan dibina di Sungai Korok, kira-kira 2.5 kilometer ke hulu muara Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Oleh itu, kampung itu seterusnya ditenggelamkan untuk memberi laluan kepada pembukaan tasik yang bersaiz 1300 hektar dan boleh menampung sehingga 35.3 juta liter air. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1987 dan berakhir lima tahun kemudian pada tahun 1992 dengan kos sebanyak 67 juta ringgit.


Tasik itu dibina bertujuan untuk membekalkan air kepada penduduk Perlis yang bergantung kepada bekalan air yang tetap untuk mengairi sawah padi mereka, di samping mengurangkan kejadian banjir di negeri ini. Tasik ini juga telah dijadikan titik rehat bagi burung-burung yang berhijrah dari musim sejuk di negara-negara yang terletak di hemisfera utara untuk mencari tempat yang lebih hangat. Tasik ini mengandungi air tawar dengan persekitaran semulajadi yang menyediakan makanan dan tempat tinggal yang sememangnya penting untuk burung-burung tersebut memelihara kemandirian mereka. Oleh itu, tempat perlindungan burung ditubuhkan di sekitar tasik ini untuk melindungi habitat burung-burung ini, seterusnya memelihara ekosistem semulajadi yang wujud di sini.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah. Terdapat penerbangan ke lapangan terbang tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila tiba di lapangan terbang ini, pengunjung boleh pergi ke Tasoh Lake menggunakan pengangkutan awam.


Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan / E1 untuk akses segera ke Tasoh Lake. Perjalanan itu boleh mengambil masa sehingga lima jam dan lima belas minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres yang terdekat terletak di Jalan Bukit Lagi, Kangar. Ambil perjalanan terus ke Kangar dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Sri Maju Express, Transnasional Express dan Mayang Sari Express. Dari sini, pengunjung boleh menaiki bas atau teksi ke Tasoh Lake.


Tarikan Pelancongan

Taman Rekreasi Tasik Melati

Taman Rekreasi Tasik Melati adalah kawasan anah lembap semulajadi yang sememangnya terkenal dengan tasik dan kemudahan rekreasinya. Mengambil namanya bersempena bunga melati, tasik ini digunakan untuk tujuan pengairan oleh para petani sebelum Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil usaha mengembangkan kawasan tersebut pada tahun 1977. Beberapa tahun kemudian, mereka mengambil alih pentadbiran infrastruktur dan kerja-kerja penyelenggaraan dari kerajaan negeri Perlis pada tahun 2001. Di antara ciri-ciri utama di sini adalah 150 buah pulau kecil yang bertaburan, jambatan kayu yang merentangi tasik, laluan pejalan kaki dan trek untuk “jogging”. Selain piknik dan “jogging” yang merupakan aktiviti biasa di sini, taman ini juga tidak kurang popularnya untuk aktiviti melihat burung.


Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu gua yang agak unik di negara ini, merupakan sebuah gua batu kapur yang panjangnya 370 meter berhampiran pekan kecil Kaki Bukit. Gua ini mendapat namanya dari pelombong bijih timah yang dahulunya menggunakan gua ini sebagai laluan untuk membawa hasil bijih timah, yang mana mereka seringkali menggunakan lampu untuk menerangi kegelapan gua tersebut. Gua ini terkenal kerana laluannya yang mempesonakan, di mana seseorang boleh masuk dari satu gua dan berakhir di lokasi lain apabila keluar di hujung gua yang satu lagi. Di dalam gua tersebut, pengunjung dapat menemukan sisa-sisa operasi perlombongan bijih timah, jalan batu kapur dan suatu konserto bunyi semulajadi yang disebabkan oleh kelawar yang tinggal di sini dan sungai yang mengalir menerusi gua tersebut. Satu-satunya cara memasuki gua ini adalah jambatan gantung kayu lapan kaki yang menghubungkan Kaki Bukit hingga Lembah Wan Tangga. Yuran dikenakan pada kadar satu ringgit satu kepala untuk orang dewasa dan lima puluh sen untuk kanak-kanak. Memandangkan gua ini sentiasa menjalani kerja-kerja penyelenggaraan dari masa ke masa, adalah elok untuk menghubungi Pejabat Perhutanan Negeri sebelum pergi meneroka gua tersebut.


Other Popular Hotels in Tasoh Lake

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved