1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9165 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (546 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (376 Hotel)
    >
  5. Ulu Melaka
    (23 Hotel)

Hotel Mewah di Ulu Melaka, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 21 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
ภาพหลัก The Villa - Luxury Private Pool Villa

The Villa - Luxury Private Pool Villa

Vila
Ulu Melaka, Langkawi
Terletak di Langkawi, vila ini hanya 2 minit memandu dari Bukit Sawak dan 5 minit dari Taman Teknologi Agro MARDI Langkawi. Vila 4 bintang ini berada 15.4 km dari Pantai Cenang dan 12.2 km dari Pantai Tanjung Rhu.
Lihat Harga
See all 23 Hotels near Ulu Melaka

Facts about hotel in Ulu Melaka

Popular Hotel
The Villa - Luxury Private Pool Villa
Popular Landmark
Makam Mahsuri, Mount Raya Langkawi

Ulasan Tetamu dari Hotel di Ulu Melaka

7.7
Menyenangkan
45 ulasan dari hotel di Ulu Melaka dengan purata penarafan 7.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Ulu Melaka akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Abd m. b. a. b.
Ini adalah profil peribadi.
2 Jun 2017
Sesuai untuk sebuah keluarga. Boleh memasak, berdekatan mesjid. Pemandangan kampung. Perlu maintain bilik air dan mesin basuh. Pintu bilik dan bilik air sedikit rosak.
Nor H. F. B. M. S.
Ini adalah profil peribadi.
11 Jul 2018
Hotel dan bilik okay. Kebetulan hari itu hujan, bilik saya tingkat 3 black out.
SITI B.
Ini adalah profil peribadi.
24 Dec 2021
Bilik yang luas, selesa dan selesa.
Nor s. b. g.
Ini adalah profil peribadi.
16 Aug 2017
Sangat selesa. Setiap kali ke langkawi saya takkan ke tempat lain kerana layanan yang terbaik buat semua pengunjung yang menginap home stay malinja. Terima kasih buat pengurus kediaman home stay yang ramah dan baik hati. Apa yang paling penting home stay yang bersih dan suana yg damai sangat sesuai untuk semua pengunjung.
Abdul h. b. m.
Ini adalah profil peribadi.
11 Dec 2019
Sangat selesa, sesuai untuk keluarga.

Tentang

Ulu Melaka adalah sebuah mukim kecil yang terletak di daerah Langkawi, Kedah. Ia bukanlah sebahagian dari sebuah negeri lain di Malaysia yang mempunyai nama yang mirip iaitu Melaka yang terletak kira-kira lima ratus tiga puluh lapan kilometer jauhnya di selatan tenggara Semenanjung Malaysia. Ulu Melaka di Langkawi, Kedah terletak di bahagian utara negara. Sebagai sebahagian daripada daerah Langkawi, tempat ini juga bebas cukai. Barang-barang adalah lebih murah dan pilihan yang tersedia juga lebih banyak.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Terdapat beberapa pilihan pengangkuta yang boleh dipilih untuk ke Ulu Melaka ataupun Pulau Langkawi.

Menggunakan Kereta

Tidak ada jalan yang menghubungkan Ulu Melaka ke tanah besar Malaysia secara langsung. Walau bagaimanapun, boleh memandu dari Kuala Lumpur sehingga beberapa terminal feri yang teerdapat di bahagian utara negara yang menghubungkan ke Pulau Langkawi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ini akan mengambil kira-kira empat setengah jam untuk sampai ke jeti Kuala Kedah, dan satu jam lagi jika memilih untuk menaiki feri dari jeti Kuala Perlis.

Menggunakan Bas

Terdapat perkhidmatan bas yang sering pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Perjalanan ini akan mengambil masa lebih lama, hampir lapan jam dari Terminal Bersepadu Selatan ke Jeti Kuala Perlis pada harga bermula dari RM47.00 setiap perjalanan. Jarak dari stesen bas di Kuala Perlis ke jeti sangat dekat dan boleh berjalan kaki.

Menggunakan Kapal Terbang

Di antara semua, ini adalah cara yang paling mudah dan paling cepat untuk ke Ulu Melaka. Terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa di Langkawi. Lapangan terbang ini dihubungkan dengan beberapa lapangan terbang lain di Malaysia seperti KLIA dan Lapangan Terbang Pulau Pinang, dan juga beberapa negara jiran lain, seperti Singapura, Thailand, dan Korea Selatan. AirAsia melakukan penerbangan setiap hari ke Langkawi dari klia2.

Menggunakan Feri

Perkhidmatan feri disediakan setiap hari dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan juga Pulau Pinang ke Langkawi kerana ia adalah satu-satunya cara untuk masuk ke Langkawi selain dari penerbangan.

Tarikan Pelancongan

Pasar Malam Ulu Melaka

Pasar malam di Ulu Melaka adalah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh untuk penduduk setempat, dan juga para pelancong. Di sini, para penjaja menjual pelbagai jenis barangan dan makanan seperti pasar malam di tempat-tempat lain di negara ini, tetapi di sini, ianya dijual dengan harga dan tawaran yang lebih murah. Ia juga merupakan tempat yang tepat untuk mencuba pelbagai jenis makanan tempatan, dari makanan ringan hingga ke hidangan utama dan juga pencuci mulut, dengan banyak pilihan yang tersedia dan harga sangat murah. Selain dari pengalaman gastronomi, pasar malam juga menjual barang-barang lain seperti mainan, pakaian dan juga alatan. Terdapat pasar malam setiap hari tetapi di lokasi yang berbeza. Kebanyakan pasar malam ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir sekitar 10 malam. Pasar malam yang paling besar adalah pada Ahad malam di Padang Matsirat dan Rabu malam di Pekan Kuah.

Gua Maha

Gua Maha bukanlah suatu gua. Ia adalah tempat di mana sebuah bangunan telah didirikan dan dijadikan sebagai rumah burung dan juga kilang. Di sini, mereka memelihara burung dan memproses sarang burung. Para pelawat oleh belajar tentang pentingnya sarang burung untuk kesihatan, cara memproses sarang mereka supaya mereka menjadi selamat untuk digunakan. Selain itu, tempat itu juga mempunyai sebuah kafe di mana pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis sarang burung yang tersedia. Terdapat tempat cenderahati di mana pelanggan boleh membeli sarang burung pilihan mereka. Harga mungkin sedikit mahal daripada di luar, tetapi produk yang dibeli dipastikan menjadi produk berkualiti tinggi. Ia terletak hanya sepuluh minit memandu dari Ulu Melaka, boleh dicapai melalui Jalan Padang Gaong dan bayaran masuk adalah percuma.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka