amaran

Hotel Mewah di Tebrau, Johor Bahru

8.4/10

Sangat Baik

Tentang

Tebrau merupakan salah sebuah mukim yang terletak dalam divisyen zon timur selatan Johor Bahru di Johor, Malaysia. Tebrau ini lebih dikenali sebagai kawasan bagi selat antarabangsa di Asia Tenggara, iaitu Selat Tebrau yang juga dikenali sebagai Tambak Johor. Selat ini merentasi Singapura dan tanah besar Malaysia.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Lapangan Terbang Senai disediakan oleh Malaysia Airlines, Firefly, Malindo Air dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tebrau.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menggunakan susur keluar Jalan Skudai atau susur keluar Jalan Tebrau sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Tebrau.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres adalah Terminal Bas Larkin di Johor Bahru. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Fivestar yang mengangkut penumpang dari Singapura, KKKL dan S&S International pula mengangkut penumpang dari Kuala Lumpur. Dari terminal bas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tebrau.

Tarikan Pelancongan

Pantai Lido

Pantai Lido adalah kawasan ideal untuk beristirehat terletak sepanjang muara Selat Tebrau, merintangi jarak sepanjang 3 kilometer. Pelancong serta penduduk tempatan singgah untuk bersiar-siar, menikmati tiupan bayu sambil melakukan senaman ringan seperti mengayuh basikal dan berjoging. Di sini juga merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan pemandangan indah Singapura.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Masjid Negeri Johor ini letaknya di Jalan Skudai di atas sebuah bukit, yang mempunyai sudut pandangan mata burung membentangkan Selat Johor. Ianya siap dibina pada tahun 1900. Senibinanya agak unik dengan memaparkan gabungan dua gaya yang boleh dikenalpasti sebagai gaya Moorish dan gaya Victorian bersama sedikit pengaruh ciri Melayu. Meskipun, keperluan utama kewujudan masjid ini adalah untuk memenuhi tuntutan ritual ibadat orang Muslim, pengunjung bukan Muslim dibenarkan memasuki masjid ini untuk tujuan lawatan. Bagi menunjukkan tanda penghormatan, pengunjung hendaklah berpakaian sopan. Selain itu, pengunjung juga hendaklah menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam masjid.

Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman

Kuil ini letaknya bersebelahan laluan stesen keretapi di antara Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Mohd Taib, di sepanjang Jalan Tebrau. Bangunan ini teramat indah terutamanya ketika ianya berkilauan disinari cahaya matahari memandangkan ianya dihias dengan hiasan seni kaca yang mengkagumkan secara keseluruhan di bahagian dalaman mahupun luarannya. Kuil ini turut menempatkan beberapa tugu emas pelbagai Tuhan Hindu yang dipamerkan bersebelahan dari sisi ke sisi. Bayaran masuk adalah RM 10 untuk pelancong asing dan kemasukan percuma buat warganegara Malaysia. Waktu melawat adalah pada pukul 1 tengahari sehingga 5 petang setiap hari manakala waktu ibadat adalah dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam.

Medan Selera Tepian Tebrau

Kawasan medan selera ini terdiri daripada sebuah khemah terbuka dengan laluan panjang dan sempit merangkumi sekitar 32 gerai tetap yang menyajikan pelbagai pilihan makanan Malaysia. Keistimewaannya terletak kepada hidangan makanan laut terutamanya ikan bakar. Gerai-gerai beroperasi sekitar jam 3 petang hingga ke tengah malam setiap hari.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia merupakan Legoland pertama yang dibuka di Asia menampilkan hampir 40 pilihan permainan interaktif dan tarikan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan orang awam, sama ada mereka merupakan peminat Lego maupun tidak. Legoland ternyata menyerlahkan suasana bertemakan Lego menurut jenama ikon antarabangsanya.

Johor Premium Outlets (JPO)

Johor Premium Outlets (JPO) merupakan kawasan himpunan cawangan premium pertama dibina di Asia Tenggara, dengan pembukaan rasminya pada 11 Disember 2011. Ianya menempatkan jenama tempatan dan antarabangsa yang menarik kunjungan warganegara Malaysia di samping pelawat dari negara jiran Singapura. Fesyen pakaian serta busana berdiskaun sekitar lingkungan 25% sehingga mencecah 70%.

Hotel

Resort Bayu Marina

Resort ini menawarkan pilihan apartment dan studio yang luas dihadirkan bersama balkoni persendirian dengan pemandangan menakjubkan Sungai Tebrau ataupun pusat bandar. Kemudahan awam termasuklah sauna, gimnasium mini dan kolam renang. Lokasinya agak strategik dari segi memenuhi keperluan pengunjung yang sentiasa sibuk atau dalam transit memandangkan ianya amat berdekatan dengan kawasan perniagaan komersil termasuklah Kompleks Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ) atau dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar.