amaran

Hotel Mewah di Bandar Tawau, Tawau

8.4/10

Sangat Baik

Tentang

Tawau atau sebelum ini dikenali sebagai Tawao, adalah sebuah bandar dan pusat pentadbiran bagi Bahagian Tawau, di bahagian timur negeri Sabah, Malaysia. Dari sudut pandangan geografi, bandar Tawau ini bersempadan dengan Laut Sulu di timur dan Laut Celebes di selatan di bahagian Cowie Bay. Ia juga mempunyai sempadan dengan Kalimantan Utara, juga merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas ibu negeri Kota Kinabalu dan bandar Sandakan. Pada tahun 1893, kapal dagang British pertama berlabuh di perairannya, menandakan pembukaan pelabuhan laut di bandar itu. Berikutan peristiwa tersebut, British membuka penempatan pertama di kawasan itu lima tahun kemudian di bawah nama British North Borneo Company (BNBC). BNBC kemudiannya memacu pertumbuhan penduduk di kawasan itu dengan membenarkan dan terus-menerus menggalakkan migrasi peneroka Cina secara besar-besaran.


Tawau kemudian dimusnahkan bersama-sama dengan bandar-bandar lain di Sabah semasa pendudukan Jepun di Borneo Utara dan kerja pemulihan bermula selepas perang. Kemudian, setelah pembentukan Persekutuan Malaysia, Tawau menjadi titik konflik utama semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berlaku sekitar tahun 1963 hingga 1966. Dua pengeboman berlaku dan kejadian tembak-menembak seterusnya berlaku di kala Tawau sedang dibantu oleh British Special Boat Section dan Australian Destroyers serta pesawat tempurnya. Terdapat juga cubaan untuk meracuni bekalan air Tawau serta perintah berkurung yang dilaksanakan sebelum perjanjian damai yang ditandatangani pada tahun 1966. Tawau kemudian terus menikmati pembangunan sehingga hari ini dengan industri kayu, koko, ladang kelapa sawit, dan penternakan udang sebagai aktiviti ekonominya yang utama.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Tawau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila tiba di lapangan terbang, pengunjung boleh menaiki teksi atau menggunakan sebarang pengangkutan awam lain untuk bersiar-siar di sekitar Tawau.


Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kota Kinabalu boleh memandu melalui Jalan Tawau - Keningau untuk akses segera ke Tawau. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tujuh jam bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Tarikan Pelancongan

Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau ditubuhkan pada tahun 1979, sebagai kawasan perlindungan tadahan air di mana sekurang-kurangnya tujuh sungai bermula dari taman ini. Terletak 24 kilometer jauhnya dari bandar, ia diuruskan oleh Taman-Taman Sabah, yang terdiri daripada kawasan hutan hujan dipterokar tanah rendah seluas 279.72 kilometer persegi yang benar-benar dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan ladang koko. Apabila memasuki kawasan tersebut, pengunjung akan menemui ibu pejabat taman, kawasan berkelah, chalet dan hostel yang dikendalikan oleh koperasi kakitangan Taman-Taman Sabah, KOKTAS. Terdapat juga laluan semulajadi yang membawa pengunjung kepada air terjun dan mata air panas, yang banyak terdapat di sini disebabkan oleh landskap gunung berapi yang berbukit-bukit.


Teck Guan Cocoa Village

Dengan status Tawau sebagai pengeksport koko utama negara ini, lokasi ini pastinya memainkan kekuatan tersebut. Sebagai satu-satunya muzium koko di negara ini, Teck Guan Cocoa Village pastinya adalah versi coklat kepada ladang strawberi yang banyak terdapat di kawasan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia dan Kundasang yang berdekatan. Apabila memasuki kawasan ini, para pengunjung boleh menemukan kilang pembuatan dan pemprosesan koko, yang akan memberikan idea yang lebih mendalam dan jelas serta peluang untuk melihat dengan dekat, proses pengeluaran koko. Terdapat banyak juga produk koko yang boleh dibeli, dimulai dari minuman coklat panas hingga jem coklat. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan Sabtu pada jam 8 pagi hingga 1 petang dengan bayaran kemasukan seratus ringgit untuk lima orang bersama seorang jurupandu. Sedikit pesanan bahawa tempahan lebih awal diperlukan untuk mengelakkan kekecewaan di kemudian hari.


Hotel

Promenade Hotel Tawau

Hotel empat bintang yang indah yang terletak di Eastern Plaza Mile 1. Pada kadar yang sangat berpatutan dan dekat dengan beberapa tarikan utama di sekitar Tawau, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan elegan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti pusat perniagaan, kedai kopi , perkhidmatan dobi, concierge, penukar wang dan restoran.