amaran

Hotel Mewah di Tommanggong, Sandakan

Tiada hotel tersedia

Sila ubah carian anda

Tentang

Merupakan sebuah pekan yang agak kecil yang terletak 180 kilometer jauhnya dari Kinabatangan, Sabah, Malaysia, Tomanggong diletakkan di bawah bidang kuasa daerah Kinabatangan di bahagian Sandakan. Ia dikelilingi oleh hutan, rizab hidupan liar serta Sungai Danum yang mengalir menerusi pekan ini. Kegiatan ekonomi utama di sini difokuskan pada industri kelapa sawit, perhutanan dan juga industri berasaskan kayu. Pada tahun 2010, dianggarkan saiz penduduk Kinabatangan yang termasuklah pekan Tomanggong adalah kira-kira 150,000 orang dan sebahagian besar demografi penduduk terdiri daripada rakyat suku "Sungai", yang merupakan salah satu daripada suku kaum orang asli Sabah. Pada masa ini, jika pengunjung ingin menaiki penerbangan untuk ke Tomanggong, mereka hanya boleh berbuat demikian dari lapangan terbang berdekatan seperti Lapangan Terbang Sandakan dan Lapangan Terbang Lahad Datu selain daripada jalan darat yang ada. Kawasan ini biasanya basah dan lembap. Di samping itu, terdapat kawasan tanah rendah yang berpaya di mana burung-burung dan mamalia yang terkenal di Sabah iaitu burung-burung enggang dan monyet proboscis tinggal di sini. Terdapat juga bukit-bukit batu kapur yang bertaburan di seluruh tempat dan mengandungi gua yang menjadi habitat semula jadi burung walet.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Kinabatangan dan Lahad Datu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila tiba di lapangan-lapangan terbang tersebut, tetamu boleh menuju ke Tomanggong menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kereta.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kinabatangan boleh memandu melalui Laluan 13/AH5/AH150 untuk akses segera ke Tomanggong. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 3 jam dan 40 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Begitu juga, mereka yang memandu dari Lahad Datu boleh memandu melalui Jalan Lahad Datu - Tungku untuk akses segera ke Tomanggong. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Tarikan Pelancongan

Borneo Nature Lodge

Borneo Nature Lodge pasti salah satu daripada jenisnya yang agak unik, kerana ianya menawarkan pemandangan indah Sungai Kinabatangan sambil memanfaatkan dan menggunakan kehijauan alam semula jadi yang ada untuk memberikan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan pengunjung. Terletak di tepi Sungai Kinabatangan, aktiviti yang dianjurkan di resort ini juga berkaitan dengan sungai dan hutan yang berdekatan, termasuklah berakit di sungai, “jungle trekking”, melihat burung, berjalan kaki di kampung berdekatan, berjalan malam di kawasan sekitar serta penanaman pokok. Terdapat tempat penginapan yang disediakan khas untuk pengunjung supaya mereka boleh memilih untuk menginap selepas meluangkan masa seharian di luar.

Gua Gomantong

Gua Gomantong merupakan sistem gua yang rumit yang terletak di dalam Bukit Gomantong di Kinabatangan, Sabah. Ianya boleh diakses melalui laluan kayu dan bukit itu sendiri, dan adalah bukit batu kapur terbesar yang terdapat di kawasan Kinabatangan Rendah. Gua utama dibahagikan kepada Gua Hitam yang lebih mudah dan Gua Putih yang lebih besar terletak di atas. Gua-gua ini dinamakan sempena jenis sarang yang dihasilkan oleh burung walet. Hanya Gua Hitam terbuka kepada orang ramai. Manakala bagi Gua Putih, ia hanya dikhaskan untuk pendaki yang lebih berpengalaman. Tempat ini turut dikenali kerana sarang burung waletnya yang berkualiti tinggi, lebih-lebih lagi untuk sarang putih, yang boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi di pasaran. Gua-gua ini dan kawasan sekitarnya adalah kawasan yang dilindungi untuk hidupan liar, memandangkan mereka ditempatkan di rizab hutan Jabatan Perhutanan Sabah. Selain dari burung walet, kelawar dan bathuk juga merupakan pemandangan biasa di dalam kawasan gua ini.

Taman Hidupan Liar Kinabatangan

Rasanya tidak lengkap untuk bercakap tentang Tomanggong tanpa menyebut Kinabatangan Wildlife Sanctuary. Terletak dekat dengan Sungai Kinabatangan, tempat perlindungan hidupan liar iiniadalah ekosistem dan habitat semula jadi kepada gajah pygmy, orangutan, monyet proboscis, buaya air masin, badak, tanduk dan pelbagai jenis flora. Berikutan penemuan kepala gajah yang dipenggal yang terapung di sungai pada tahun 2006, kawasan tersebut telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri 1997 dan diletakkan di bawah pemerhatian Jabatan Hidupan Liar Sabah dengan teliti untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan yang akan dilakukan kepada hidupan liar dan sumber semula jadi di sini.