amaran

Hotel Bajet di Teluk Cempedak, Kuantan

7.1/10

Bagus

Tentang

Teluk Chempedak adalah sebuah kawasan pantai yang terletak kira-kira 5 kilometer timur dari ibu kota negeri Pahang, Kuantan. Di samping gerai-gerai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, pantai ini juga telah menjadi pusat tumpuan pelancong dengan adanya restoran-restoran makanan segera yang terkenal seperti Starbucks, KFC dan salah satu daripada restoran McDcnald’s yang terbesar di negara ini. Popular dalam kalangan pelancong, adalah jika anda mendapati beratus-ratus orang di sini, pada hari-hari biasa, dan biasanya mereka tidak bersendirian. Monyet-monyet yang tinggal di sini juga sering kelihatan, dan walaupun mereka pada asalnya tidak berbahaya, mereka seringkali akan cuba untuk mengambil makanan daripada para pengunjung, tatkala mempunyai peluang. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut dan pantai berpasir putih, Teluk Chempedak menawarkan sesuatu untuk semua yang sudi mengunjunginya.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Dengan kenderaan, Teluk Chempedak boleh diakses dari Kuantan dan pekan-pekan berhampiran. Dari pusat bandar, mulakan perjalan ke arah timur ke Jalan Teluk Sisik dan apabila sampai ke penghujungnya, anda akan tiba di Jalan Teluk Chempedak yang akan menghala terus ke pantai.

Tarikan Pelancongan

Kampung Nelayan Beserah

Beserah adalah sebuah sebuah perkampungan pesisiran pantai yang terletak berhampiran dengan pantai Teluk Chempedak. Tarikannya terletak dalam gaya kehidupan dan budaya yang masih dikekalkan, sinonim dengan kehidupan di kampung. Dengan kesibukan bandar Kuantan yang berhampiran, ketenangan perkampungan nelayan ini adalah kontras yang nyata jika dibandingkan. Hasil aktitivi para nelayan yang aktif, adalah tidak menghairankan untuk menemui banyak makanan laut segar dan restoran-restoran berhampiran untuk dikunjungi oleh para penginjung. Kebanyakan restoran-restoran ini menawarkan harga sajian yang berpatutan. Suatu pemandangan unik untuk para pengunjung adalah penggunaan kerbau untuk menarik bot-bot nelayan ke darat setelah seharian keluar mencari rezeki, yang merupakan suatu tradisi yang telah wujud sejak 30 tahun lalu. Tambahan pula, Beserah juga terkenal dengan hasil kraftangan dan batiknya. Di kilang-kilang yang berdekatan, cangkerang-cangkerang dan tumbuhan tempatan seperti daun kering, kelapa dan kacang digunakan untuk membuat kraftangan tersebut. Bagi yang berminat, terdapat juga demonstrasi pembuatan batik yang boleh dicuba oleh para pengunjung. Dengan pesisiran pantai yang putih, Beserah menjanjikan suatu pemandangan cantik untuk semua pengunjung.

Pelayaran Sungai & Paya Bakau Kuantan

Seperti mana-mana kunjungan ke kawasan perairan, adalah tidak lengkap sekiranya tidak mengambil peluang untuk mencuba pengembaraan dengan bot untuk menyaksikan semua yang ditawarkan. Oleh sebab itu, Pelayaran Sungai & Paya Bakau Kuantan merupakan suatu pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan. Dengan hanya RM 26 untuk setiap orang dewasa, para pengunjung akan dibawa bersiar-siar ke kawasan paya bakau yang didiami helang, suatu perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1.5 hingga 2 jam. Kawasan tersebut mempunyai 2 jalan berpapan yang menghala ke sebuah menara tinjau setinggi 40 meter. Sepanjang di sana, jangan lupa untuk menikmati pemandangan sekeliling dan anda berpeluang untuk menyaksikan ketam, biawak, dan udang yang turut hidup di sana. Selain itu, sebagai alternatif, turut juga ditawarkan adalah kunjungan untuk melihat kelip-kelip yang muncul pada waktu malam. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi +60 18-908 2308.

Hotel

De Chempedak Guest House

Jika perjalanan anda berkemungkinan untuk bersimpang dari perancangan asal, maka adalah penting untuk mendapat tempat penginapan yang sentiasa bersedia untuk melayan anda. Dengan meja pendaftaran yang sedia 24 jam sehari, anda boleh bertenang dengan pasti bahawa layanan yang selesa sentiasa ada di De Chempedak Guest House. Terletak di Teluk Chempedak, premis ini menawarkan pelbagai servis yang membantu anda sepanjang penginapan, seperti kemudahan parking percuma, restoran berhampiran untuk pengunjung yang lapar dan taman permainan untuk kepuasan si kecil yang turut serta. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti servis pergi-balik dari Lapangan Terbang Kuantan ke premis ini. Dengan kemudahan WiFi juga disediakan, De Chempedak Guest House sentiasa berbesar hati untuk menyambut kedatangan para pengunjung pada setiap masa dan ketika.

evtbvsrwfq