amaran

Hotel Bajet di Tenom, Bahagian Pedalaman

Tentang

Sabah adalah salah satu negeri di pulau Borneo. Pada bahagian pedalamannya terdapat beberapa tempat yang dihuni oleh penduduk tempatan. Tenom terletak di Bahagian Dalam Negeri Sabah Malaysia. Ia juga merupakan ibu kota Daerah Tenom di situ. Tenom adalah sebuah bandar di mana rakyat Murut Sabah hidup. Ia adalah sebuah bandar yang kecil, tenang dan santai.


Malaysia pernah dijajah oleh British. Sabah tidak terkecuali. Pada zaman awal penjajahan British, Tenom dikenali sebagai Fort Birch. Kemudian namanya ditukar kepada Tenom selepas penjajahan itu tamat.


Sejak bandar ini didiami oleh penduduk Murut, ia dianggap sebagai ibu kota tidak rasmi masyarakat Murut. Di sinilah sebahagian besar perayaan penting seperti Festival Kalimaran tahunan diadakan. Banyak yang akan datang dan berkumpul untuk merayakan perayaan tersebut. Selain itu, Tenom juga merupakan pintu masuk utama ke kawasan lain di Murut sendiri.


Pada 2010 lalu, dianggarkan Tenom mempunyai kira-kira 5148 orang awam di sana. Sekarang setelah hampir 10 tahun berlalu, bilangan itu mungkin berkembang dengan mendadak.


Di bandar-bandar seperti Tenom, terdapat banyak orang Cina yang tinggal di sana. Orang-orang Cina tergolong dalam subkelompok yang dipanggil Hakka. Sabah dikenali mempunyai pelbagai etnik dan setiap etnik mempunyai dialek mereka sendiri dalam bahasa Melayu. Tambahan lagi apabila ada kaum Cina yang terlibat terdapat banyak bahasa yang digunakan di seluruh bahagian pedalaman Sabah.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pengunjung boleh mengambil penerbangan seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang ke Kota Kinabalu. Dari sana, akan ada banyak teksi menunggu di luar lapangan terbang untuk membawa pengunjung ke Keningau, Beaufort atau bandar utama lain di Kawasan Pedalaman Sabah. Jika pengunjung mahu ke bandar kecil lain, mereka boleh mengambil teksi atau menaiki bot untuk menyusuri sungai.


Menggunakan Kereta Api

Terdapat kereta api yang membawa penumpang dari Tanjung Aru ke bandar lain di Sabah. Tanjung Aru adalah stesen di Kota Kinabalu berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aliran kereta api ini dinamakan Landasan Negeri Sabah. Ia bertolak dari bandar Tanjung Aru setiap pagi pada jam 7.45 pagi. Perjalanan akan mengambil masa 4 jamsecara keseluruhan di mana dalam masa 2 jam ia akan tiba di Beaufort lebih kurang pada jam 9.45 pagi. Kereta api akan berhenti disini sebagai destinasi pertengahan sebelum meneruskan perjalanan ke Tenom di mana perjalanan akan mengambil masa 2 jam lagi untuk tiba di Tenom. Tambang kereta api antara Tenom dan bandar Beaufort adalah RM 2.75. Tambang ini adalah sangat murah bagi perjalanan yang agak jauh.


Menggunakan Bas

Terdapat beberapa mini bas dan minivan yang menuju ke Tenom. Sekiranya pengunjung datang dari Kota Kinabalu atau Ranau, mereka perlu menukar bas mereka di Keningau. Jika mereka dari Kota Kinabalu, mini bas akan bertolak dari stesen yang terletak di seberang Plaza Wawasan di hujung selatan bandar. Bas akan berlepas pada waktu pagi untuk ke Tenom memandangkan ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke Tenom.


Tarikan Pelancongan

Pesta Rumbia

Kebiasaanya, Pesta ini diadakan pada bulan Ogos dan diacarakan oleh penduruk tempatan untuk meraikan pokok Sagu yang banyak ditanam di sekitar daerah ini. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kegunaan sagu yang pelbagai. Pengunjung selalunya akan datang ke Kuala Penyu ketika festival ini untuk mencuba hidangan tempatan yang diperbuat daripada sagu. Antara hidangan terkenal adalah Ambuyat. Pengunjung juga boleh cuba menikmati ulat sagu yang masih bergerak dan hidup seperti bagaimana penduduk tempatan melakukannya.


Pusat Kebudayaan Murut

Pusat ini terletak sekitar 13 kilometer dari bandar Tenom. Ini adalah satu-satunya tempat yang menampilkan seni bina dan budaya tradisi masyarakat Murut. Terdapat banyak barang-barang bersejarah yang terdapat di sini seperti alat, pakaian, alat muzik serta latar belakang mereka. Bayaran kemasukan adalah RM5 untuk orang dewasa dan RM3 untuk pelajar.