amaran

Hotel Bajet di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu

7.9/10

Bagus

Lime Hotel

Wakaf Che Yeh

6.8/10

Okay

Diyana Budget Hotel

Wakaf Che Yeh

7.9/10

Bagus

Tentang

Wakaf Che Yeh adalah pinggir bandar di Kelantan, Malaysia, di bahagian selatan kawasan metropolitan Kota Bharu. Kelantan terletak di barat Semenanjung Malaysia, berkongsi sempadan dengan Thailand. Ia terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu di sepanjang Lebuhraya Kuala Krai. Pekan ini terkenal dengan pasaran harian dan mingguannya. Wakaf Che Yeh telah berkembang dengan baik sejak sepuluh tahun yang lalu. Ia mempunyai tradisi dan budaya yang berwarna-warni dan salah satu cara untuk melihat budaya adalah melalui makanan dan masakan mereka. Kewujudan pasar borong 24 jam.


Pasar borong tu asalnya terletak di tapak KB Mall kini, jadi bila kawasan tu hendak dibangunkan, dipindahkan pasar borong tu ke Wakaf Che Yeh. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah d iwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Pengunjung dapat menyaksikan situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesama sendiri.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (IATA: KBR, ICAO: WMKC) yang terletak di Pengkalan Chepa, yang merupakan sebuah daerah di Kelantan. Pasangkan tali pinggang kelendar anda! Perjalanan yang mengasyikkan ini mengambil masa kira-kira 20 ke 25 minit untuk ke ibu negeri Kota Bharu, dam kira-kira 30 minit untuk ke Wakaf Che Yeh bergantung kepada keadaan trafik. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui kawasan perkampungan Melayu dan anda juga boleh singgah untuk membeli makanan atau pun alatan kraftangan untuk di jadikan sebagai buah tangan untuk di bawa pulang nanti!


Tarikan Pelancongan

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah adalah pasar tempatan. Namanya diberi bersempena dengan nama isteri Nabi Muhammad, yang terkenal dengan kemahiran keusahawanan beliau. Hal ini juga kerana di pasar ini kebanyakannya diusahakan oleh kaum wanita. Selain daripada bahan mentah seperti makanan laut, sayur-sayuran dan pelbagai jenis buah-buahan, gula-gula segar dan keropok kering turut dijual di pasar ini. Anda juga boleh membeli pelbagai juadah makanan seperti ayam percik, nasi ulam dan pelbagai jenis mi sup, kesemuanya sangat unik dengan citarasa Kelantan yang tersendiri. Jangan lupa untuk merasai pelbagai jenis pencuci mulut tempatan seperti kuih muih, tempe dan segelas teh susu panas, yang merupakan minuman ruji bagi masyarakat Kelantan. Selepas merasa pelbagai jenis juadah, anda boleh berjalan-jalan di beberapa tempat kebudayaan yang terkenal di Kelantan seperti di Istana Jahar yang mempunyai sejarah yang panjang sejak tahun 1855 lagi. Istana ini telah dibina oleh Sultan Muhammad II untuk cucundanya. Istana ini telah dibina daripada kayu dengan ukiran kayu yang sangat halus dan cantik. Untuk lebih mendekati hasil kraftangan tradisional negeri ini, sudah pasti terdapat banyak lagi muzium di seluruh zon budaya ini, yang anda boleh lawati dan menjadi destinasi tujuan anda.


Hotel

Dynasty Inn Wakaf Che Yeh

Dynasty Inn Wakaf Che Yeh merupakan hotel bertaraf 2 bintang yang menawarkan penginapan yang selesa. Hotel ini menawarkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma, kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan dobi. Pusat bandar Kota Bharu terletak hanya 5 kilometer dari hotel. Dynasty Inn Wakaf Che Yeh berjarak 20 minit perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Hotel ini mempunyai 35 bilik. Semua bilik dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, penghawa dingin, TV kabel, peti keselamatan kecil dan meja kerja. Juga, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan kemudahan percuma. Internet disediakan secara percuma di seluruh kawasan hotel. Hotel ini juga menyediakan kawasan parkir percuma untuk kemudahan pelanggan.